"Selamat datang ke Kem Kepimpinan di Moon golf resort. Saya fasi anda dan boleh panggil saya Along." ujar Along.
Aisyah dan Farisya bersama-sama beberapa pelajar lain beratur mengikut jawatan masing-masing. Aisyah Badan Disiplin (macam pengawas) manakala Farisya PRS.
"Baiklah, sebelum kita... "
Fikiran Aisyah merawang kembali ke masa lalu.
Flashback.....
"Akak saya minta maaf sebab saya pernah tertumpahkan air dekat baju akak dulu." ucap seorang pelajar junior kepada Aisyah yang sedang mengulang kaji pelajaran bersama Farisya di gazebo sekolah.
Di belakang pelajar itu masih terdapat ramai pelajar yang seakan-akan meminta maaf kepada Aisyah.
"Wey Aisy, ni prank ke apa. Semua orang duk minta maaf dekat kau." tutur Farisya.
"Akak saya minta maaf sebab per..... " belum sempat pelajar lain meminta maaf, Aisyah mencelah.
"Wait, kenapa korang minta maaf dengan aku ni?" soal Aisyah.
Dia juga melihat classmatenya beratur bagi meminta maaf. Kenapa ni, jawablah wei.... Aisyah gelisah.
"Emm, semalam ada post kat blog sekolah pasal akak Puteri Selangor. Bukti kereta dan pengesahan pengetua pun ada." ucap pelajar itu.
Aisyah memandang Farisya yang turut terkejut. SIAPA YANG MEMBOCORKAN RAHSIA INI?? Aisyah terasa mahu pitam.
"Jadi kami semua nak minta maaf atas kesalahan kami." ucap salah seorang classmatenya.
Aisyah hanya terdiam. Dia masih lagi menghadam kenyataan yanh mengejutkan itu.
"Ermm, korang boleh balik dulu. Aku rasa Aisyah dah maafkan korang semua." ucap Farisya yang rimas.
YOU ARE READING
Love Song | ✔️
Teen Fiction• Pemenang Anugerah Wattys 2017 dalam kategori Penulis Debut • Kisah Tengku Aisyah Dellina, The Chill dan Farisya. Pertemuan Aisyah dan The Chill di bilik muzik membawa perubahan yang drastik dalam hidupnya. Identiti rahsianya sebagai pewaris tungg...