Bab 10: Anwar

3.1K 259 11
                                    

      Aku menutup pintu bilik sedikit deras lalu menghempapkan badan di atas katil. Aku berfikir sejenak tentang apa yang telah berlaku tadi.

*

    Sejurus budak-budak 5GB itu lari masuk ke rumah,  aku memandang muka Aunty Saodah yang sedang berjegil biji mata memandangku.

    "Pukul 6:30 pagi esok, jumpa saya dekat dapur. Tolong saya siapkan sarapan", arah Aunty Saodah.

   "Okay",jawabku lambat. Mungkin sedikit terkejut dengan arahan yang baru diberikannya tadi. Aku seorang je ke yang dia panggil esok? Macam pelik je. Tapi, mungkin inilah kesempatan aku untuk merungkaikan persoalan yang bermain di fikiranku ni. Betulkah dia tu hantu?

    "Dah. Jom masuk rumah. Sekarang dah pukul 2 pagi. Esok kamu nak bangun awal", ujarnya lagi. Aku pun mengekorinya dari belakang lalu masuk ke rumah, di mana A'an terjegat di laluan masuk. Yang lain pula, boleh pula main sorok-sorok dibelakang A'an. Tak ke gedik benor budak-budak hipster ni.

    *

   Aku baru sedar punggungku sebenarnya basah. Kain katil pun basah disebabkan dijadikan alas punggungku.

     Aduh! Seluar dalam dah kena tukar dah ni.

   Jadi, aku mengambil keputusan untuk menyelinap masuk ke dalam bilik A'an untuk merampas seluar dalamnya. Hahah!

     Akhirnya,  aku dapat mencuri tiga helai seluar dalam di dalam almari. Mujurlah dia tak ada dalam bilik. Mungkin tidur dengan kawan-kawan dia dekat ruang tamu.

   Sesudah aku menukar kesemua pakaian aku, aku pun memasang penggera agar boleh bangun pukul 6:30.  Setelah itu, aku tidur senyenyak-nyenyaknya.

    Keesokan harinya, aku bangun seperti yang dirancang. Jam loceng yang menunjukkan pukul 6:30 pagi mengejutkan alam mimpiku. Terima Kasih sangat-sangat. Aku tak perlu pun pakai iphone macam si A'an tu. Bunyi 'alarm' dia bukan main gah lagi, tapi langsung tak ada 'effect'. Tak bangun-bangun.

    Selepas turun tangga, aku menuju ke dapur. Aunty Saodah sedang memotong bawang di atas meja marmar di tengah-tengah dapur.

    "Nak tolong apa?", soalku sambil berjalan kearah nya.

   "Pergi ambil cili kering dalam almari dekat sebelah. Lepastu ambilkan gunting di dalam laci dekat tepi tu", arahnya. Tanpa sebarang alasan, aku terus mengambil barang-barang itu. Di dalam almari, banyak betul barang-barang rempah ratus lah, apa lah. Aku tak rasa mama bawa banyak sangat barang dapur. Mungkin milik Aunty Saodah.

    "Ambil sekali mangkuk", ujarnya lagi. Haih..baik cakap je terus tadi.

   Setelah semua barang yang diarah telah diambil, aku merenung muka Aunty Saodah yang masih sedang memotong bawang. Ish..takkan mata dia tak pedih kut. Aku kat sini pun dah pejam celik dah ni.

    "Ha, tunggu apa lagi potongla".

    Terkejut aku. Okay...fine. Aku merenung cili kering yang berad adi dalam plastik. Langsung tak tahu nak buat apa. Setelah beberapa minit mengelebek cili kering itu, Aunty Saodah membebel lagi.

   "Tak reti ke? Haih...budak budak zaman sekarang. Potong cili kering pun tak reti". Aunty Saodah pun menunjukkan cara-caranya sehinggalah aku faham.

   "Dah, cuba buat". Aku pun mencuba untuk menggunting cili kering itu. Merecik-recik biji cili di atas meja. Tadi Aunty Saodah buat tak merecik pun. Namun, aku tetap cuba dan cuba sehinggalah aku sudah biasa.

    Aunty Saodah sedang memotong daging ayam di atas pemotong manakala aku pula masih membuat benda yang sama. Suasana yang aman dan sunyi ni, bolehla aku ambil kesempatan untuk bertanya. Nilah peluang aku.

Sekolah LamaWhere stories live. Discover now