• Pemenang Anugerah Wattys 2017 dalam kategori Penulis Debut •
Kisah Tengku Aisyah Dellina, The Chill dan Farisya.
Pertemuan Aisyah dan The Chill di bilik muzik membawa perubahan yang drastik dalam hidupnya. Identiti rahsianya sebagai pewaris tungg...
Pemandangan dari jendela bilik di Hospital Hermione amat cantik. Tidak dinafikan bumi Ireland sangat cantik.
"Farisya sayang, come and enjoy your lunch." ajak ibuku, Tengku Jamilah.
Keadaanku bertambah baik. Aku telah diberikan rawatan lengkap fizikal dan mental. Aku sudah pulih sepenuhnya.
"Ibu, bila Isya nak balik Malaysia? Isya rindu dengan Aisyah, mummy dan kawan sekolah Isya" tanyaku semasa kami berdua sedang menjamu selera.
"As soon as possible sayang, ayah pun dah habis kontrak dengan syarikat kat Ireland ni." tutur ibuku lembut.
"Sayang ibu dan ayah. Thanks for taking care of me." ujarku sambil memeluk ibu. Terharu dengan pengorbanan ibu menjagaku di hospital. Terharu dengan kerelaan ayah yang berkorban memilih kontrak di Ireland sedangkan di Malaysia lebih banyak kontrak yang menguntungkan.
"Lepas ni kita jumpa doktor ya sayang." ujar Tengku Jamilah.
"Hmm, senyap je. Betullah yang awak tak rindu saya." sambung Farisya lagi. Dia berpaling dari Haziq.
"Hmm, rindu." balas Haziq pendek. Farisya kembali menghadapnya dengan senyuman yang paling manis.
Ah, menatap wajah gadis ini sahaja membuatkan rindunya hilang dibawa angin.
"Rindu, aku separuh mati rindu kat kau Farisya." bisik hatinya.
"Hmm yelah tu rindu, PE.NI.PU. Tu sebelah awak tu siapa?" Farisya mengangkat kening kanannya. Riak wajahnya serta-merta berubah. Pandangan sakrastik dilontarkan.
"Siapa? Apa maksud awak?" tanya Haziq. Dia bingung. Dia menoleh ke sebelahnya. Eh sejak bila ada perempuan dekat sebelah aku. Siap peluk lengan aku lagi.
"Haziq sampai hati awak biar saya macam ni." ucap gadis itu. Siapa pulak dia ni.
"Huh, dasar penipu besar. Saya benci awak." tutur Farisya kasar lalu berpaling.
"Farisya tung....."
Haziq terjaga dari tidurnya.
"Astaghfirullahalazim..... " istighfar Haziq beberapa kali sambil meraup mukanya. Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi.
Dia segera bangkit mengambil wuduk dan melakukan solat sunat.
"Ya Allah, apakah ini satu tanda. Berilah aku petunjuk." doa Haziq.
Sejadah dilipat. Bantal yang menyerupai dino yang dihadiahkan untuk Farisya dicapai lalu di menghempaskan tubuh ke atas katil.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.