Rintihan hati

262 10 0
                                    

Zulaikha

Aku tak sempurna. Cukup itu sahaja. Aku juga tahu bahawa setiap manusia di muka bumi ini tidak sesempurna seperti aku walaupun dia bergelar 'alim'.

Sakit aku rasakan setelah melanggar segala kemungkaran yang telah aku lakukan selepas kematian sesuatu dalam hidup. Peritnya usah dikata. Jika kau merasainya, kau boleh masuk dalam ayat-ayat selepas ini.

Bukan itu sahaja, peritnya juga apabila kewujudan seseorang yang membuatkan cemburu aku membuak-buak. Sakit. Boleh aku lakukan dendam? Bukan satu tapi dua. Mahu sahaja aku membalas dendam tapi itu hanya satu ilusi. Sudah tentu aku tidak melakukannya melainkan aku sudah berubah ke jahiliah 100%.

Tiada manusia yang sesuai untuk mendengar rintihan hati. Itu kawan, bukan sahabat. Jadinya, aku membuat rintihan atau masalah tersebut kepada Maha Esa. Jika aku rajin, aku akan berkongsi bersama awak semua.

Pelbagai kisah yang aku pendam. Sehingga menitiskan air mata berharga ini. Selepas itu, hati aku tenang setenang air. Aku dapat merasakan hilang bebanan yang aku tanggung selama ini. Bahawasanya Allah menarik benda itu. Aku bersyukur. Aku belajar daripada kesalahan yang aku pernah lakukan.

Balas dendam itu sudah pupus.

Peritnya hati menanggung bebanan. Hadirnya seseorang. Perginya seseorang. Perginya seseorang membuatkan penambahan masalah berulang sekali lagi. Aku sayang dia. Kami sentiasa berkongsi masalah-masalah.

Sejak matinya dia, aku keseorangan. Dan disebabkan itulah aku menjadi semakin emosi. Orang kata aku gila. Biarlah gila daripada meluahkan kepada manusia yang tidak tahu tentang perasaan.

Sungguh, aku sayang akan dia sangat.

Aku sempat memeluknya seerat-erat. Tangisan aku tiada suara. Sakit perginya dia. Belum masa lagi untuk dia pergi. Cukup hampir 3 tahun bersamanya.

Rindunya aku pada dia.

Yang tinggal hanya aku, Zulaikha. Ibu bapa? Adik-beradik? Aku paling tidak suka menyusahkan orang. Tidak suka campur tangan. Apabila berlaku perbalahan, pergaduhan dan persengketaan yang mereka cuba menyakitkan hati aku, hanya diam dapat aku berikan. Biar bisu daripada melepaskan kata-kata carutan.

Sehingga kini, tiada sahabat di samping. Aku bagaikan berselerak di mana mana tempat. Tapi jangan dipandang remeh. Aku boleh teruskan kehidupan dengan berdikari.

Biar orang kejar kita, jangan kita kejar orang.

Biar orang nak kata apa, asalkan hati kita dapat lakukan.

Aku berdosa. Sungguh berdosa. Luar sahaja nampak seperti baik, memberi pujian, sopan santun dan berakhlak mulia. Namun, dalam hati ini siapa yang tahu dosa-dosa aku. Siapa je tahu? Awak semua tak boleh nak cakap sebab tak nampak keadaan aku.

Pinjamkan sekejap bahu. Aku sangat memerlukan.

Malu usah aku ucapkan.

Sebab itu aku berkata kita semua tidak sempurna. Aku mahu berdakwah. Aku juga mahu menegur kesilapan orang. Tetapi... Bagaimana aku ingin berdakwah dan menegur? Sedangkan aku sendiri melakukan perkara tersebut.

Ya Allah! Tutupkanlah aib aku ini. Sesunguhnya aku tidak pernah membuka aib sesiapa. Biar mereka mengetahuinya sendiri.

Aku takut untuk berjumpa dengan-Mu. Pahala tidak cukup untuk menemukan kita. Aku memerlukan masa yang panjang.

Izinkan...

Cerpen ke?Where stories live. Discover now