Tangan milik sehun menepuk nepuk lembut sofa disebelahnya. Isyarat menyuruh sowon duduk di situTanpa berlengah,sowon melabuh kan punggung nya.
"Kau dah okey?" Soal sehun menegur sowon yang baru bangun itu
Sowon mengangguk.
"Thanks untuk semalam" ujar Sowon
"No problem" balas sehun
Keadaan canggung.
Tak tau nak berbual apa"Kau nak makan? Kalau lapar kat dapur tu ada makanan sikit. " sehun memalingkan pandangannya ke arah sowon cuba untuk menghapuskan situasi canggung antara mereka.
"Awak masak apa?" Sowon menyoal lembut
Tidak tahu pula yang sehun reti memasak. Kejut ge'girl.
"Aku masak main campak campak je bahan yang ada. Lelaki kan? Macam kau tak tau. Sekurang kurangnya masih dinamakan makanan." Terang Sehun
Lelaki. Urm. Kalau masak main campak campak tetap sedap kan? Entah apa mantera di bacanya.
"Saya tau la awak masak main campak campak je. Tapi apa dia?"
"Nasi goreng oh sehun." Ujar sehun dengan muka bangganya.
Sowon menolak lembut wajah sehun yang bangga diri tu.
"Perasan! Belum tentu sedap" ujar sowon sengaja menguji sehun
"Kau jangan! Ada pulak yang ketagih nasi goreng aku. Nasi goreng aku ni ibarat dadah tau. Sekali makan pasti ketagih sampai kau meleleh. Hingga jilat jari tu" tangkas sehun
Sowon tersengih.
"Sehun.." sowon menyeru lembut nama milik sehun
Sehun memandang sekilas wajah sowon
"Awak kenal Taeyong?"
Dari semalam sowon terfikir adakah sehun kenal dengan lelaki itu sehinggakan sehun berubah menjadi seorang pelindung.
Sehun angguk sebagai balasan
"Macam mana awak--
"Aku kenal dia sejak sekolah. Dia tak suka kalau orang membantah cadangan yang dia berikan. Lagi satu dia tu mulut manis. Lepas atas katil dia blah" sambung sehun menerangkan dengan lebih jelas
Sowon pula mengangguk.
"Jadi sebab tu semalam awak halang saya dari jumpa dia?"
Sehun angguk.
"Jadinya..." meleret suara sowon
"Jadinya apa?" Tangkas sehun
"Jadinya..awak risaukan saya la?" Manja sahaja suara sowon menjadikan sehun sedikit blushing
"Err..ddah..kau tu isteri aku" laju suara sehun menjawab
"Ha? Apadia?" Soal sowon sengaja menyakat sehun. Riang gembira hati sowon mendengarkan ayat yang di tuturkan sehun sebentar tadi.
Sehun sudah terdiam. Malu agaknya kerana terlepas cakap.
"Diam ah kau..bising je dari tadi" akhirnya itu sahaja yang boleh sehun ungkapkan bagi menutup malu
Sowon menayangkan giginya.
"Btw, saya suka la bila awak sebut ayat tadi. Bunyi macam sweet je" kata sowon
Sehun mendiamkan diri.
"Alamak..awak blushing ke?" Sakat sowon
"Mmmana ada" bantah sehun
YOU ARE READING
EXCUSE ME,SHE'S MINE!
Random⚠...[AMARAN]...[WARNING]...⚠ JANGAN baca kalau bawah umur.. JANGAN baca kalau tak berani.. JANGAN baca kalau anda mempunyai penyakit kronik like sakit jantung and kencing manis..cerita ini mempunyai unsur unsur seram tak jadi 👿 Kk..tipu ^_^' Inila...