"10!!!", laungku dengan nada cukup-cukup makan. Ikatan kain yang menutupi mata ku itu kubuka serta-merta. Hehehehhe.....masanya nak mencari ni. Nahas korang!
Dengan gerakan yang pantas, aku cepat-cepat beredar ke dapur. Hatiku mengatakan tiada yang bersembunyi di ruang tamu, jadi....ikut je lah kata hati. Setelah sampai di dapur, aku meneliti setiap ceruk sehinggalah ke dalam tandas. Tiada. Hmmm....pandai-pandai kawan aku ni kan.
Aku menuju ke ruang tamu dan ......huh...terlalu 'exposed' sangat. Kalau diorang sembunyi dekat sini aku dah nampak dah. Jadi, aku terus menaiki tangga di atas. Di bahagian belakang di tingkat bawah aku tak pergi lagi sebab aku tak rasa diorang bersembunyi di sana. Gelap sangat.
Setibanya aku diatas, aku terus melangkah ke bilik yang ke-2, bersebelahan dengan bilik Makcik Ani dan Pakcik Hasan. Itulah bilik Anwar. Cahaya kuning dari chandelier bawah menembusi lorong-lorong di tingkat atas menyebabkan aku tidak payah membuka lampu lagi. Nanti rakan-rakanku yang lain sedar akan kehadiranku. Aku membuka pintu bilik Anwar dengan perlahan-lahan dan kemudian aku melangkah masuk. Nasib baik lampu sudah terpasang, kalau tidak aku terpaksa meraba-raba dinding itu mencari 'switch'. Aku memulakan operasi mencari tetapi mereka tidak bersembunyi di sini. Waduhhh....
Aku meneruskan usaha mencari di bilik-bilik yang lain kecuali bilik makcik pakcik dan bilik Aunty Saodah. Kami semua dah bersepakat untuk tidak bersembunyi di bilik mereka, kalau tidak....kalah.
Setelah habis mencari aku sudah naik angin. Mustahillah seorang pun tak jumpa. Aku dah berpeluh-peluh ni. Jadi, aku mengambil keputusan untuk mencari mereka di tingkat bawah untuk kali yang kedua.
Selepas kakiku memijak lantai di tingkat bawah, cahaya dari 'chandelier' menjadi sedikit malap dari biasa. Mungkin disebabkan sudah dipasang terlalu lama. Daripada aku biar lampu ni malap baik aku bukak lampu lain, tutup lampu ni. Aku mengatur lankah ke ruang tamu lalu membuka suis lampu meja yang berada di sebelah televisyen. Kemudian, aku tutup suis lampu chandelier yang berada di tepi pintu hadapan.'Fail'. Aku gagal merancang strategi kerana sudah jadi gelap sangat. Cuma di ruang tamu sahaja bercahaya...dan di dapur. Itupun tak seberapa kerana lampu kecil yang dipasang.
Aku pergi semula ke ruang tamu dan aku hampir terlanggar pasu di atas meja antik sejurus melihat rakan-rakanku sudah berada di ruang tamu. Terkejut aku. Haishh..diorang ni la.
Aku melihat Arif, Lutfi dan Hamdan duduk di sofa dengan jarak yang agak rapat dan tegak seperti kayu dan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Pelik. Muka mereka samar-samar kerana jarak di antara sofa dan lampu meja di sini sedikit jauh. Namun, aku memberanikan diri mendekati mereka. Memberanikan diri? Aku ni kenapa?
Diorang tu kan kawan aku."Arif! Lutfi! Hamdan!", panggilku sambil tangan melambai-lambai penglihatan mereka. Mata mereka tidak berkelip serta tiada pergerakan. Aku jadi tak sedap badan. Badanku berpeluh dan bulu romaku mula menegak.
Tiba-tiba, mereka semua berdiri lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu hadapan, kemudian keluar dari rumah.
Aku mengejar dari belakang. Ni nak perkena aku la ni.
Aku menepuk bahu Arif yang berada di belakang.
"Wei, korang nak gi mana nih?!", soalku drastik. Panik menyelubungi diriku. Arif tidak menoleh mahupun memberikan sebarang reaksi. Hamdan dan Lutfi sudah pun berada di luar pagar yang tidak bertutup. Arif hanya berjalan kaku meninggalkan aku di belakang.
Mereka berkaki ayam. Biar betul. Tak boleh jadi ni. Aku pun mengekori mereka. Hamdan memasuki kereta diikuti Lutfi dan Arif. Aku menggelabah. Panik!
"Korang nak pergi mana ni weih?!!!", aku menjerit. Ingin sahaja aku menangis di situ apabila melihat perangai mereka yang berlainan.
Lutfi yang duduk di hadapan membuka tingkap.
"Kami nak balik. Nak ikut?", ujarnya. Mereka semua memandangku dan tersenyum sinis yang sangat nenakutkan aku.
"Apa?!!". Aku menjerit lagi. Apa dah jadi dengan kawan aku ni Ya Allah!.
Aku menjadi kelam-kabut. Badanku lemah. Aku dapat melihat Hamdan sudah mula memandu. Aku mengejar kereta mereka lalu membuka cepat-cepat pintu belakang."Nanti!Nanti!", jeritku. Kereta berhenti seketika lalu aku masuk kedalam tanpa berfikir panjang kerana panik.
Kereta bergerak semula. Aku melihat rumah Farhan yang makin lama makin jauh meninggalkan aku dan rakan-rakan.
*****************
Korang nak magik x..ce korang tngok bawah. Ada bintang kan..haa...ce korang tekan bintang tu jap and for sure...for sure kekasih korng suka kt korang. Tak caye? Ha..tngokla nnti..tengokla😜
YOU ARE READING
Sekolah Lama
HorrorAnwar dan Farhan merupakan adik-beradik kembar. Mereka berpindah ke Manjung, Perak atas alasan kerja ibu dan bapa mereka. Mereka tinggal di rumah baharu yang berhantu. Sepanjang mereka tinggal di situ, mereka diganggu. Namun, gangguan mereka di ruma...