Bab 15

5.4K 315 21
                                    

Kringg.

Loceng rehat berbunyi. Farisya melangkah keluar dari kelasnya 6 Stanford, kelas elit pelajar pintar. Pelajar kelas ini hanya seramai 15 orang, 7 lelaki dan 8 perempuan termasuk Farisya.

Walaupun kelas elit namun pelajarnya sangat ramah dan bersopan santun jadi Farisya tiada masalah untuk membuat kawan.

Walaupun umurnya yang muda 2 tahun di dalam kelas itu namun kepintaran Farisya tidak dipandang rendah.

"El, jomlah rehat sama-sama." ujar Kak Liyana lalu memeluk bahu Farisya.

Kak Liyana merupakan tablemate baharunya. Walaupun dia tidak memakai tudung namun dia hormat dengan keputusan Farisya yang bertudung. See, tak prejudis pun.

Farisya meminta rakan sekelas barunya memanggil nama belakangnya. Ellina.

"Err, akak tak rehat dengan geng akak ke?" soal Farisya kepada Kak Liyana.

"Geng? Pfftt. Zaman batu betul kalau nak berpuak ni. Kitorang selalu rehat dengan budak form 6 semua. Baru unite." ucap Kak Liyana bangga.

Pelajar form 6 dekat Zealous Highschool ni tak ramai 50 orang je. Jadi tak heranlah kalai diorang rapat gila.

"Isya." panggil satu suara.

Farisya menoleh. Ah, Aisyah rupanya. Aisyah sedang berlari anak kearahnya.

"Hmm, ada apa?" soal Farisya dingin. Sakit hatinya belum hilang lagi.

"Hmm, kak Liyana. Nak pinjam Farisya sekejap boleh." pinta Aisyah.

"Tak payah akak. Cakap je dekat sini, now or never." provok Farisya lengannya disilangkan ke dada.

"First aku nak minta maaf sebab kelakuan kawan-kawan aku. Diorang tak biasa. Lepastu, aku dah mohon untuk masuk ke kelas sama dengan kau dan pengetua approve. Aku betul-betul minta maaf, aku rindu kau Isya." luah Aisyah.

Farisya memandang Aisyah sinis.

"What? Wakilkan kawan-kawan kau minta maaf? Diorang dah tak de kaki tangan ke nak datang minta maaf dekat aku. By the way, lupakan jelah kau nak satu kelas dengan aku. Aku dah tak nak tengok muka kau. Kalau kau rindu aku, kenapa kau tak pertahankan aku tadi? Mana Aisyah aku yang sopan dan lemah lembut? Mana Aisyah aku yang sanggup pertahankan aku depan orang lain? Yang aku nampak sekarang ni, Aisyah yang baru. Aisyah yang tak kisah pasal maruah aku.". Terkilan. Itulah perasaan Farisya terhadap Aisyah.

"Now go. Pergilah dekat BESTFRIEND kau sana." marah Farisya sebelum berlalu sambil menarik tangan Kak Liyana.

"Isya..." sayu Aisyah memanggil Farisya yang berjalan meningalkannya. Aisyah menangis. Jika mampu diputarkan kembali masa, pasti dia akan membela Farisya.

Adakah ini pengakhirannya?

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Farisya memandang buku nota dihadapannya. Walaupun buku itu terbuka namun mindanya merawang.

"Ellina." panggil kak Tasya lalu menarik buku nota Farisya.

Lamunan Farisya mati. Dia senyum kepada kak Tasya.

"Apeni kak, saya tengah baca nota ni." marah Farisya manja.

"Eleh, kau dah pandai sangat dah sampai baca buku nota terbalik." ketawa kak Tasya dan kak Liyana meletus.

Muka Farisya merah kerana malu. Macam manalah dia tak perasan buku nota tu terbalik, alahai....

Love Song | ✔️Where stories live. Discover now