Bunyi geseran itu masih kedengaran dari tingkat atas. Aku lihat muka-muka pengecut si anak teruna di hadapan aku. Kalau la aku boleh rakam....."Bunyi apa tu?", soal mama kepada abah. Abah hanya mendiamkan diri. Kemudian, abah bangun dari tempat duduknya lalu berjalan keluar dari ruang makan. Bunyi abah menaiki tangga menembusi suasana ruang makan.
Aku tidak mahu melepaskan peluang lalu aku tinggalkan ruang makan dan mengekori abah yang sudah selesai menaiki tangga.
Bunyi itu makin kuat di tingkat atas. Ya, betul agakkan aku. Bunyi itu datangnya dari arah bilik berkunci tersebut. Abah cuba untuk membuka pintu bilik itu tapi terkunci. Jadi, abah mengambil keputusan untuk mengetuk dulu pintunya. Tok tok! Toktok!
"Assalamualaikum",ujar abah.
Bulu roma aku sudah naik 90 darjah dah ni. Abah pulak masih 'cool' walaupun entah siapa atau entah apa lah kat dalam.
Tiba-tiba, pintu terbuka dengan sendiri. Perlahan-lahan ia terbuka sehingga muncul seorang wanita betul-betul berhadapan dengan kami.
"Encik ni pemilik rumah ni ke?", tanya seorang wanita 30-an yang memakai selendang menutupi rambut zaman 60-an nya. Bibirnya merah menyala dan celaknya tebal di bahagian kelopak mata. Betul-betul macam gaya Saloma.
Sejak bila pulak mak cik ni boleh tiba-tiba ada dekat bilik ni. Siapa pulak minah ni?
"Ya saya...umm..uh. Boleh saya tahu kenapa cik masuk rumah saya?", soal abah. Aku tidak dapat hidu sedikit pun riak takut dalam setiap ekspresi abah. Whuishh! Pro....pro.
"Saya ni memang duduk sini. Saya jaga rumah ni dari dulu lagi. Takkan la encik rasa rumah ni bersih dengan sendirinya", ujarnya dengan nada sinis. Suara dia macam salah seorang pelakon cerita P.Ramlee, tapi aku dh lupa.
"Oh, tapi sebenarnya kami tak diberitahu pun pasal benda ni dari agent kami yang berurusan dengan kami", jelas abah kepada perempuan itu. Wanita itu peliklah. Cara dia bergaya, bercakap, dan sapa orang macam...macam...eii..tak tau nak cakap macam mana. Ala...senang cita..macam orang dulu-dulu la!
"Saya tahu pasal tu. Cuma, encik tak tahu lagi sebab saya berkhidmat secara percuma".
"Okay, macam ni. Jom kita turun bawah dulu dan saya bawak Cik jumpa dengan isteri saya".
"Baiklah".
*
Bilik aku dipenuhi dengan mamat-mamat 5GB nih. Mama dengan abah sedang berunding dengan wanita yang tiba-tiba tersesat tu di ruang tamu. Jadi, kami semua terpaksalah duduk dekat atas.
Aku memerhati gelagat Lutfi yang dari tadi membelek novel-novelku.
"Korang tak rasa pelikka macam mana perempuan tu boleh muncul tiba-tiba. Boleh pulak dia alih barang-barang sesuka hati", ujar Ammar.
"Sebab, dia kata dekat abah aku tadi, yang bilik tu sebenarnya bilik dia", jelasku kepada mereka semua.
"Dia maid rumah ni ke?", soal Lutfi kepadaku.
"Tak tahulah. Sebab kalau maid mesti minta bayaran kan. Tapi, dia ni tak minta bayaran. Dia just jaga rumah ni", jelasku lagi.
"So ko rasa mak engkau bagi ke dia tinggal dekat sini?",soal Hamdan, mencuit bahu A'an. Kami semua sedang duduk dalam bulatan di atas lantai tanpa kami sedar.
"Harap-harap tak. Aku tak suka orang ganggu privacy aku", tegas A'an dengan muka mengelamun. Maybe tak puas hati dengan apa yang baru terjadi.
"Ko macam mana pulak Anwar?", soal Hamdan lagi. Kali ni, soalan tu ditujukan kepadaku.
YOU ARE READING
Sekolah Lama
HorrorAnwar dan Farhan merupakan adik-beradik kembar. Mereka berpindah ke Manjung, Perak atas alasan kerja ibu dan bapa mereka. Mereka tinggal di rumah baharu yang berhantu. Sepanjang mereka tinggal di situ, mereka diganggu. Namun, gangguan mereka di ruma...