Di penghujung blok tingkatan 5, terdapat satu tandas pelajar lelaki. Tadi aku lihat ada tandas lelaki dekat tingkat atas, tapi macam tak terguna jer. Jadi lebih selamat aku guna tandas ni. Ada la beberapa orang pelajar lelaki keluar masuk. Aku memang kena paranoid sikit...memandangkan apa yang jadi dekat rumah aku beberapa hari ni.
Masuk je tandas lelaki...bende pertama yang aku fikir adalah bau. Alhamdulillah, bau dia wangi. Dengan gembiranya aku boleh melepas. Dekat dalam tandas tu, sambil aku melepas la...aku cuba la tengok apa tulisan yang tertulis dekat pintu. Manalah tau mecarut ke apa ke kan. Tapi rasanya tak kut. Ni kan sekolah kampung. Lebih sopan...siapa yang sekolah bandar hrp terasa lah ye..
'Bimaska! Bimaska! Pi mas dimaska! Cores li e panndee bimaska! Bimaska! Bimaska! Si yug...., baru aku nak habiskan ayat tu...tiba-tiba ada orang ketuk pintu tandas aku! Punyalah kuat!
TOOMMMMMMMM!!!!!!!
TOMMMMMMMMM!!!!!Bnyak kali pulak tu sampai aku dah naik fed up.
"Woi! Siapa kat dalam ni! Kau kuar sekarang!". Suara yang kuat hampir memecahkan gegendang telinga aku. Aku terpaksa menyarung kembali seluar lalu membuka pintu tandas. Jangan risau.aku flush.
"Apasal ni?!", gertakku. Dua orang pelajar lelaki memandang aku dengan muka marah.
"Kau keluar sekarang?!", ujar salah seorang pelajar tersebut. Punyalah kurang ajar...main pung pang pung pang je kat pintu tandas orang lepast boleh pulak nak suruh aku keluar. Mulanya aku taknak keluar sebab aku tak tahu apa masalah diorang berdua..tapi dah mata dia berjegil macam nak makan aku..aku redha.
Sebaik aku melangkah keluar tandas, mereka berdua terus tolak aku ke dinding, salah seorang meletakkan tangannya di leher aku.
"Woi! Apa ni! Main kasar pulak?!".
"Apasal kau baca mantera tu?!", ujar salah seorang lelaki yang tinggi lampai itu.
"Mantera apanya?!". Aku sudah mula menggelabah. Tak sangka diorang ni seganas ni. Lelaki di sebelahnya itu pun menunjukkan tulisan yang berada di dinding tandas. Tulisan itu ke??
"Aku tahu kau budak baru! Tapi ni warning eh kat kau! Kau jangan pernah rasa aman dekat sekolah ni?!!". Sebaik sahaja ayat tersebut habis keluar dari mulut lelaki tinggi lampai itu, mereka berdua terus keluar dari tandas.
*
"A'an....aku rasa aku nak balik lah", aku menyerbu A'an di kantin. Gelabah aku dibuatnya atas apa yang berlaku tadi.
"apasal kau ni....aku dah beli dah makanan. Kau tetibe hilang..dari okey terus nak balik. Kau ada nampak lagi eh?", ujar A'an tak serius. Aku dah tak ada main-main dah. Hatiku memang kata aku nak balik sekarang ni jugak.
Di sekolah lama, aku tak pernah diacah untuk ditumbuk sebegitu. Walaupun aku nampak lemah..aku akan buat apa sahaja supaya orang tak berani buli aku. Aku memang fobia bab ni.
Jadi aku mengambil keputusan tuk berterus-terang dengan A'an. Akhirnya A'an menyuruh aku untuk berjumpa dengan cikgu Farah.
Dalam perjalanan ke bilik guru, aku menyedari sesuatu. Kalau aku bagitahu apa dua orang pelajar tu buat dekat aku, entah-entah, nanti aku kene lebih teruk."A'an, aku rasa takyah la ngadu. Macam mana kalau diorang cari aku lagi".
