Pupppp!!!!!!! Kepalaku berlanggar dengan kepala A'an lalu kedua-dua jatuh ke atas lantai kayu.
"Sakit!!",laungku. Aku mengusap-usap dahi yang mungkin dah benjol. A'an juga melaung kesakitan."Asal kau ni! Berlari tak tengok depan!!!!!", jerkahku dengan nada marah. Aku bangun pantas sambil menjegilkan mataku ke arah A'an yang juga cuba untuk berdiri teguh.
"Aku nampak..ak ak....aku nampak", ujar A'an dengan reaksi seperti nampak hantu.
"Aku nampak hantu weih!!!!!", jerit A'an lalu terus menangis ketakutan. Aku menjadi resah dan gelisah sebentar. Betul tekaan aku. A'an nampak hantu juga. Seperti aku tadi.
*
Aku terjaga dari tidur dan menyedari semua orang sudah tiada. Tidur dah kut. Jadi, aku mengambil keputusan untuk meratah kek cheese yang masih ada saki-bakinya di dalam peti ais. Hehehhehe....
Tiba-tiba, aku menyedari ada bayang-bayang hitam yang bergerak di belakangku. Lalu, aku mengekori bayang-bayang itu perlahan-lahan. Manalah tahu aku boleh nampak hantu. Satu langkah....demi satu langkah sehingga ke ruang makan. Pabila kakiku menjejaki ruang tersebut, bayang-bayang itu sudah tiada. Hilang. Tiba-tiba, tanpaku duga...
" Kau cari apa?". Terkejut aku!!!!!!
"Aaaagh!", aku menjerit sejurus melihat figura seorang lelaki menegurku dari belakang. Mungkin inilah bayang-bayang tadi.
Lelaki tersebut melangkahkan kakinya....satu ...demi satu... ke hadapan. Aku betul-betul di hadapannya. Kaku.
Semakin lama, cahaya dari ruang tamu menerangi figura tersebut. Sehinggalah wajahnya yang buruk memandang tepat mukaku.
"Arif......bangang kau". Aku menghembuskan nafas lega lalu mengacah-acah macam mahu menumbuk mukanya.
"Ahahahahhaha...ssshhhhhh..perlahan. Nanti Ammar dengar".
Arif menarik bajuku, menyuruhku untuk mengekorinya. Dia membawaku masuk ke dalam bilik setor yang kosong di sebelah tandas dapur, kemudian Arif menutup pintu.
"Kita sembunyi sini. Aku nampak tadi Ammar dah pergi atas".
Aku yang masih mamai menampar lembut mukanya. "Ko cakap apa ni, Arif?", soalku.
Dia membalas balik tamparanku dengan lebih kasar. Satu, sakit mak kau..tapi kedua, terima kasih sebab aku dah betul-betul segar.
" Ko tak tahu apa...kau senyap. Boleh tak aku mintak kau satu benda. Tutup lampu bilik air ni sekejap selama...aaaa..selama 10 saat. Then...kau bukak balik", arah Arif. Mengarut betul mamat ni malam-malam. Asallah tak tidur lagi. Kan dah menyusahkan aku.
Aku pun akur lalu menutup suis lampu bilik setor itu lalu mula mengira.
"1, 2, 3............",aku berhenti mengira sebentar lalu memandang ke belakang. Tak nampak apa-apa pon. Gelap. Aku pun sambung mengira sampai 10. Kemudian, terus buka balik suis lampu.
Aku tersentak. Arif hilang. Woi......seram aku. Apa lagi...aku keluar dari bilik setor itu dan berlari tanpa arah tuju.
Sebab tanpa arah tujulah aku terlanggar kepala A'an.
*
"Kau asal mengelamun ni?! War!!!!! Anwar!!!!!!!!!", jerit A'an kuat. Jeritan terakhir telah berjaya membawaku ke dunia nyata. Aku memandang A'an yang sedang tersedu-sedu.
"Aku nampak jugak A'an!", ujarku. Mata A'an bulat memandangku.
Tiba tiba....kami berdua terdengar suara-suara yang kami kenal dari luar rumah. Pintu terbuka luas. Ya Allah! Kami berdua terus bergegas ke luar dan mendapati Lutfi, Hamdan dan Arif sedang bertelagah. Arif pula sedang meleraikan pergaduhan mereka berdua.
