Aku langsung tak fokus. Mataku hanya tertumpu kepada War yang sedang meracau di hadapan.
"Farhan! Keluar sekarang". Kini..ramai pula suara yang menjerit namaku suruh ku keluar. Aku panik. Mengapa aku perlu keluar padahal adikku sedang meracau di sana.
Tiba-tiba, War bangun dengan mengejut. Matanya hitam memandang aku. Badannya seperti dirasuk. Kini, bilik guru bergema dengan suara menyeramkan yang dikeluarkan War."BIMASSSKAAAA!
BIMASSSSSKA!PI MAS BIMASKAA....." tersembur darah dari mulutnya apabila dia menyebut perkataan itu. Dalam keadaan yang cemas..aku masih dapat melihat guru-guru di situ semua sedang menutup telinga.
"Tutup telinga kamu!!!!!!!!!!", jerit salah seorang cikgu lelaki di belakang yang aku sendiri tidak pasti siapa. Apabila digertak aku terus menutup telinga, masih buntu dengan suasana tersebut.Hanya sesaat aku hilang fokus, aku baru menyedari War sedang meluru ke arahku dengan pantas sambil mulutnya yang berdarah terbuka, menyebut perkataan yang aku sendiri tidak mengerti.
Aku tidak sempat berlari, tidak sempat ingin mengelak, War terus merempuh aku sehingga aku jatuh terbaring di lantai. War menindihku dan mencekik leher ku sekeras-kerasnya tanpa ada rasa belas kasihan. War sudah kena sampuk dan aku hanya boleh terdiam pada saat itu. Tangannya begitu kuat sekali sehingga dapat melihat urat tangannya terbonjol keluar. Ramai orang yang cuba untuk menepis War yang meracau, namun apa kan daya.Aku sudah tidak boleh bernafas. Tidak ada ruang yang diberikan untuk aku bernafas. Pada ketika itu...aku sudah tidak berfikir malah membiarkan War mencekikku dengan lebih kuat. Dalam kabur, aku dapat melihat wajah War yang disampuk sungguh mengerikan. Namun, lama-kelamaan, makin kabur..makin berubah wajahnya. Wajanhnya berubah seperti sediakala. Senyumannya... matanya.... dia berkata kepada aku sesuatu namun tidak jelas. Aku dapat rasakan seperti ajal aku hampir tiba pada ketika itu. Denyutan nadiku makin perlahan.... makin gelap pandanganku. Namun, makin gelap..makin kedengaran suara War yang sedang berkata-kata...
"A'an......A'an jangan takut tau....War sentiasa ada dekat sini...".
Selepas itu, segalanya gelap gelita.
YOU ARE READING
Sekolah Lama
HorrorAnwar dan Farhan merupakan adik-beradik kembar. Mereka berpindah ke Manjung, Perak atas alasan kerja ibu dan bapa mereka. Mereka tinggal di rumah baharu yang berhantu. Sepanjang mereka tinggal di situ, mereka diganggu. Namun, gangguan mereka di ruma...