"Abang...."
"Abang....ma...maafkan saya."
Biarkan dia merayu.
Biarkan dia merasa.
Perit.
Dipulaukan.Sungguh dia langsung tidak menghargai cinta aku. Sanggup melukakan hati yang kau ingin masuki syurga. Hati ini sakit. Bagaikan seseorang merejam lembing ke hati ini dan membuatkan ia terbelah menjadi serpihan.
"...tsk...tsk... saya tak salah. Abang percayalah cakap saya...."
Merayulah sepenuh hati sehingga kau penat, lena. Buang air mata meminta maaf. Huh! Kini perasaan belas kasihan terhadap diri kau sangat kosong. Perasaan cinta terhadap kau sudahpun lenyap setelah...
Ah! sakit hati memikirkannya.
Sedikitpun tidak akan aku maafkan. Kau sudah melampau. Kau langsung tidak mempedulikan suami kau ini.
Mungkin sampai di sini sahaja rahmat berumah tangga bersama dia. Sepanjang kita bersama, aku tidak pernah merasakan bahagia. Walaupun kadang-kadang dia menemani aku makan. Itulah sahaja yang akan aku simpan kemas dalam diari rumah tangga kita di lubuk hati yang selama ini kosong.
Terima kasih wahai bungaku.
Cukuplah di sini kita bersama. Aku harap kau gembira bersamanya. Dan aku berharap kau akan berubah apabila bersama dengan suami barumu.
"Aku ceraikan kau dengan talak 3."
Tergamam dia disitu. Mulutnya terkunci. Diam seribu bahasa juga turut ahli keluarganya.
Biarkan mereka merasa bagaimana perasaan aku ketika bersama anaknya. Berkahwin mengikut perancangan keluarga memang tidak mencapai kebahagiaan. Kesabaran aku sudah mencapai tahap maksimum.
"Ubai...."
Meleret seseorang memanggil namaku. Aku menoleh. Bekas bapa mertuaku yang telah aku anggap dia sebagai bapa kandung. Sayu aku memandangnya.
"Ubai pasti dengan keputusan ini?"
Aku mengangguk lalu aku terus memeluk bekas bapa mertuaku.
"Maafkan Ubai, Ayah. Izinkan Ubai pergi untuk mencari kebahagiaan. Mungkin.....jodoh Ubai bukan disini. Sekali lagi maafkan Ubai kerana tidak dapat mengotakan janji untuk bersama dengan anak Ayah sampai akhir hayat."
Erat pelukan aku ditubuhnya. Ayah menghelus nafas berat dan berkata,
"Baiklah. Ayah izinkan. Kau pergilah mencari kebahagiaan. Ayah maafkan. Ayah percaya kau boleh menjaga diri. Terima kasih untuk selama ini. Doa ayah untuk kau tidak akan pernah putus." kata ayah sambil menepuk-nepuk belakang badanku.
Akhirnya air mata aku jatuh jua di bahu ayah. Ayah sahaja yang memahami aku selama ini. Dialah tempat aku luahkan perasaan.
Aku meleraikan pelukan. Ayah sedang menangis. 'Maafkan aku ayah.'
"Terima kasih juga untuk selama ini. Assalamualaikum."
Aku mengorak langkah pergi meninggalkan kawasan itu.
Biarlah kesedihan ini membawa sampai ke kebahagiaan pada suatu hari nanti.
Cukuplah 2 tahun aku bersamanya.
Cukuplah aku mendapat kasih dan sayang daripada ayah.
Sekarang, aku perlukan kehidupan baru. Walaupun keseorangan.
Selamat tinggal.
- Tamat -
*Vote anda akan femeskan storymory saya*
YOU ARE READING
Cerpen ke?
Cerita Pendek'𝐋𝐞𝐭'𝐬 𝐝𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐨𝐮𝐫 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 !!!💗🌟💃' Tak salah berilusi tentang cinta. Tetapi adakalanya manusia jatuh dan bangun kerana cinta yang teragung! Jadi, jangan buang masa. Buangkan masa anda bersama karya penulisan saya. Mari...