Masjid

502 14 21
                                    

Masing-masing kaku. Tak berganjak langsung dari tempat duduk. Pergerakan yang ada hanya daripada pakgad iaitu penjaga masjid dan tetamu-tetamu yang ingin menghadiri majlis perkahwinan di Anjung B.

Aku, Aida Husna.

Tak tahu hendak buat apa. Hanya duduk tercongok menunggu ibubapa sampai menjemputku. Dah setengah jam aku duduk di sini. Tak muncul pun kereta Viva merah.

Sudahlah ada mamat di sebelah kanan tangga. Lebih-lebih lagi mamat tu senior aku. Mungkin sama seperti aku, menunggu kehadiran ibubapa. Tuisyen tamat pada pukul 12:20 tengah hari. Itu pun terlebih masa.

Nak buat apa eh? Okay baca buku Nancy's Misterious Letter. Buku yang aku pinjam daripada pusat sumber sekolah.

Aku, Syeikh Ubaidillah.

Berkali-kali aku menelefon namun tidak ada sesiapapun yang baik hati ingin menjawab. Ergh menyesal aku tak bagitahu awal-awal pukul berapa tuisyen habis.

Aku seorang sahaja lelaki ada di sini. Eh silap, ada pakgad. Matilah kalau kena 'tangkap tak senonoh' dengan perempuan tu. Telefon aku masukkan dalam beg. Maaflah telefon aku jenama Nokia.

Kecik besar kecik besar je aku tengok perempuan yang duduk sebelah kiri tangga. Dia keluar apa tu? Oh baguslah baca buku. Sekejap....aku macam pernah nampak buku ni.

Ya milik pusat sumber sekolah! Siapa eh dia ni? Macam kenal. Gila tak kenal perempuan ni. Waktu rehat selalu je pergi pusat sumber. Aida Husna. Bagus budak ni. Tak bagus pun sebab kadang-kadang dia dengan kawan-kawan dia paling bising.

Haih lamanya. Dah pukul 1:25p.m.! Habis 3 bab aku baca. Lebih baik aku ambil wuduk. Siap sedia solat Zuhur. Aku menoleh kebelakang mengambil beg sandang tetapi lain pula yang aku terpandang. Lepas dah simpan buku, aku bangkit lalu ke tempat uduk perempuan yang berdekatan dengan kelas-kelas. Beg aku letak di tangga. Buat apa nak risau, takde sesiapa nak curi.

Perempun tu perasan ke tadi aku pandang dia? Nasib baik cepat-cepat aku kalih. Aku tengok jam. 1:27p.m.! Lamanya aku duduk. Dah nak masuk waktu Zuhur. Aku bangkit lalu menuju ke tempat wuduk lelaki yang berdekatan dengan dewan serbaguna.

Selesai memakai stokin dan handsocks, aku kembali ke tangga dimana ada beg. Eh dah balik ke mamat tu? Eloklah tu. Beg aku ambil lalu terus bergerak ke ruang solat wanita.

Aku memandang sekeliling dewan serbaguna yang terletak di bawah. Besar dan cantik! Puji aku dalam hati. Sambil jalan menuju ke ruangan solat, aku nampak mungkin pasangan couple duduk berduaan di lantai. Aku menggelengkan kepala dan berdoa supaya diberi hidayah.

Tak silap budak dua orang umur 15 tahun. Lekaki memakai baju berwarna hijau manakala perempuan tu memakai baju berwarna merah.

Aku terpandang tangga tempat perempuan tu duduk. Dah balik lah tu.

Jam dah pukul 1:50p.m.. Lama juga aku solat. Aku keluar daripada ruangan solat dan menuju ke tempat penungguan ku sebentar tadi. Lah mamat ni ada lagi ke. Ergh semak je. Tunggu aku ke apa ni. hahaha perasanlah kau Aida.

Aku duduk dan menyeluk poket beg mengambil telefon bimbit Nokia. Punat call ditekan menelefon mak. Mak kata ambil pukul 2 sebab mak baru balik pasar. Aku pun tak kesah. Kasihan pun ada. Tak apa aku ada teman. Teman ke?

Aku mengetap bibir. Relaks je lalu depan aku perempuan ni. Bila dia nak berambus? Ingat jodoh ke ni. Aku memutar mata.

Baru tadi aku telefon mak. Mak kata dalam pukul 2 sampai sebab ada khursus di Gombak. Aku pun mengiyakan. Lambat pun lambatlah.

Cerpen ke?Where stories live. Discover now