Cikgu

521 17 1
                                    

Pelik ke seorang pelajar suka akan seorang cikgu?

Bagi aku tak sebab cinta tak kenal usia.

Jadi, boleh ke aku suka?

Memang sekarang ni aku suka dengan seorang Cikgu.

Tapi aku keliru sama ada boleh atau tidak.

Setiap hari hati aku terusik dengan perwatakannya. Berlainan dengan pelajar lelaki. Rupanya langsung tidak aku menilai.

Yang penting tentang pendiriannya. Sama ada kemas atau tidak. Bersih atau tidak. Sopan atau tidak.

Kadang-kadang aku melihatnya dari jauh. Gila nak tengok dekat-dekat. Bila aku pandang, Cikgu pun pandang. Aku pun apa lagi, cepat-cepatlah kalih. Tersipu-sipu aku kat tepi dinding.

Tapi aku sendiri resah. Cikgu ni dah berkahwin ke? atau baru bertunang? Aku selalu menolak andaian aku bahawa Cikgu masih memegang status bujang.

Kenapa hati aku resah ni? Aku takut ke yang Cikgu sudahpun berpunya. Umurnya baru sahaja 26 tahun. Aku ini masih mentah rasanya. Nak ke dia?

eww miangnya.

Suatu hari, aku terjumpa dengan seorang pelajar perempuan. Melihat dari segi luarannya hm agak sombong. Tup tap tup tap tetiba pelajar perempuan ni tegur. Aku pun tegur dengan membalas senyuman manisnya.

"Akak nak solat ke?"

Lembutnya suara cik adik. Penuh dengan sopan-santun. Aku terkesima sebentar. Luar sombong tapi sebenarnya pelajar perempuan ni friendly.

"Akak?"

"Oh sorry. Haah. Aya?"

"Haah samalah."

Nama dia Adya Suraya. Jadi, aku panggil dia, Aya. Permintaan dia. Aya pula panggil aku 'akak' sebagai tanda kehormatan.

Lepas sahaja solat, aku nak keluar pergi ke kantin. Lapar..nak makan. Sedang aku tolak pintu, POM!!!

"Aduh."

"A...cikgu. Alamak, macam mana ni! Cikgu okay ke? Sorry saya tak nampak. Saya gesa nak turun bawah."

"Lain kali awak ni buka pintu perlahan-lahan. Tengok luar dulu."

Dalam hati aku berperang dengan kesalahan sendiri. Aku hanya berdiri tercegat dekat situ. Terkejut aku.

"Cikgu okay je. Awak?"

"Oh.. saya okay je. Saya minta maaf cikgu."

"Hm takpe. Elok-elok lain kali. Cikgu pergi dulu. Assalamualaikum."

"Okay. Waalaikumussalam."

Aku memandang kepergian Cikgu dengan pandangan. Cairnya hati aku mendengar suara Cikgu. Dialah yang aku suka itu.

Cerpen ke?Where stories live. Discover now