"HAHAHAHAHHAHAHAHA!".
Ngilaian tersebut betul-betul telah membuat aku seriau. Disebabkan takut, aku menutup mata dan telinga. Hamdan...cepat cepatlaaa. Masih terdengar laungan Ammar dan A'an yang sedang menjerit-jerit memanggil Hamdan.
Aku terdengar bunyi pintu kereta dibuka dan ditutup kembali. Rupa-rupanya Hamdan.
Alhamdulillah.
Hamdan bernafas kencang lalu tangannya diletakkan di dada kerana sesak nafas. Hamdan menghidap asma, teruk jugaklah sebab itulah dia tak bersukan. Sebab dia pernah cuba untuk berlari mengelilingi padang sewaktu subjek PJK namun, akhirnya masuk ke hospital kerana asmanya teruk juga.
"Kau okay tak ni Hamdan?",soal Ammar dari belakang sambil tangannya memegang bahu Hamdan. A'an pula sedang mengusap-usap belakang Hamdan untuk menenangkannya.
"Aku..(menarik nafas panjang dengan deras) tak..bobboleh..(tarik nafas lagi) bernafas", jawab Hamdan. Aduh..gawat ni. Dah la kami semua tersadai dekat tengah jalan yang sunyi. Kalau apa-apa jadi, susahlah!
Dalam suasana yang kritikal, A'an memandang aku dan Ammar di belakang, kemudian bersuara.
"Tolong angkat Hamdan ke belakang. Aku nak bawak kereta. Cepat!", arah A'an. Kami pun, terus bergerak. Ammar menjatuhkan sit depan sambil aku menarik Hamdan. Hamdan masih boleh bergerak walaupun dia sebenarnya tengah lemah sangat. Kemudian, A'an pun berpindah ke sit pemandu lalu terus membuka enjin kereta.
Ketika enjin kereta sudah dibuka, tiba-tiba bunyi tapak kaki betul-betul di atas bumbung kereta.
POM!POM!POM!POM! kemudian, suara berdekah-dekah gelak bergema memecah suasana. Datang lagi... Seriau aku dibuatnya. Aku tanpa berkata apa-apa terus menukar tempat duduk di sit depan sebab belakang dah sesak. Radio kereta ku buka dengan harapan ayat suci al-quran dimainkan. Tapi rupa-rupanya lagu hey kau oleh Sandra yang tengah bermain di radio.
"Heyyyyyy Kauuuu..selaluuu..".
"Eh Bodddoo Kau", tempelak A'an yang sedang memandu di sebelah. Satu kereta terdiam.
"Okay sorry sorry. Aku tukar sekarang".
Aku pun punyalah renyah tekan button tu sampailah akhirnya lagu Dato Siti keluar.
"Ting ting tang ting"... aku pon sambung "ting ting tang ting tarating tingke ting.." Jap..apasal aku menyambung ni? Tak semena-mena aku tak sedarkan diri.
_________________________Farhan__________________
"Kau dah kenapa gilaaaaa??!!!!" jerit aku lantang apabila melihat Arif yang tiba-tiba menari dan menyanyi seperti orang tak keruan. Lain macam je aku tengok.
"Weih apa dah jadi dengan dia weihhh", ujar Ammar di belakang. Aku menoleh ke belakang dan melihat muka mereka yang cuak memandang Arif yang tiba-tiba bersikap pelik.
"HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHH!!!!!!". Arif tiba-tiba mengilai kuat sehingga aku tidak dapat mengawal kereta. Kereta riuh rendah dengan jeritan ketakutan Hamdan dan Ammar di belakang. Wajah Arif yang pucat dan matannya merah membuatkan aku brek mengejut. Takutttt Ya Allah. Dia betul2 duduk di sebelah aku...memandang aku dengan mata merahnya sambil menari dan gelak terbahak-bahak.
Nasib baik kereta tidak terjunam di dalam semak jadi kami semua terus melarikan diri. Meninggalkan Arif di dalam kereta sendiri.
Aku dan yang lain terus berlari litang-pukang. Nasib baik tidak jauh dari rumah waktu itu. Aku sudah tidak fikirkan apa-apa lagi. Pasal Arif ke or pasal kereta ke. Yang aku fikirkan sekarang adalah aku nak cepat-cepat balik rumah sebab aku takut.
Sampai sahaja di rumah, kami berempat terus masuk tanpa mengetuk dahulu. Masing-masing masih tercungap-cungap akibat berlari tadi. Aku hampir menangis la sebab penat sangat. Kami terlentang di atas lantai kerana terlalu terlalu penat. Tiba-tiba...
"A'annnnnn!!!!!! Hamdannnnnn!!!!!!Ammar!!!!!!...bukaklahhh pintu aku nak masukkkkk!!!!!!", laung Arif dari luar. Arif????? NOOOOOOOOO
Kami semua terus cuak. Nasib baik la pintu dah terkunci tadi.
Hamdan yang berdiri betul-betul di pintu cuba untuk membuka namun nasib baik diberhentikan langkahnya oleh Hamdan .
"Weih!!!! kau gila!!!! dia kene rasuk tau tadi!", ujar Hamdan termengah-mengah.
Kami semua berbincang seketika. Akhirnya membuat keputusan untuk meninjau kelibat Arif dari tingkap atas. Kenapa bukan tingkap bawah? sebab kami takut. okay takyah tanya.
Di atas..aku masuk ke bilik mama dan abah yang...tak ada. okay mana diorn ni. Pagi buta pon x x daa ke. ni mesti pergi jauh ni.
"Okay clear", ujarku kepada mereka semua. Diorang pun masuk ke bilik dan dengan rentak yang sama, kami mengatur langkah ke tingkap.
Arif sedang berdiri tegak di atas tanah betul-betul di halaman rumah. Badannya bongkok tak menampakkan mukanyaa.
"Tingggggg tingggggg...tang tinggggg. Tingkap mahal seperti ini pun tidak kalis dengan bunyi Arif yang jauh di sana. Seperti biasa..dengan statiknya..dia bernyanyi. Tapi badannya tak bergerak sedikitpun. Aku beremangg bulu roma. Aduhhh..apasalllaa malam ni. Petang tadi War kene rasuk sekarang...Arif pulakkk. Apa bala menimpa aku niii.
"Weihhh apa perlu kita buat sekarang ni", soal Ammar dalam keadaan cemas. Aku pun tak tahu tapi nak membalas apa pon aku dah kelu lidah ni. Tangan aku masih bergetar getar.
"Hamdann..kau okay tak? keta kau macam mana?", soal Ammar pula kepada Hamdanapabila melihatku senyap.
YOU ARE READING
Sekolah Lama
HorrorAnwar dan Farhan merupakan adik-beradik kembar. Mereka berpindah ke Manjung, Perak atas alasan kerja ibu dan bapa mereka. Mereka tinggal di rumah baharu yang berhantu. Sepanjang mereka tinggal di situ, mereka diganggu. Namun, gangguan mereka di ruma...