Maduku Ke Syurga Teragung

538 15 6
                                    

Assalamualaikum wrbt buat anak-anak pembaca budiman semua.

Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias ayat. Tapi saya nak berkongsi dgn pembaca kisah madu saya yg saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yg dilaluinya selama ini. Amin.. Moga sama-sama kita ambil iktibar ye.

——————————————

Pada tahun 1988, saya bernikah dgn seorang lelaki yg sama profesion dgn saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tntg suami saya. Yg saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya dtg melamar saya.

Kehidupan kami serba-serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hospital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yg sama. Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yg saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dgn saya. Ada masa bersama keluarga apabila waktu cuti sekolah.

Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan dgn suami yg bekerja di utara semenanjung.

Tapi masih, tiada perubahan yg saya nampak pada dia. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.

Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka. Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.

Hinggalah satu hari, suami jatuh sakit. Terlantar lama di hospital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yg berguna.

Saya masih sama. Tidak merasa pelik kerana suami saya memang seorang yg prihatin. Saya iyakan sahaja apa yg dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dgn kedua pelajar perubatan tadi.

Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua. Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”

Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini.

Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yg terakhir. Saya redha dgn pemergiannya namun ada sesuatu yg lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dlm linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak dtg dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.

Saya cuba utk menuju ke arah mereka utk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.

Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam utk mendengarkan wasiat arwah suami. Saya dan 2 org anak sudah hadir utk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain.

Cerpen ke?Where stories live. Discover now