Sehun melingkarkan tangannya dipinggang ramping milik sowon. Kelihatan isterinya itu sibuk membelek phone.
"Kau buat apa tu?" Soal sehun sambil menepuk lembut perut kempis bininya
"Hmm..stalk orang hensem kat insta"
Ayat biasa Sowon berjaya membuatkan Sehun membulatkan matanya tak percaya
Dirampas phone Sowon siap disertakan jelingan maut
"Cemburu?" Duga Sowon
Sehun tak menyahut malah dia membelek phone bininya.
Discroll satu persatu gambar lelaki yang berjaya membuatkan bininya lupa akan dirinya
"Ini kau cakap hensem? Muka dah macam mayat hidup? Siap nak tayang body kat public..berlagak aje lebih. Bukannya bagus mana pun! Setakat ada 4 abs nak tayang, aku punya lagi hebat dari dia pun tak ada nak batak macam dia ni"
Sowon hanya diam sambil mengulum senyuman
Sehun mengscroll lagi ig lelaki tersebut
"Eleh, poyo dengan style rambut dia. Rambut macam durian ada hati nak tunjuk. Hidung tak mancung telinga kembang mata sepet. Langsung tak hensem!" Kutuk Sehun dari hati yang luhur
Sowon tersengih melihat Sehun
"Awak ni..tak baik kutuk dia.." ujar sowon
"Eh betul apa yg aku cakap" balas sehun
"Salah. Apa kurangnya dia. Hensem jugak sampaikan ada yang tertawan"
"Dan orang yang tertawan tu kau?" Duga Sehun
"Iya..dia memang hensem sampai mata saya tertawan tapi awak lagi hensem sampaikan hati saya terpaut pada awak"
Sowon menyengih comel.
"Cia cia cia...Aku tau kau memang gila dekat aku" perasan Sehun
"Iya saya gilakan awak. Tapi awak pun apa kurangnya kan?"
Sehun senyum manis "aku akan gila kalau kau tak ada dengan aku walaupun ianya sehari" ujar sehun dalam senyuman
Sowon terpesona dengan ayat jiwang Sehun
"Saya ni muda lagi nak kena kencing manis tau tak" ujar Sowon disertakan tawa halus
Sehun menggeleng "mengarut." Ujar sehun sepatah
Sowon kemudiannya tertawa kecil. "Mana lah awak belajar ayat power ni"
"Berkat dari Internet" jawab Sehun lancar
"Awak tahu tak apa bezanya antara awak dan rusa?" Sowon mencuba ayat powet
"Rusa tak hensem, aku hensem..kan?" Jawab Sehun berlagak
"Tett..salah"
"Dah tu?" Terjongket kening sehun
"Siapa kata rusa tak hensem?"
"Aku yang kata." Balas Sehun
"Ada je rusa yang hensem. Baik pulak tu" ujar Sowon membantah kata kata Sehun
"Mana? Tunjuk kat aku"
"Nama dia Xi Luhan. Nama manja deer..istilah lainnya ialah rusa" terang Sowon
Sehun memaparkan riak menyampah. "Aku lagi comel plus hensem." Sehun memuji diri sendiri
"Jadi, apa beza aku dengan rusa ?"
"rusa ada tanduk. Awak tak ada tanduk." Balas Sowon mudah
Tercengang sehun dibuatnya. "Kau kenakan aku? Hurm?" Duga sehun sinis
YOU ARE READING
EXCUSE ME,SHE'S MINE!
Random⚠...[AMARAN]...[WARNING]...⚠ JANGAN baca kalau bawah umur.. JANGAN baca kalau tak berani.. JANGAN baca kalau anda mempunyai penyakit kronik like sakit jantung and kencing manis..cerita ini mempunyai unsur unsur seram tak jadi 👿 Kk..tipu ^_^' Inila...