Mak I

3.7K 44 2
                                    

Firstly, saya bagitahu awal-awal. Kisah Mak sangat sedih. Jadi silalah pasang lagu sedih untuk menarikkan lagi pembacaan ada.

Jangan lupa comment sesiapa yang menangis dan feel bila membaca! Jujur okay cikipuri(readers).

So, Welcome back to my second story!

#####

Hari ini ialah Hari Ibu.

Tapi aku masih baring di atas katil bersama wayar-wayar yang berjalur merah dan biru di lengan. Menghidap penyakit diabetis bukan mudah. Akibatnya salah satu ginjal telah rosak.

Semalam, aku meminta kebenaran untuk pulang ke rumah daripada doktor peribadi. Dia rasa serba salah. Akhirnya dia mengizinkan setelah aku merayu beberapa berkali-kali.

Selama ini mesin dialisis yang membuat aku hidup sampai ke hari ini. Menggantikan ia sebagai ginjal tiruan.

Aku ingin bangkit tetapi badan sungguh lemah. Sejuk. Aku mahu masak makanan kegemaran anak lelakiku. Kasihan anakku bersusah payah siang-malam mencari rezeki setelah bapanya menceraikan aku dan berkahwin dengan wanita lain.

Aku kagum.

Walaupun suami tiada disisi, semangat anakku dan juga aku tak pernah rapuh.

Perlahan-lahan berjalan menuju ke dapur. Peti ais aku buka dan terdapat sedikit ayam, udang dan ikan tenggiri. Disebabkan dia sangat suka akan gulai ayam, jadinya, ia akan menjadi hidangan pada hari ini.

Setengah jam aku berada di dapur. Alhamdulillah hidangan sudah siap dihidang di atas meja makan. Kaki aku mulai sejuk dan sedikit terketar-ketar. Aku merasakan diri ini akan rebah tapi aku bertahan.

Masuk sahaja di bilik, terus aku menghempas tubuhku dengan kuat. Ergh! Pinggang aku. Mulut aku kumat-kamit membaca surah Al-Kursi sambil tangan menggosok dibahagian belakang.

Apa pula ujian kali ini....

Aku merasakan denyutan di tengah dahi. Dahi kiri dan dahi kanan yang terletak di antara tengah dahi juga berdenyut. Berkali-kali aku memicit sambil membaca surah.

Perlahan-lahan aku meletakkan kepala di atas bantal sehingga tidak sedar aku telahpun terlena.

🕡

Mata aku terbuka dengan perlahan. Susuk tubuh tegap seorang lelaki berada disebelahku. Telinga aku tidak dapat menangkap apa yang diperkatakan olehnya. Pandangan kabur.

"Mak. Mak. Mak..."

Anakku dah pulang?

"Mak.. oh mak. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." jawabku lemah.

"Ubai dah balik ni. Mak nak apa-apa?"

"Taknaklah. Pergilah makan. Mak ada masak makanan kegemaran Ubai."

"Yeke mak?! Dah lama tak makan masakan mak." katanya dengan gembira.

Aku tersenyum.

"Mak. Selamat hari Ibu. Sepatutnya Ubai kasi mak hadiah tapi mak dah bagi. Tak apa, Ubai dah apply cuti dan malam ni kita tidur sesama ye mak." tangan kanan aku dipegang lalu diciumnya.

Cerpen ke?Where stories live. Discover now