Mak II

1.4K 38 7
                                    

Jam 0400, Hari Jumaat.

Aduh. Kenapa tapak kaki kejang ni? Kenapa tak boleh bergerak?

Sedaya upaya aku mengangkat kedua-dua tapak kaki. Malangnya, tidak bergerak dan terlalu kejang. Sukar mahu menegakkan kaki tetapi ia seperti beransur-ansur lurus ke depan.

Tanda apakah ini?

Aku menangis. Air mata mengalir di pipi bersama peluh yang membasahi seluruh muka. Aku tidak mahu anakku terbangun. Aku cuma mampu beristighfar sahaja.

Di samping itu, aku dapat merasakan denyutan di bahagian ubun-ubun. Sangat sakit! Perit menanggung kesakitan ini. Hanya tuhan dapat merasakan kesakitan aku kini.

Izinkan hambamu ini melihat waktu senja.

Izinkan...

Izinkan...

Sempatkah?

Tidak mengapalah. Aku harus menerima takdir kematian ini. Ya Allah, tidak akan sekalipun aku ingkar jodoh kematian ini.

Aku memandang sahaja kipas yang berpusing di atas siling. Jika ini hari sebenar jodoh kematianku, aku mahu Allah memakbulkan doaku.

'Ya Allah Ya tuhan ku yang Maha penyayang lagi Maha mengasihani. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang semulia pesuruh-Nya serta keluarganya dan sekalian sahabatnya.

Ampunilah dosa-dosaku, ibubapaku, anak-anakku, keluarga, orang-orang yang beriman dan seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Terangilah hatiku, Kau permudahkanlah urusan kematian didunia ini, permudahkahlah juga urusan di alam barzakh. Kuatkanlah diriku untuk menghadapi ujian ini.

Hidupkan aku dengan iman. Matikan aku dengan iman serta masukkan aku kedalam syurga bersama-sama iman.

Ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku sejak kecil.

Akhirkanlah umur aku dengan kesudahan yang baik. Dan janganlah kiranya kau akhirkan umur aku dengan kesudahan yang tidak baik.

Janganlah kau pesongkan imanku sesudah engkau mengurniakan aku petunjuk. Anugerahilah aku rahmatmu kerana sesungguhnya kau Maha Perngurnia.

Kurniakanlah aku kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat kelak. Serta peliharalah aku daripada azab neraka.

Robbana atina fiddunya hasanah. Wafil a hirotihasanah waqina a'zabbannar. *selawat*. Walhamdulillahhirabbil a'lamiiiiiin.

Mungkin ini adalah doa terakhirku di dunia. Doa aku untuk anak aku adalah supaya hidupnya diberkati, dilundingi oleh Allah dan mengelak bencana menimpa dirinya.

Aku menahan tangisan daripada kedengaran. Perit. Takut kepada Allah. Kedua-dua belah tanganku menggenggam kuat cadar katil. Mulutku kumat-kamit beristighfar.

Kini, aku merasakan sejuk di bahagian pusat.

Adakah malaikat Izrael sudah hadir?

Dan adakah malaikat Izrael sedang mencabut nyawaku?

Kenapa aku tidak merasakan perit apabila dia mengambil rohku?

Aku juga merasakan cabutannya dari perut turun ke pinggang dan terus menaik ke bahagian halkum.

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

Perlahan mulut aku melafazkan dua kalimah syahadah. Dan tidak aku sangkai, anakku terbangun kerana terdengar suara aku yang kuat sedang terketar-ketar.

Terus dia bangun dan menuju ke sisi katil di mana tempatnya hanya bersebelahan denganku. Aku dengar di meraung. Barangkali mesti sangat terkejut melihat keadaan aku sedang nazak. Atapun hampiri kematian.

"Mak! Mak! Ya Allah mak! Jangan tinggalkan Ubai! Mak!"

Aku masih ingin melafazkan dua kalimah syahadah. Walaupun anakku menggoncangkan tubuhku berkali-kali. Raungannya buat aku sedih sekali. Berkali-kali dia mencium tanganku dan meminta maaf.

Terhenti segala kelakuannya. Mungkin dia sedar bahawa dia pasti aku akan pergi. Dia membawa mukanya ke bahagian telinga kiriku.

Dengan perlahan dia melafazkan dua kalimah syahadah. Suara anakku basah dan tersekat-sekat akibat menangis. Aku mengikut apa yang dilafazkannya.

5

4

3

2

1

Suaraku tiada.

Pergerakan tubuhku kaku.

Tiada suara kedengaran.

Suasana gelap.

Adakah Malaikat Izrael sudah selesai mencabut nyawaku?




- Tamat -

*Vote anda akan femeskan
storymory saya*

Cerpen ke?Where stories live. Discover now