Bab 18: Anwar

2K 135 6
                                    

Sampai sahaja di halaman rumah, aku dan A'an menongkat motorsikal di luar. Kami berdua tak masukkan motor ke tempat yang sepatutnya, sebab pemalas.
A'an berjalan menuju ke tangga rumah meninggalkan aku di belakang tanpa menoleh sedikitpun. Moody mungkin.

Aku tak boleh biar dia beritahu mama dan abah pasal bende ni sebab aku tahu diorang mesti akan risau punya. Baik aku buat sesuatu sebelum terlambat.

"A'an. Jap aku nak cakap sesuatu ni!".

A'an pusing ke belakang lalu mendengus.

"Apa kau nak? Aku penatla?", ujarnya sedikit lantang. Amboi dia....penat melebihi aku.

"Aku taknak mama abah tahu pasal apa yang jadi tadi. Kalau boleh tolong la rahsiakan semampu yang boleh. Aku taknak diorang risau. Kau macam tak tahu mama macam mana. Nanti kene pindah sekolah ke pindah rumah ke, aku..". Belum sempat aku menyambung, Farhan mencelah.

"Bukan itu yang kau nak ke? Bukan itu ke yang kita berdua nak selama ni? Apa yang dah jadi dengan kita berdua dekat rumah ni dengan dekat sekolah tu, kau tak rasa ke macam kau nak lari je dari sini", soalnya kencang. Baran dia dah mai dah.

A'an sebenarnya ada sifat baran. Baran dia bukan macam hempas barang ke atau apa ke, baran dia ni adalah bila dia akan senyap. Marah pon tak tengking ke naik tangan pon tak. Dia akan senyap dan murung dalam jangka masa yang lama. Mungkin berhari-hari. Ya, nampak macam takde apa-apa. Huh..tapi kalau orang tahu betapa peritnya hidup dengan baran dia yang macam tu, mesti orang tu lebih prefer baran 'hempas barang, dari baran 'A'an'.

"Aku tahu ini yang kita berdua nak. Tapi aku rasa macam aku nak cuba untuk tangani masalah ni. Aku tahu rasuk tu bukan benda main-main, tapi lepas aku kena tu, aku rasa lebih kuat walaupun secara logiknya, orang yang kene rasuk patutnya lemah n tak bermaya. Tapi aku rasa lain. Semangat aku nak lawan bende tu jadi lebih kuat. Dan aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Satu lagi, aku tak rasa kita patut bebankan mama dan abah dengan bende ni. Diorng cuba nak bina hidup bahagia dekat sini, bukak klinik nak bantu orang, kau sendiri tengok kan diorng macam mana. Gembira je bila sampai sini. Kau rasa diorang akan gembira lagi ke bila dapat tau apa yang jadi kat kita sepanjang kita kat sini? Tak kan! Dan kita sepatutnya jadi kuat untuk diorang. Sebab...diorang dah berkorban duit untuk kita. Sekurang-kurangnya A'an kita cuba dulu", ujarku panjang lebar. Aku menepuk bahu A'an lalu terus menaiki tangga meninggalkan A'an di belakang.

"War! Macam mana pulak kalau kita tak diberi peluang pun nak cuba! Sebab aku tengok kau cakap senang je macam kau boleh bu..". Mata A'an bergelinang dengan air mata. Barannya sudah sepenuhnya menguasai dirinya.

"A'an kau ni dh kenapa?! Kenapa dengan kau ni?! Ha?! Kenapa kau over sangat ni?", tengkingku, belum sempat A'an menghabiskan ayatnya. Marah A'an sudah berjangkit kepada ku. Melihat dia yang tiba-tiba marah menyebabkan aku pon menerima bara yang sama.
Atas sebab itu, aku tidak jadi untuk masuk kedalam rumah.

"Kenapa kau cakap?! Kau baru kena rasuk lepastu bende tu keluar dari kau and kau memang tak rasa apa apa kan! Lepas je kau kene rasuk, aku orang pertama yang kau jumpa, kau langsung tak bersembang dengan sesiapa kecuali aku! Ustaz cakap kau kene rasuk, dia bagi air yassin suruh minum tu je yang kau tahu kan!", teriak A'an.

"Okay! Okay! Apa yang aku tak tahu sebenarnya ha?! Apa?!", soalku lantang. Mata A'an menjadi merah dan berair. Dia benar-benar marah.

"Waktu kau kena rasuk tu, kau cekik aku sampai aku sesak nafas. Kau cekik terlalu kuat sampai aku lemas, rasa macam aku dah nak mati dah waktu tu. Kau tau tak benda tu?! Tak tau kan?! Jadi aku lebih berhak emo dari kau", balas A'an lantang, lalu terus berjalan masuk ke rumah. Dia sempat melanggar bahuku.

Aku cekik A'an sampai dia lemas? Ya Allah apa aku buat? Sampai macam tu sekali. Aku terduduk di lantai semen yang berpasir, lalu mengalir air mata deras. Tiba-tiba, rasa bersalah menyelubungi diriku, aku tidak dapat mentafsir perasaan yang aku alami. Kejap-kejap aku sedih dan kecewa, lepastu aku jadi bertenaga balik. Tapi, kecewa itu akan datang lagi. Dan aku penat hidup sebegini. Sekarang, badanku kembali berasa lemah seakan akan ada muatan yang berat menimpa badanku menyebabkan seluruh sistemku lemah dan bergerak perlahan.

Sekolah LamaWhere stories live. Discover now