Bab 16:Cikgu Badar

2.2K 151 8
                                    

Berat bebenor budak Farhan nih. Badan nampakla kuruih tapi MasyaAllah beghatnyaa...

Tak semena-mena, Cikgu Farah memasuki bilik sakit, dengan mangkuk di tangan. Ada air di mangkuk tersebut.
"Kamu nak buat apa nya? Nak simbah budak ini ngan air tu?", ujarku.

Cikgu Farah menjegil. Lama bebeno nak tunggu dia balaih apa yang aku tanya tadi.

"Haishh..saya kan cikgu kelas dia. Saya nak jaga dia la ni. Yang cikgu ni, dah telefon ke ibu bapak diorang ni?", ujarnya sambil tangannya direndam di dalam air lalu direnjis ke muka Farhan.

"Gila ka apa?! Hari pertama depa ni kat sini teruih nak buat kecoh panggil ibu bapak datang. Matilah kita. Tak pasai-pasai depa ni pindah sekolah lain", tengking aku.

"Yelah cikgu Badarrr", ujar cikgu Farah. Tak lama selepas itu, Farhan pun mula mencelik mata. Aku meyuruh cikgu Farah untuk keluar dari bilik sakit kerana aku ingin berbual dengan Farhan sahaja.

Setelah Farhan bangun, terkial-kial melihatnya mengingati di mana dia berada sekarang ni dan apa dah jadi.
"Kamu dekat bilik sakit", ujar aku, menjawab sedikit persoalan di pikirannya.

"Mana War? Mana Ak...Anwar?". Farhan menggaru kepala. Masih cuba untuk menstabilkan dirinya.
"Adik hang okay. Sekarang sedang dirawat dekat surau dengan ustaz dan ustazah. Ummm..Farhan, boleh dak cikgu mintak sesuatu dari hang?". Aku memuatkan diriku di atas katil bersebelahan dengan Farhan.

"Mana adik saya? Saya nak jumpa dengan dia? Bo..bo..boleh saya...?".

"Uuuu tak boleh. Hang kena duk sini sebab...macam yang cikgu dh cakap tadi. Adik hang sedang dirawat di surau dan hang kena ikut apa cikgu cakap..pahe idok?", ujar aku sedikit tegas.

" ugh...tpi..saya nak jumpa dengan dia".

"Dak...sekarang nih yang hang over sangat napa. Aku suh duk sini dengaq dlu apa aku cakap tu pon hang tak boleh buat. Nak buat drama plak...", ujar aku tegas. Apa punya budak..susah nak pahe ka.

Farhan cuma mendengus perlahan. Bila dia tak lagi bersuara, aku pon meneruskan bicara.

"Farhan, sekolah ni bukan macam sekolah kamu dekat bandar sana tu. Kat sana dulu, hidup hang mewah, pi KLCC tiap-tiap hari..".

"Ummm... saya tak pergi KLCC tiap tiap hari.".

"Amboi hang melawan naaa. Hang dengaq dlu apa cikgu nak cakap".

"Aaa okay?". Ujar Farhan keliru.

"Okay cikgu sambung na. Lepaih tu, cikgu taula hang kat sana nak beli apa apa pon boleh. Hang nak beli ni la tu la semua mampoih pi kat hang la hang nak beli apa pon bapak hang boleh bagi en. Lepastu, kat sana hang boleh maen apa tu..orang kata apa tu..yang hang pakai kasut bilah tu lepastu hang meluncuq kat ais tu apa nama?"..

"Aaaaa maksud cikgu..ice skating?", ujarnya dengan muka pelik.

" haaa! Iseeeketing tu. Haa ...ha...ha tu lah", aku ternganga sekejap. Apa benda yang aku nak cakap pon aku tak tau.

Aku termenung.

Farhan melambaikan tangannya di hadapan aku.
" cikgu? Cikgu? Cikgu masih kt sini ke?".

"Ha? Ooohhh ........tdi apa?", apa yang aku cakap tadi aku pon lupa.

"Ummm...ohh ya. Cikgu cakap tadi saya boleh kluar sekarang. Hmmm", ujar Farhan dengan tersenyum. curiga.

"Ya ka cikgu cakap macam tu?".

"Yaa..yaa..ya cikgu cakap macam tu".

Aku masih ternganga. Masih ble. Haaaa...betullah kut aku suruh budak ni keluar tadi.

Sekolah LamaWhere stories live. Discover now