Bab 4: Farhan

4K 317 14
                                    

    "Biar betul", ujarku dengan nada suara yang perlahan. Setelah Hamdan memberhentikan keretanya, War terus bergegas keluar dari kereta. Dah asal dah budak tu.

    "AAAAAAGH! Tak tahan!!!! Nak KENCING!!!!!!!", jerit War yang terus berlari lintang-pukang masuk kedalam rumah.

    "Aku rasa dia tu bukan kembar kau tuh!", ujar Ammar lalu tertawa.

   "Dia macam ni tau. Muka je nak sama tau. Mak bapak pun sama la kan. Tapi....perangai..aduh! Macam langit dengan matahari!", ujar Ammar berjenaka.

  "Tanah la", Arif membetulkan Ammar yang sebenarnya dia pun salah. Bumi! Hish

   "Oh ye! Oh...tanah eh?!", ujar Ammar dengan nada sarcastic. Relaksla Ammar ni. Macam tak kenal dengan Arif tu.

    Aku keluar dari kereta sejurus melihat abah dan mama keluar dari rumah untuk menyambut kedatangan kami. Mama memelukku seerat-eratnya seolah-olah aku baru pulang dari belajar ke Universiti yang jauhnya di Marikh sana dan baru kembali ke bumi 20 tahun berikutnya. Biarla ye. Ibu...katakan.

    "Jemput kawan semua masuk. Jom masuk meh!", ujar mama. Mama orang lain memang macam ni eh? Selalu suruh kita ajak kawan masuk tapi 'end up' dia sendiri yang ajak.

    "Okay ke tadi?", soal abah ketika aku bersalaman dengannya.
  "Okay je. Cuma tersesat dekat simpang seberang sana".

  Abah hanya tersenyum. Hm..abah abah. Bagila reaksi yang kreatif sikit. Ni sama ja dari kecik sampai  aku dah beso, tak pernah berubah reaksi dia tu.

  
  
    Aku meninjau suasana luar rumah. Haih! Semuanya penuh dengan hutan. For sure banyak nyamuk ni. Aku melihat bunga-bungaan yang disusun indah di satu sudut luar rumah. Hmm...bolehla. Tapi, aku lebih suka kalau ada bunga matahari kat sini. Sekurang-kurangnya boleh la jugak  aku makan kuaci.

    Rakan-rakanku sedang mengatur langkah mereka ke dalam rumah. Aku perhati sahaja mereka dari luar. Banyak cantik! Aku tak tengok lagi dalam diorang dulu yang tengok. Ini tidak adil.

    Aku terus berlari anak menuju ke tangga rumah kemudian terus memasuki rumah kuno itu.  Aku terpukau sekejap melihat decor rumah itu. Impressive. Tapi sedikit 'creepy'. Sebab lantai diperbuat daripada kayu yang berbunyi. Crek..crek. Ish...aku baru masuk dua langkah je ke dalam rumah ni..tapi dah stress.

    "A'an nak pergi mana tu", soal ibuku yang tadinya sedang berbual-bual dengan rakan-rakanku di ruang tamu.

   "A'an nak tengok bilik kejap".

  "Okay. Nih. Barang A'an ibu sudah letakkan di dalam bilik yang paling hujung. Kalau bilik tu A'an tak suka, A'an cari bilik lain pulak".

  "Okay ma". Aku mengatur langkah menaiki anak tangga. Aku masih boleh mendengar perbualan mereka di ruang tamu.

  "Huyoo...makcik. Berapa bilik rumah ni ada?", soal Arif.

  "Enam".

  "Huuiii..kalau macam tu saya nak pindah sini la",ujar Arif lagi. Kemudian, aku mendengar mereka tertawa-tawa. Sesudah aku sampai di tingkat dua, tawaan mereka sudah tidak kedengaran lagi.

    Aku membuka tombol pintu bilik yang menghadap tangga. Mesti bilik mama dan abah. Ya...ternyata ya. Kemudian,  aku memasuki bilik kedua.....

   "Woi!!!!!!!! Tak leh ketukka?", jerkah War yang seksi. Dia cepat-cepat menutuop badannya dengan tuala. Hahahaha

   "Eeeee....kau tak malu".

  "Apa tak malu....ni bilik aku. Ko patutnya ketuk and bagi salam la dulu! Jangan main redah ja",jerkahnya lagi. Dia cuba untuk menyelitkan tualanya tetapi hampir tergelongsor ke bawah.

Sekolah LamaWhere stories live. Discover now