Part 43

226 21 6
                                    


Sehun tersenyum sendirian bila teringatkan adegan gigit menggigit 2 minggu yang lepas.

Gayanya macam orang tengah angau.

Tch. Angaukan sowon la tu (Sis redho.)

Buat sementara waktu, sehun tersengih sendirian. Betul la orang cakap, kalau dah jatuh cintan..semuanya jadi indah belaka.

Sampaikan ada yang sanggup merenangi tujuh lautan. Puih! Tujuh lautan konon..lautan kat port dickson pon berenang takat paras leher je. Ada hati nak merenangi tujuh lautan yang tentu tentunya di luar jangkauan seorang manusia nak melaksanakannya. Setakat cakap manis boleh la.

Lepastu pulak..yang hodoh jadi cantik..yang busuk jadi wangi. Tapi pasal kentut wangi tu, betul ke? Bukan ke kalau dah namanya kentut memang berbau? Lainlah kalau pasangan korang tu minum perfume -_-'

Cinta itu buta. Of course la cinta itu buta. Cinta mana ada mata..
Lagipun cinta ni bukannya cukup sifat macam manusia,kan? -_-

Bahu milik sehun ditepuk kasar menyedarkannya dari lamunan mengenai cinta

"Apa?" Soal sehun kasar

"Apa?" Soal sowon semula

"Kau nak apa?" Soalan nya tadi dipanjangkan sedikit

"Awak tu nak apa?" Balas sowon lagi

Sehun meramas kasar rambutnya.

"Heish. Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Bagus sangat" sindir Sehun

"Ek'eh. Awak yang panggil saya turun lunch kata ada perkara penting nak bincang. Saya ni dah la banyak kerja nak kene handle. Lepastu nak menyindir pulak" rungut sowon.

'Elak aku cincang buat air cincau je dia ni' desis sowon

Sehun memandang sowon.

Duduknya dibetulkan sebelum membetulkan pula kotnya

"Urm..aku lupa." Ujar sehun jujur

"Jadi? Cakapla cepat" gesa sowon

"Ada perkara yang sepatutnya kau tau tentang kita" Sehun memulakan katanya dengan jelas

"Kita? Apa maksud awak---

"Dengar dulu apa aku nak cakap boleh tak? Bising je taunya. Macam ni baik kau aja yang cakap" amuk sehun

"Okey..saya diam" balas sowon sendu

"Perkahwinan kita sebelum kau hilang ingatan--" sehun terbehenti disitu

Dipandang muka sowon seperti mencari kekuatan

"erm.. ianya tak seperti yang kau fikirkan selama ini." Ujar sehun

Riak muka sowon seperti ingin mengatakan sesuatu,namun dibatalkan niatnya dulu

"Kita bukannya sebuah keluarga bahagia. Aku tak suka kau. Dan aku rasa kau pun tak suka aku. Kau minta cerai dekat aku sebelum kau kemalangan. Selepas malam tu,semuanya berubah." Terdengar sehun melepaskan nafasnya

"Hubungan aku dan Miju hancur. Dan aku letakkan semuanya salah kau.
Aku tak seindah yang kau sangka.
Aku pasti yang kau dah tau aku ni kuat mabuk. Tapi aku lagi pasti yang kau tak tau aku ni kaki pukul. Dan tukang mangsa aku adalah kau,Oh Sowon.
Aku pukul kau,aku terajang kau dan aku dera kau. Dan sekarang kau layan aku sama macam dulu. Jujur aku cakap,saat aku pukul kau..aku suka dengar kau merayu rayu mintak dilepaskan..
Tapi sekarang ni?..."

Kali ini sehun meraup wajahnya.

"Selepas beberapa lama kau hilang. Tiba tiba kau muncul balik. Muncul dengan gaya yang baru. Dan terus kau tak ingat apa yang berlaku antara kita. Kau terlalu banyak berubah sampaikan aku tak boleh terima setiap kali kau lawan balik cakap aku..aku tak tau kenapa aku boleh rasa macam tu."

 EXCUSE ME,SHE'S MINE!Where stories live. Discover now