"Kau jangan risau la war. Diorang takkan berani punya. Kalau kau dah ada cikgu jadi back up ko...confirm selamat dah". Aku berdiam sebentar namun aku mengelat lagi.
"Macam mana kalau cikgu tu pandang aku pelik...macam rasa bende ni small matter sangat. Then bende ni dibiarkan macam tu je". A'an yang tadi bergegas terus memberhentikan langkahnya.
"Wei War! Aku kan ada. Aku akan explain kat cikgu dan cikgu for sure akan faham". A'an kemudian terus mengatur kembali langkahnya sehingga memasuki ke bilik guru. Aku yang serba salah terpaksa mengekorinya.
Mungkin orang lain akan mempersenda aku. Tapi fobia aku ini ada pokok ceritanya. Pernah satu ketika dulu, sewaktu aku di darjah 3, rumahku dimasuk pencuri. Kes itu berlaku pada waktu malam dan jiran- jiran semua dah tidur. Ada lapan orang pencuri dan hanya kami empat beranak. Masing2 diletakkan parang di leher, dan yang paling teruk....aku.
Sesudah mereka semua berjaya melarikan barangan berharga seperti komputer riba, telefon pintar, dan barang kemas mama....mereka terus berambus keluar. Aku tak boleh membiarkan mereka berlari sahaja, jadi aku cuba menerkam kaki pencuri yang terakhir keluar dari rumah dan pencur itu terus menetak kepalaku dengan parang. Darah mengalir dari kepalaku. Pencuri itu berjaya melarikan diri. Aku dimasukkan ke wad icu selama seminggu. Koma. Dan bila aku sedar, aku bersyukur kerana Allah masih memberikan aku peluang untuk meneruskan hidup. Namun, aku akan tetap diserang fobia itu selama- lamanya.
Masuk sahaja ke dalam bilik guru, tiba-tiba, mataku menyaksikan sesuatu yang ganjil. Di sebuah meja guru yang berada di tepi tingkap, seorang guru memakai baju putih dan berambut panjang sedang duduk dengan statik. Aku mencelik mata berbanyak kali.
Dengan posisi badannya yang terbongkok, dan rambutnya yang kusut masai menutupi sebahagian mukanya. Mukanya tidak jelas kerana aku memandang dari arah yang jauh dan disudut tepi. Namun aku dapat agak mukanya amat pucat. Badannya tidak sedikitpun berganjak.Tiba- tiba..
"Woi!". Jerit A' an.
Aku memandang dia. Terlihat cikgu Badar disebelah sedang senyum melihatku.
Pada masa yang sama juga...
"Bimaska..." Subhanallah!!
Ada suara berbisik di telinga kiriku. Aku menoleh. Tiada sesiapapun. Aku melihat perempuan di meja guru tadi. Juga hilang. Badanku berpeluh-peluh...tidak pernah berasa sebegini. Berbahang- bahang! Drgupan jantungku berdegup pantas. Bulu romaku naik. Badanku lemah!____Farhan________________________
War tiba-tiba rebah ke lantai. Baru sahaja aku mahu pergi ke arahnya, tak disangka-sangka dia bangun. Cikgu Badar dan cikgu Farah yang berada di sebelah memegang bahuku, tak membenarkan aku pergi. Aku pelik...War baru pengsan bagilah aku pergi ke sana! Aku abang dia!
Tiba-tiba, dengan kepala yang tunduk ke bawah dan dengan badan yang lemah dia bangun. Badannya menggeletar bagai orang yang terkena sawan.
Tiba-tiba, Cikgu Badar bersuara dengan nada tegas namun perlahan.
"Farhan....berundur".
YOU ARE READING
Sekolah Lama
HorrorAnwar dan Farhan merupakan adik-beradik kembar. Mereka berpindah ke Manjung, Perak atas alasan kerja ibu dan bapa mereka. Mereka tinggal di rumah baharu yang berhantu. Sepanjang mereka tinggal di situ, mereka diganggu. Namun, gangguan mereka di ruma...