Hamdan sudah menunggu di dalam kereta Honda Civicnya. Kelihatan Ammar dan Arif sedang duduk di belakang. Weih..rindunya kat diorang. Walaupun baru sahaja berjumpa dua hari lepas, aku dah rindu gilaa gilaa dah ni.
"Assalamualaikum Bro!", ujar Hamdan dari dalam kereta.
"Walaikumussalam. Weih! Rindu dowh", ujarku lalu terus memasuki kereta melalui pintu depan.
"Eeee.. mcm perempuan. Padahal, baru je berpisah", ujar Ammar di belakang. Okay, yelah. Aku macam perempuan. Rindu kat korang. Fine, so what?
Hamdan pun mulakan pemanduan. Aku mengambil masa yang ada untuk menceritakan segalanya dari A sampai Z kepada mereka semua. Tergamam jugaklah tengok reaksi mereka. Siapa yang tak tergamam. Menarik gila cerita kau ni. hahaha.Hamdan sudah memasuki ke jalan besar di mana sudah banyak kereta-kereta yang lalu lalang. Kami bercadang untuk makan di restoran yang terdekat. Tak de pon yang terdekat. still jauh. sebab kat sini kan pedalaman. Nak cari kota, memang berkilo-kilo jugaklah memandunya.
"Aku dah agak dah sebenarnya. masuk rumah kau pertama kali pon aku dah macam...Whuihhh beremang bulu roma aku dowh! Serius aku tak tipu. Kau tak dek cara lain ke lagi ni? Bagitahu je la mama dan abah kau apa yang berlaku. Kalau dah sampai si war kene rasuk, takkanlah diorang still nak tinggal situ", bahas Ammar.
"Aku pon! Bulu roma aku naik weih. Tambah-tambah lagi bila dekat ruang tamu kau. Aku tak tahu apa benda weih...tapi sejuk gilaa... aaku rasa sejukk!!! Tak tahulah perasaan aku ke apa ke..tapi seyes sejuk. eeeihhhh", ujar Arif dengan reaksinya yang melebih-lebih.
"Aaaaaa....Arif. Sejuk tu sejuk Aircond. Itu pun kalau kau nak taulah", ujarku sarkastik. Kami semua memandangnya dengan muka pasrah.
"Laaaaa........", lama dia ternganga. Mungkin memikirkan betapa bengapnya dia.
"Okay aku sambung.. korang mungkin rasa senang nak bagitahu Abah dan mama aku. tapi sekarang ni War sendiri tak nak. Alasan dia..kata dia taknak bagi mak abah risau. Aku pon..aihhh takkan nak bagitau jugak. Tak ke macam bukan lelaki kalau aku bagitahu. Ni semua sebab War tu la. Kalau la dia setuju je nak bagitahu. Tak tahu apa susah sangat!! ihhhhhh...aku stress la", rengekku.
Tidak lama selepas itu, kami pun sudah sampai ke sebuah restoran yang berdekatan dengan bandar Manjung. Kami makan di restoran masakan Thailand. Punyalah ramai orang jadi lambat jugak makanan kami sampai. Sempatlah lagi bersembang macam- macam dengan diorang. Rugi lutfi tak datang. Sebab dia ada dekat Perak untuk menghadiri majlis kenduri kahein sepupu. Padahal baru hari khamis. Kenduri hari sabtu. Sanggup tak datang sekolah sebab bende tu je.
Selesai sahaja makan, kami bergerak balik. Hamdan sudah memasuki jalan lama. Jalan yang amat-amat gelap. Adalah kadang-kadang cerah disebabkan lampu jalan, tapi ada jugak jalan yang tak ada masalahnya.
"Aku ada satu cadangan. Apa kata kalau kita masuk dekat lorong yang haritu kita tersesat tu. Then kita pergi tengok sekolah kau. Mencabar tak", cadang Hamdan.
"Kau merepek apa. Sekarang dah pukul 12:30 tau. Mak abah aku mesti dah balik. Ni pon dah kira lambat kau nak melencong lagi", rengekku.
"Best apa. Syok", Arif mencelah.
"Okay. Nice gak. Ala...jangan risau la A'an. Mak abah kau takkan marah punya bila kau dengan kitorng. Ke kau takut. ahahahah", ujar Ammar. Hamdan dan Arif juga ketawa. Ni kes nak perli aku ke ni. Aku ni dah la pantang dicabar.
"Okay. Go ahead", ujarku pasrah.
"Yassss!!", ujar Hamdan lantang.
Kereta susah pun memasuki lorong yang gelap gelita itu. Hamdan bawa perlahan sangat sampai rasa nak tekan je minyak tu sendiri dengan tangan aku. Okay.. yelah. Aku memang penakut sikit. Tapi bare la with me. Dengan apa yang jadi pada aku, mestilah ada hak untuk aku rasa takut walaupun sikit.
YOU ARE READING
Sekolah Lama
HorrorAnwar dan Farhan merupakan adik-beradik kembar. Mereka berpindah ke Manjung, Perak atas alasan kerja ibu dan bapa mereka. Mereka tinggal di rumah baharu yang berhantu. Sepanjang mereka tinggal di situ, mereka diganggu. Namun, gangguan mereka di ruma...