"Asal korang ni!!! Mana Ammar?!!", laung A'an dari jauh. Dia kemudiannya berlari ke arah mereka. Aku mengekorinya dari belakang.
"Ammar hilang wei!!!!! Aku nampak dia keluar dari rumah tadi tapi sekarang dah tak ada!!!", jawab Hamdan yang sedang menggelabah aku lihat. Suaranya memecah suasana.
Aku memandang ke arah tingkap bilik mama dan abah. Takut kalau mereka terjaga. Namun, tiada apa-apa pun. Tiba-tiba, aku terlihat seseorang sedang mengendap dari tingkao bilik hujung sekali. Aunty Saodah tu. Lagaknya biasa sahaja. Tiada respon. Apabila mengetahui yang aku sedang memandangnya, dia terus pergi. Pelik. Mama dan abah pun pelik. Takkanlah jeritan-jeritan kami ni tak memberi kesan pada mereka. Ish.
"Penipulah kau ni!!! Takkan dia hilang macam tu je!!! Entah-entah dia still ada dalam rumah", balas Lutfi lantang, tidak percaya yang Ammar keluar dari rumah dan hilang begitu sahaja.
"Aku tahulah!!!!! Aku dengar suara dia jerit kat luar!!kau pehal!!!", jerkah Aiman kepada Hamdan, memegang kolar Lutfi, ingin cari gaduh. Arif yang berada di sebelah Hamdan cuba untuk meleraikan pergaduhan namun dia lula yang tersungkur ke tanah apabila Hamdan menolaknya dengan amat kasar. Bibir Arif berdarah.
Aku menolong Arif untuk bangun. Hamdan yang tidak sengaja itu cubs untuk membantunya namun A'an pula menolaknya sehingga dia hampir-hampir tersungkur di atas tanah seperti Arif.
"Kau apasal tolak-tolak orang!!!!!", jerkah A'an. Dia memegang baju Hamdan dan menalakan penumbuknya ke muka Hamdan. Namun, saat itu.....kami terdengar satu suara.
"Tolong aku weih!!!!!!! Tolong aku!!!!!!!! Tolong weih!!!!!!". Suara itu datang dari lorong kecil di hadapan kami semua. Semakin lama, suara itu semakin kuat. Cahaya dari lampu jalan membolehkan aku melihat orang itu dengan lebih jelas.
Ya Allah! Ammar!!
Ammar lari dengan pantas ke arah kami seperti ada yang mengejarnya. Tetapi..hakikatnya, tiada sesiapapun di belakang.
Ammar berlari ke arah A'an dan melanggarnya dengan kuat.
"Aduh!",laung A'an. Tersungkur dj atas tanah.
Ammar yang berpeluh-peluh dan kelam-kabut itu terus menggoncang badan A'an yang sudah terbaring.
"Farhan! Farhan! Kau kena cakap dekat mmm..mm..mmak kau dan ab..abbah kau se..se...sek..sekkarang!!! Korang tak boleh...ttak...boleh duduk dalam rumah tu lagi!!!!!!!!!!", raung Ammar dengan penuh semangat.
"Kenapa kau ni Ammar!!! Cuba bawak bertenang!!!", tegas A'an yang masih terbaring.
"Aunty Saodah tu.......han....han....Hantuuuuu!!!!!!!!", raung Ammar.
Kami terkedu. Tiba-tiba, terdengar bunyi tapak kaki dari rumah berjalan ke arah kami. Kami semua memandang ke arah bunyi itu.
Aunty Saodah.
******************
Ish...sayang la korng ni. Sebab korang la hari ni Sekolah Lama dah dapat tempat #41 in Horror walaupun bru tiga hari. T.kasih tau...syg korang..nah kiss skit 💋.
FINE...41 tu tak lah tinggi mana..buang 4 baru tinggi kan.heh.
Tapi sy ttp bersyukur sbb tak pernah rancang pon. Just buat cerita ni utk suka-suka. So...thanks tau...commentau.....vote tau.....jap. nah..kiss lagi 💋
YOU ARE READING
Sekolah Lama
HorrorAnwar dan Farhan merupakan adik-beradik kembar. Mereka berpindah ke Manjung, Perak atas alasan kerja ibu dan bapa mereka. Mereka tinggal di rumah baharu yang berhantu. Sepanjang mereka tinggal di situ, mereka diganggu. Namun, gangguan mereka di ruma...