Aku juga remaja seperti kamu

1K 24 4
                                    

Remaja Tarbiah
by @ainggmu
————————–

Ini sekadar perkongsin sahaja. Saya tertarik dengan penulisan dia kerana kata-kata yang digunakan adalah benar bagi setiap remaja-remaja di luar sana. Lebih kurang macam promote lah kan.

Again, I'm not stealing her ff. Please note.

1

2

3

..........

Sedikit perkongsian buatmu, Remaja.

Aku pun remaja seperti kamu. Tipulah kalau aku cakap aku tiada keinginan seperti kamu.
Cuma aku pilih untuk jauhkan sebab aku tidak mahu buat perkara yang mensia-siakan.

Zaman remaja adalah zaman yang paling seronok. Bak kata orang "zaman budak baru nak up". Zaman remaja inilah kita mula mengenal dunia kononnya. Tapi sebenarnya zaman inilah saat kita mencorak hidup kita.

Well. Aku juga masih remaja. Juga pernah melalui zaman remaja di sekolah. Sungguh, melalui zaman remaja di sekolah bukanlah mudah. Kene pandai bawa diri. Sebab di situlah macam-macam pengaruh kita akan nampak.

Kata orang, zaman remaja inilah zaman darah panas. Semua yang kita buat hanya fikirkan keseronokan. Bukan semua boleh fikir buruk baiknya. Pandai bawa diri, in shaa Allah terjagalah. Tak pandai, hanyutlah. Terkadang, terlalu fikirkan seronok, kita sanggup rosakkan diri. Rosakkan masa depan. Tanpa fikir akibat terlebih dahulu.

Zaman remaja, zaman kita nak mencuba. Mencuba apa yang kita nampak sebelum ini. Sebab apa ? Sebab kita nak tahu apa disebalik sesuatu itu ? Best atau tidak. Zaman remaja juga menguji tahap kematangan kita. Cara kita berfikir. Cara kita menyelesaikan masalah. Cara kita mengatur hidup.
Selalunya, remaja ini muda tercabar. Kerana ingin nampak hebat, ramai yang senang tergelincir. Taknak nampak orang lain lebih hebat, dia sanggup buat apa saje. Sampai sanggup merosakkan diri.

Remaja. Mulanya membuat perkara yang tidak sepatutnya. Merokok, mengambil dadah, bercinta, berzina, maksiat sana sini. Perhatikan saja saat ini. Golongan remaja saja yang berpeluk-pelukan. Yang melepak. Yang berlumba. Allahuakbar.

Hai remaja. Jujur. Jika engkau fikir perkara itu menyeronokkan, maka kau silap. Itulah perkara yang memudaratkan. Kau bukan akan peroleh kebahagiaan, malah kau akan di timpa musibah. Mungkin kau akan tersenyum saat ini tapi percayalah. Suatu hari nanti kau akan nampak kebenaran.

Jangan sampai engkau menyesal suatu hari nanti. Percayalahapa aku kata kan ini. Kerana aku dulu juga seperti kamu.

.........

Itu sahaja yang ditulisnya. Saya hanya copy paste. Takde tambahan dan kekurangan dalam ayat.


Selamat membaca!

*Vote anda akan femeskan
storymory saya*

Cerpen ke?Where stories live. Discover now