"Thanks Farhan teman aku jalan2 harini." ucap Haziq. Mereka berada di Queens Street berjalan-jalan santai.
"Lek, biasa lah ni Ziq. Kita release tension, lusa trial kan." balas Farhan sambil memasukkan tangan ke dalam poket.
Queens Street agak lengang. Mungkin kerana waktu masih pagi lagi.
Mereka hanya berjalan-jalan melihat sekeliling. Queens Street ini terdiri dari bangunan kedai lama yang menampilkan imej vintage tetapi elegan.
"Han, nak kopi?" tanya Haziq sambil menjuih ke arah sebuah cafe.
"Hmm, no. Aku kan tak boleh minum kopi." kata Farhan.
Haziq menepuk dahi. Huhu lupa lah tu...
"Hot coco ke? Jomlah, kafe tu macam baru je buka." ajak Haziq.
Farhan mengangguk. Ikut jelah..
Mereka masuk ke dalam kafe yang bernama Hipster Café itu. Ada bakeri juga didalamnya. Sesuai untuk jadikan port lepak.
"Selamat datang, encik nak order apa?" ucap gadis penjaga kaunter yang memakai tag nama Nabilah.
"Hot coco dengan vanilla latte satu. Takeaway." ucap Haziq.
"Encik ada nak tambah apa2? Pastri kami baru saja dikeluarkan tadi." kata Nabilah.
Farhan sudah lagi tadi kehulu kehilir melihat pastri yang dijual. Semua nampak sedap 😄.
"Hmm, excuse me. Boleh saya bayar dulu?" tegur seorang gadis di belakang Haziq.
"Err, maaflah. Bayarlah dulu." Haziq malu sendiri. Macam manalah dia tak perasan ada pelanggan beratur belakang dia.
Farhan datang dengan beberapa jenis pastri. Gadis tadi sudah siap membuat bayaran.
"Cik, ada lagi tak muffin macam tu?" soal Farhan kepada Nabilah. Dia merujuk kepada muffin yang dibeli oleh gadis itu sebentar tadi.
"Err, kalau encik nak kena tunggu 30 minit lagi." balas Nabilah.
"Ouh, takpe lah." ucap Farhan sambil tersenyum.
"Hot Coco and Vanilla Latte done." ucap barista kafe.
Haziq membayar harga makanan dan minuman tersebut dan mengambil tempat di bahagian luar kafe.
"Farhan, kau nak muffin tadi ke?" soal Haziq.
"Taklah, cuma tu muffin favorite aku. Tak sangka pulak dia ada kat sini." balas Farhan sambil menikmati hot coconya.
Mereka berdua bersantai sambil melihat Queens Street yang makin ramai pengunjung dan rata-ratanya perempuan.
"Encik?"
Haziq dan Farhan menoleh. Eh, ni perempuan yang beratur kat kaunter tadi.
"Saya dengar tadi, encik nak muffin ni. Jadi ni saya beri kat encik." tutur gadis itu sopan sebelum meletakkan bungkusan kecil berisi muffin.
"Eh, kenapa pulak ni?" Farhan ragu-ragu.
"Tadi saya salah beli sebab kawan saya nak muffin yang lain pula. Dari membazir buang, baik saya beri pada encik." terang gadis itu.
"Ouh, terima kasih. Kawan saya ni suka muffin tu tapi tadi dah habis. Muncung dah muka dia." gurau Haziq.
Farhan memberikan death glare.
"Ouh yeke. Err, saya minta diri dulu ya." ucap gadis itu sebelum berlalu.
"Wuu.. Untung siak bidadari hantarkan muffin." usik Haziq.
YOU ARE READING
Love Song | ✔️
Teen Fiction• Pemenang Anugerah Wattys 2017 dalam kategori Penulis Debut • Kisah Tengku Aisyah Dellina, The Chill dan Farisya. Pertemuan Aisyah dan The Chill di bilik muzik membawa perubahan yang drastik dalam hidupnya. Identiti rahsianya sebagai pewaris tungg...