Bab 2: Farhan

6.1K 295 32
                                    

     "Ye, ma? A'an still ada dekat  KL lagi ni...", ujarku kepada mama di dalam telefon ".....mama jangan la risau. I'll be there right on time. Promise". Aku memberi isyarat  'sekejap' menggunakan tanganku kepada Elisa yang sudah bosan menunggu.
    "Love you ma. Assalamualaikum". Aku terus memasukkan telefon bimbitku ke dalam poket seluar sambil menghebuskan nafas kencang. Elisa mengerutkan dahinya dan menjeling.

   "Awak tak boleh bawa bersabar ke? Ni mama saya tau tak".

    "Ohh....awak ingat saya je la yang kena ikut cakap awak. Bersabar la....apa laaa....yang awak tu, tak habis-habis lambat. Tak patuh pada janji tak apa pulak, kan!", luah Elisa. Terkejut melihat Elisa marah sebegini. Sebelum ni, dia tidaklah garang sangat.

    "Okay sorry sangat-sangat. Saya tahu saya salah. Nanti saya janji...janji saya bawa awak keluar tanpa ada orang yang halang, okay?", pujukku manja namun pujukan tersebut lebih menghentam kuat dadanya.

     Elisa mula menangis tersedu-sedu. Matanya masih tidak memandang ke arahku. Aduh! Apa aku dah buat?

    "Awak,....awak janganla menangis".

   Dia memusingkan pandangannya ke arahku.
   "Awak tahu tak. Saya dah lama bersabar dengan perangai awak. Kalau perempuan lain, dia dah lari lama dah. Awak yang cakap kat saya yang awak takkan sakitkan hati saya, tapi awak bukan sekadar sakitkan hati saya, tapi awak dah buat saya tak percaya dengan lelaki",ujar Elisa tegas lalu meninggalkan aku sendirian di meja makan Starbucks itu.

      Aku kaku. Tidak boleh berkata apa-apa. Mataku samar-samar memandang Elisa yang berlari-lari anak. Kini, bayang-bayangnya sudahpun hilang dari pandanganku.
Aku mahu mengejarnya, tapi aku tidak tahu mengapa pada waktu itu aku rasa akulah lelaki yang paling bodoh sekali. Aku langsung tidak bergerak dari tempat itu.

   "Bro,tahniah bro". Seseorang sedang menepuk bahuku. Aku terdengar suara-suara bersorak dan bertepuk tangan dari belakang. Aku masih mengelamun, tidak percaya apa yang baru berlaku.

    "Nah, 50 ringgit. Seperti yang dijanjikan!!!". Ammar meletakkan 50 ringgit di atas meja berhadapan denganku. Kemudian, rakan-rakanku yang lain juga turut meletakkan 50 ringgit mereka di atas meja itu.

    Aku melihat duit-duit yang bersepah di atas meja. Baru aku sedar apa yang sudah berlaku. Aku sebenarnya sudah berjanji dengan rakan-rakanku untuk melepaskan Elisa(break up) pada hari aku berpindah ke Manjung.

   Rakan-rakanku, Ammar, Lutfi, Hamdan, dan Arif telah bersepakat bersama-sama denganku untuk tidak berpasangan sepanjang kami berada di sekolah menengah. Namun, kami dibenarkan untuk berkawan dengan perempuan, termasuk memainkan perasaan mereka. Di sekolah kami dahulu, SMK Sanubari 1, kami merupakan pelajar lelaki yang paling diminati dan digilai pelajar perempuan. Disebabkan itu, kami menamakan geng kami 5GB yang bermaksud, 'five gorgeous boys'. Dan......akulah ketuanya.

    Aku tidak sangka sesenang itu aku putus dengan Elisa. Rupa-rupanya, dia dulu yang ambil langkah pertama. Walaupun aku tahu apa yang aku buat itu salah, tapi aku tidak tahu mengapa aku teruskan juga. Mula-mula, memangla rasa diri ni kejam sangat. Tetapi, lama-lama, apabila sudah banyak perempuan yang aku perkenakan, aku sudah biasa. Seolah-olah aku tidak  dapat lari dari sikap ni. Seolah-olah, benda ni sudah jadi darah daging aku.

    Aku mengira duit yang bertaburan di atas meja. Cukup RM250. Aku bersorak gembira. Kekecewaan yang menimpa aku tadi telah hilang serta-merta.

    "Woi, jangan lupa belanja aku",ujar Hamdan yang sedang menarik kerusi bersebelahan aku.

   "Tak ada maknanya. Kau dah bagi aku duit, kau pulak nak suruh aku belanja. Memang tak aah", balasku sambil meletakkan duit tersebut di dalam beg dompet ku.

Sekolah LamaWhere stories live. Discover now