Part 47

246 21 27
                                    


camelyalya tak suka eh? Nak amik baca😂

xiiriiyeans..tadaaaa, sila baca😉









Sowon menjeling geram ke arah wanita di sebelahnya yang sibuk menggedik dengan sehun.

Suami siapa sekarang ni? Dia tu siapa nakkan perhatian dari suami orang?

Sowon mengutuk didalam hati.

Melihatkan sowon menyepi, sehun mengeluh

"Kau boleh diam tak? Bising la" ujar sehun kasar pada wanita itu

"Jagiya..jom pergi tempat lain. Kita cancelkan order tadi" ucap Sehun

Sowon seakan terpana. Jjj..jagiya?

Sehun lantas memimpin tangan Sowon keluar dari kedai makan tersebut.

Dia tak ada idea kenapa mereka perlu terserempak dengan wanita itu

Terkebil kebil Sowon seakan cuba memahami situasi tersebut

Langkah mereka berdua terhenti kerana dihalang oleh wanita tadi

Sowon berdecit geram.

"Aku datang sini nk berbulan madu bukannya cari madu!" Dengus sowon geram

Sehun hanya memandang wajah isterinya yang masam mencuka

"Apa lagi yang kau nakkan?" Ujar sehun

Wanita itu tersenyum simpul
Langkah diatur mendekati sehun. Lantas jari telunjukknya dimainkan di dada bidang milik sehun. Nasib berlapik

Sowon yg melihat adegan tersebut jadi terbakar pulak dirinya

Lantas dengan itu, ditepis kuat tgan wanita itu yg menari nari di dada Sehun

Wanita itu jeling sowon membuatkan sowon ternganga

"Berani betul dia jeling aku? Memang nk kena ni" bisik sowon

"Kau nk apa?" Sekali lgi Sehun mengutarakan soalan yg sama

"Tangan kau tu kena bisa ulat beluncas ke? Menggeletis semacam aja aku tengok" sindir Sowon saat wanita itu mahu memegang tangan sehun

Wanita itu ketawa yang jelas di buat buat. Sowon menahan bara di jiwanya

Sehun mendengus kasar

" U rindu I tak?" Penuh lemak dalam nada wanita itu ketika mengutarakan soalannya

Muka sowon usah cakap.
Dah kehijauan. Menunggu masa nak bertukar

"Buat apa nak rindu kau. Aku ada isteri yang sentiasa aku rindukan" balas Sehun mudah

Tergugat jugalah jantung Sowon tika itu. Berbunga ros hatinya mendengarkan luahan sehun

"Ni? Dia ni?" Soal Wanita itu tdak percaya sambil menunding jarinya ke arah Sowon

"Ya saya..kenapa? Ada masalah?" Soal sowon membalas perlakuan biadap wanita itu

Tanpa membuang masa, wanita itu ketawa kuat.

Hati milik sowon yang berbunga ros itu langsung berubah kepada berbunga kaktus! Geram punya pasal bayang bunga ros pon hilang. Yang ada gambaran pokok kaktus yang berduri tajam beserta bunga tahi ayam

"Awak! Saya betul betul tengah terbakar ni.. Sama ada awak ikut saya atau ikut mak cik kerepot ni!" tegas Sowon. Tika itu amarahnya sudah mahu mencapai tahap maksimum.

Sehun lantas menggapai lengan Sowon menahannya dari bergerak

"Fyi, aku dah tak ada sebab untuk jatuh suka pada kau buat kali kedua. Cukup Sowon wanita yang aku perlukan dalam hidup aku" ujar sehun pada wanita itu sambil menggenggam erat tangan sowon.Sesudah berkata sedemikian, Sehun menarik sowon untuk berlalu dari situ.

Tangan mereka yang berpaut nampak sepadan tanpa cacat cela.
Kelihatan sowon tersenyum kecil.

"Apa yang kau senyumkan?"

Sowon geleng." Awak ni sweet jugak ye? Ingatkan beku dengan poker face tu je" ujar sowon dalam senyuman

"Kau pon apa kurangnya. Kuat cemburu jugak kau kan?" Sindir sehun

Sowon menjeling malu.

"Biarlah..saya protect apa yang dah jadi milik saya. Mana boleh orang lain amik awak dari saya sesuka hati je" bebel sowon

Sehun mengulum senyuman. "Aku suka bila dengar kau cakap ayat tadi tu"

"Ha? Yang mana?" Blur sowon

"Saya protect apa yang dah jadi milik saya"..sesudah itu sehun memandang ke arah sowon

"Err..saya cakap macam tu eh tadi?" Soal sowon cuba menyembunyikan rasa malunya

"Tak perlu nak malu. Aku suka. Lagipula,aku kan milik kau..tak salah untuk kau luahkan" pujuk Sehun

Sowon menyengih menampakkan barisan giginya.
Mereka berjalan beriringan menuju destinasi mereka.

--- --- --- ---

"Kenapa pandang aku macam tu?" Soal Sehun

Sowon menggeleng sambil tersenyum

"ke kau nak cakap ayat mcam dalam novel tu?" Ujar Sehun

"Ha? Ayat dalam novel?" Terpingan pinga sowon

"Ala yang macam heroin curi pandang sebab si hero terlampau kacak" terang sehun

Melongo sowon jadinya "awak ingat saya ni kaki novel smpai terbawak bawak dalam hidup sebenar ke?"

"Bukan selalunya kaki novel mcam tu ke? Berangan,lepastu tersengih sendiri.." kutuk sehun

"Awak ingat kaki novel kerja dia berangan je ke? Apa awak ingat semua kaki novel perempuan ? Awak ingat fikiran kitorang sengkek sangat ke?" Marah sowon selaku kaki novel

Sehun terdiam seketika " yang kau berangin monsun semacam ni kenapa?"

"Saya marahla..awak mengutuk penggemar novel. Saya terasa la tahu!" Bebel sowon

Sehun mengeluh "iye kau betul. Dah malas nak ulas pasal benda alah ni.."

Sowon pantas mengangguk "bagus"

"Tapi tadi kau pandang aku sambil memuji dalam hati kan?" Sehun cuba mengusik

"Ceitt..ada saya cakap ke?"

"Dah tu?"

"Saya pandang awak sebab dok pikir awak ni pakai pencuci muka jenama apa..bersih je muka dah tu putih pulak tu. Kalah saya yang perempuan ni" ujar Sowon

Benar kata sowon. Produk apa yang sehun pakai sehingga bersih wajahnya dari sebarang jerawat.

"Semula jadi" balas sehun bongkak sahaja wajahnya

"Eleh! Kedekut nak bagi tau." Kutuk sowon bengang

"Muka bersih plus kacak aku ni memang semula jadi..petuanya mudah aja.."

"Apa petua nya?" Soal sowon tak sabar

Sehun mengulum senyun "dapat kiss dari orang tersayang"

Sowon menganga "merepek!"

"Eh,betul apa..kalau tak percaya kau boleh try..memandang kan kau sayang aku, aku dengan rela hati boleh bantu kau" ujar sehun lantas berdekah tawanya pecah

Sowon menjeling masam ke arah sehun
"Dahla..makin merepek pulak awak ni"

Sehun masih dengan tawanya. Riang hatinya dapat mengusik si isteri.









Lagi beberapa chapter sebelum tamat.

Teruskan membaca😄

Jumpa lagi di chapter seterusnya!!

Bye ♡

 EXCUSE ME,SHE'S MINE!Where stories live. Discover now