Bersinar bumi, menerangi kegelapan di dasarnya. Meskipun ianya tetap berasa kesunyian yang parah langsung tiada erti. Di kala aku berperang kesedihan, aku dengan pantas berlari ke luar rumah.
Di satu sudut, tempat yang dipenuhi pelbagai bungaan dari saiz yang hanya sekecil ibu jari hingga sebesar telapak tangan. Wangian puluhan bunga kemboja begitu mengasyikkan. Keindahan ini tiada sesiapa boleh dibeli.
Tanpa aku sedari, air mata menitis sedikit demi sedikit.
Aku sedih.
Aku benci.
Aku malu.
Air mata akhirnya jatuh berjuraian ke atas bumi. Esakan kecil kedengaran. Aku harus sembunyikannya.
Aku bangkit dan berlari sehingga di kawasan jalan raya. Langit yang mendung menunjukkan hakikat perasaan aku. Hari ini, hari yang berulang kembali.
Sungguh aku penat dengan dunia.
Aku menangis. Menangis semahunya. Hati yang remuk lagikan sakitnya dalaman ini sangat terasa. Aku terkilan.
Aku hilang arah.
"Meira!"
Aku tersentak.
"Kau pergi mana ?!!!"
Aku berpaling ke belangkang. Menghadap si dia.
Getaran dalam hati mendebarkan seluruh anggota badan. Aku bersedia. Mata yang membulat aku pejamkan.
Genggaman tangan aku dikuatkan. Hancur bunga yang sempat aku petik.
Seperti hatiku.
Di manakah erti kebahagiaan?
YOU ARE READING
Cerpen ke?
Short Story'𝐋𝐞𝐭'𝐬 𝐝𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐨𝐮𝐫 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 !!!💗🌟💃' Tak salah berilusi tentang cinta. Tetapi adakalanya manusia jatuh dan bangun kerana cinta yang teragung! Jadi, jangan buang masa. Buangkan masa anda bersama karya penulisan saya. Mari...