"Arghhh." jeritan ramai pelajar perempuan menarik begitu menarik perhatian.
"Ape lah yang kecoh2 sangat tu. Sekarang kan kelas tambahan." marah Farhan.
Memandangkan Trial SPM akan bermula 2 minggu lagi, guru-guru bercadang untuk mangadakan kelas tambahan bebas selepas waktu sekolah.
"Naim, pergi checkkan ape kejadah yang riuh2 tu." arah Haziq kepada Naim, rakan sekelasnya.
Naim bangun dan melangkah keluar kelas. Tak lama selepas tu dia masuk dengan muka teruja nak mati. Errr, actually muka dia pelik and author tak dapat nak describe.
"Haziq sumpah kau kena tengok." tutur Naim bersemangat sambil menarik-narik tangan Haziq.
"Ape hal lah ni." bebel Haziq. Ahli Chill yang lain sudah tercegat di hadapan muka pintu.
Ada pelajar form 5 baru rupanya. Tapi yang buat semua orang riuh rendah ialah muka dia sebiji muka arwah Farisya. Tapi fia tak pakai tudung. Tu yang pelajar perempuan duk jerit2 macam langsuir. Wait, langsuir menjerit ke?
Haziq terpaku. Gadis yang serupa Farisya itu hanya tersenyum apabila dikelilingi pelajar perempuan excited yang lain.
Tiba-tiba mata mereka berdua bertaut. Haziq hanya mampu mengenyitkan matanya dan tersenyum namun dibalas dengan roll eyes dari gadis tersebut.
"Para pelajar, sila bersurai." jerit guru bertugas. Kumpulan pelajar permpuan yang terkinja-kinja dari tadi mula beransur masuk ke dalam kelas.
Haziq memerhatikan langkah gadis itu yang memasuki kelasnya.
"Hai, saya Ammar." ucap Ammar mendahului Haziq.
"Err, hai saya Zandra." tutur gadis tersebut sambil tersenyum. Zandra memang murah senyuman sama seperti Farisya, getus Haziq.
"Full name?" soal Ammar lagi.
"Tengku Zandra Amina." balas Zandra. Dia bersangka baik, mungkin jejaka di hadapannya memang ramah?
"Welcome to 5 Cambridge Zandra." ucap Haziq.
"Thanks, tak sangka korang memang friendly gila." tuturnya sambil menarik juntaian rambutnya ke belakang telinga.
Wajah Zandar memang fotostat muka arwah Farisya bezanya Zandra tidak memakai tudung. Dia sama tinggi dengan Haziq, putih melepak, slim, rambutnya panjang separas pinggang hitam dan wavy. Memang ciri-ciri lengkap seorang model. Zandra masih memakai baju sekolah lamanya yang berlambang Gustus Highschool. Sekolah elit dan pelajar yang paling disiplin di dalam negara.
( baju sekolah Zandra )
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Ammar, nampak Ayien tak?" soal Rania risau. Ammar yang kebetulan lalu di alur gajah itu disoal.
"Kenapa ni? Bukan korang selalu berdua ke?" Ammar memandang Rania pelik. Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku
"Dia curi gummybear aku." adu Rania.
Wait gummybear? Habislah, Riana sudah keluar......
"Aku tolong kau cari dia." ucap Ammar. Kesian dia melihat Rania yang resah itu.
Seluruh blok form 5 diperiksa Ammar namun tiada tanda-tanda Ayien berada di situ.
Sewaktu meronda di belakang bangunan parkir kereta, Ammar terperasan seseorang di atas pokok yang agak tinggi.
Ammar memanjat pokok itu dengan berhati-hati agar tidak jatuh serta tidak disedari manusia tersebut.
"Woi, Ayien asal kau duduk atas ni." sergah Ammar sebaik saja berjaya memanjat separas dengan Ayien.
Ayien terkejut, bungkusan gummybear di tangannya terlepas dan jatuh ke bawah pokok.
"Ape kau nak Mar?" soal Ayien separa mengamuk. Siapa tak marah bila tengok fav food jatuh, nak nangis wei......
"Kau buat apa kat sini? Penat tau adik kau cari." ucap Ammar geram.
Penat je panjat pokok bagai, last2 kena marah. Fuh, panas..... Ammar mendekati dahan yang di duduki oleh Ayien.
"Woi pesal ni. Nanti jatuh la Mar!" marah Ayien. Dia risau kalau dahan ni patah. Habis dia nanti, dahla pakai skirt. Kalau jatuh naya.
"Ayien kau ada masalah ke dengan Rania?" soal Ammar sambil duduk di sebelah Ayien.
Ayien hanya terdiam. Dia melihat pemandangan kawasan perumahan mewah dari atas pokok itu. Angin sepoi-sepoi bahasa mengerbangkan rambutnya.
Jantung Ammar berdegup kencang melihat Ayien. Aikk, dah kenapa ni? Selama ni elok je.
"Ammar." panggil Ayien.
"Ya."
"Apa kau buat kalau kau suka kat seseorang tu tapi kau rasa dia takkan pernah suka kat kau." tanya Ayien sambil membetulkan rambutnya ke belakang telinga.
"Kira orang tu kena friendzone la eh?" Ammar menyoal. Ayien mengangguk.
"Entahlah, aku tak pernah alami situasi macam tu. Btw, apa masalah kau dengan Rania." Ammar bertanya lembut.
"Rania dapat tahu aku suka siapa tapi orang tu friendzone aku. Rania nak bagitau kat mamat tu tapi aku tak kasi. Tu yang gaduh ni." terang Ayien
"Alah, relax la. Korang kan kembar, kena saling memahami. Rania sayang kau Ayien, dia tak nak lau rasa terluka." Ammar memberikan nasihat.
Ayien hanya menganggukkan kepala.
Brakk.
Mata Ayien dan Ammar membulat. Oh, no. No no no.
Dahan yang mereka duduki sekarang ini hampir patah. Ayien menutup mata dengan tangannya.
Mereka berdua jatuh tapi Ayien tidak jatuh di atas tanah sebaliknya beralaskan badan Ammar. Muka Ayien tersembam di dada Ammar.
"Ammar, sorry." tutur Ayien sebelum bangun.
"Arghh, my head." rintih Ammar sambil memegang kepalanya.
"Ok tak ni, boleh bangun? Kejap saya panggil orang lain." ujar Ayien cemas. Belum sempat dia melangkah, Ammar memegang tangannya.
"It's fine. Boleh tolong saya bangun tak?" pinta Ammar.
Ayien menarik tangan Ammar sekuat tenaga bagi membantunya bangun.
"Betul ke kau ok Ammar?" soal Ayien risau.
"I'm ok.... I'm ok. Aku balik dulu tau Ayien, jangan gaduh lagi dengan Rania. Bye Ayien." ucap Ammar sebelum berlalu pergi.
"Bye." balas Ayien sayu.
TBC
YOU ARE READING
Love Song | ✔️
Teen Fiction• Pemenang Anugerah Wattys 2017 dalam kategori Penulis Debut • Kisah Tengku Aisyah Dellina, The Chill dan Farisya. Pertemuan Aisyah dan The Chill di bilik muzik membawa perubahan yang drastik dalam hidupnya. Identiti rahsianya sebagai pewaris tungg...