Setelah lenguh kaki berjalan mencari di mana surau, aku akhirnya sampai juga. Kedengaran riuh suasana di surau. Terdengar suara budak-budak perempuan menjerit. Mungkin histeria. Wow! Aku tak sangka sekolah ini boleh tahan keras.
Aku cuba membuka pintu hadapan surau itu namun terkunci, jadi aku mencari pintu yang lain pula. Tingkap yang gelap menyebabkan aku susah untuk meninjau apa yang sedang berlaku di dalam. Ada sebuah pintu di sebelah kiri surau jadi aku cuba membukanya. Alhamdulillah, tak terkunci. Di dalam, aku dapat melihat ramai pelajar lelaki sedang duduk membuat bulatan mengelilingi pelajar perempuan yang sedang histeria. Pada masa yang sama, ada beberapa orang lelaki lingkungan 30-an sedang merawat mereka yang histeria. Seram rasanya tapi aku kena kuat. Aku cuba melihat kelibat war namun tiada.
Di sebelah kiri dalam surau ada sebuah bilik. Dan pintunya terbuka. Aku dapat melihat seorang guru, mungkin ustaz, sedang membaca ayat suci Al-Quran. Aku mengendap ke dalam bilik untuk mencari War. Ya, ternyata dia disini.
Ada beberapa orang dewasa di dalam bilik itu yang turut menolong dan membaca ayat-ayat suci. Mungkin guru yang berkhidmat di sekolah ini. Aku cuba menyelinap masuk tanpa disyaki mereka, namun disebabkan lantai bilik itu diperbuat daripada kayu yang aku tak rasa lama boleh tahan, bunyi "krekk krekkk" boleh memecahkan suasana dengan sekelip mata aje.
Ada beberapa mata yang memandang. Aku hanya menunduk sahaja namun tetap mengatur langkah sopan ke arah mereka. Aku kemudiannya duduk disebelah seorang lelaki, mungkin salah satu guru di sekolah ini, aku tak pernah tahu sebab aku tak kenal pon sesiapa di dalam bilik ini.
"Boleh baca yassin?", ujar cikgu lelaki itu.
Aduh...aku ni dah lama tak baca yassin ni. Patutnya aku datang untuk berjumpa dengan War yang sedang dirawat di hadapan dengan ustaz itu tapi macam lah aku boleh buat apa2 kan. War sedang dirawat. Dia kena dirawat sebab dia baru je dirasuk. Jadi aku ni, sebagai seorang insan yang lemah, dan tak berdaya serta iman yang goyah, aku mungkin boleh tolong adik aku dengan membaca Yassin.Cikgu tadi memberikan aku surah yassin lalu aku pun membacanya. Dikala aku membaca surah yassin itu, aku menitik air mata mengenangkan betapa bodohnya dan sombongnya aku selama ini. Bila perkara sebegini jadi, barulah aku terkial-kial ingin meminta pertolongan tuhan. Kalau nak ikutkan logik, aku tak layak nak dapat pertolongan dari tuhan sebab senangnya aku lupakan Dia yang Maha Besar bila aku tengah bergembira..tengah senang. Tapi bila susah, aku minta balik, merayu.
Mungkin peristiwa ini dapat menjadi hikmah aku. Mungin Allah nak aku bertaubat.
*
Semua orang di dalam
bilik itu terus tersentak apabila terdengar laungan dari War.
"Ugggggggghhhhhhhhhhhh!!".Bunyinya kuat sekali. Seakan-akan suara tersebut bukan miliknya. Dua orang pelajar lelaki sedang memegang lengan War manakala Ustaz itu sedang meletakkan jari-jarinya di ubun2 War lalu membaca ayat-ayat suci. War melaung lagi kuat. Ustaz itu kemudiannya menyebut..
"Jangan kamu ganggu kami lagi! Kau tak sepatutnya berada di sini! Sudah-sudahlah ganggu kami di sini! Kali ini, kami akan pastikan kau tumpas!".
Tiba-tiba, dengan suara yang 'bukan manusia', War membalas.
"Kau tahu kami tak akan menyerah kalah. Perkara ini takkan berhenti begitu sahaja. Kau membuat perjanjian dengan kami! Kami akan terus mencari mangsa seterusnya! Kali ini....dua2 sekaligus! HAHAHAHAHAHAAHA!!!".
Bulu roma aku meremang. Badan aku menggeletar. Tiba2, War memandangku tak semena-mena dengan mata yang besar dan menakutkan. Aku menggelabah.
Tiba-tiba, ustaz itu membaca ayat terakhir dengan suara yang deras. Tangannya digenggam di atas kepala War seperti ingin menarik makhluk itu keluar. War menjerit apabila tangan ustaz itu ditarik keatas, umpama menarik keluar jembalang yang hinggap di badan War. Akhirnya, makhluk itu keluar juga. War rebah kelantai.
YOU ARE READING
Sekolah Lama
HorrorAnwar dan Farhan merupakan adik-beradik kembar. Mereka berpindah ke Manjung, Perak atas alasan kerja ibu dan bapa mereka. Mereka tinggal di rumah baharu yang berhantu. Sepanjang mereka tinggal di situ, mereka diganggu. Namun, gangguan mereka di ruma...