'Cinta dan sayang?
Sehingga hari ini, berbillion manusia masih tidak mengerti akan perbezaan definisi dua perkataan tersebut.
Mereka keliru apa yang perlu diberi dan disebunyikan.
Lihat! Anda masih memberika reaksi wajah semborono hahaha!!'
Heboh satu studio dengan gema ketawa para penonton. Topik hari ini begitu menarik. Seakan mereka tidak sabar mempelajari ilmu baru.
'Mari kita refresh semula minda anda semua.
Cinta?
Awak semua gila kan dia? Teringatkan dia? Tolong mereka walaupun waktu itu anda terlampau sibuk?!!!
Selalu rindu. Mimpi waktu petang selepas asar pun anda sanggup percaya walaupun anda menafikan itu waktu mujarab sedangkan mimpi sebelum subuh adalah mimpi benar(sometimes).
Lagi, anda sanggup tolak ibu, ayah, kawan, dan orang yang admirekan anda pun anda tidak pandang. Sehingga orang lain yang jauh lebih cantik, pandai dan kaya raya pun anda tolak mereka sungguh-sungguh!
Dan inilah dikatakan Cinta.
Cinta yang membutakan minda anda. Sehinggakan lupa keadaan diri anda yang kini tidak stabil. Malah MERUGIKAN ANDA SECARA TAK LANGSUNG!!!'
Studio yang dibanjiri para penonton terdiam seribu bahasa.
'Cinta ini gila. Cinta ini menakutkan. Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Cinta ini juga kelihatan terhegeh-hegeh.'
Tepukan gemuruh daripada para penonton menaikkan lagi semangatnya. Gemaan studio menarikkan lagi topik hangat ini.
'Terima kasih. Oops belum selesai lagi. Sabar, tuan puan. Jangan berangkat lagi pulang ke rumah. Nanti anda yang terlepas.
Baiklah! Bagaimana pula dengan---
Sayang?'
Dia senyap tiba-tiba. Jari-jemarinya bertemu seperti berfikir untuk menerangkan.
Pihak studio yang lain kelam-kabut dengan perubahan si dia. Selama 10 minit dia menghabiskan masa sebelum tamat sesi ini. Pengacara di situ berkali-kali memanggil si dia.
Para penonton mula berbisik-bisik kerana pelik melihat tingkah si dia.
'Kenapa? Anda kelihatan sungguh pelik melihat saya.'
Salah seorang penonton bangun.
"Kenapa kamu diam? Tidak mahu meneruskan bicara?"
Dia senyum mendengar keprihatinan penonton tersebut yang kelihatan usia remaja.
'Terima kasih. Nasib saya tidak diam selama 15 minit.
Itulah sayang.'
Semua terpinga-pinga.
'Sayang adalah kerana ambil peduli dengan seseorang. Anda hendak yang terbaik buatnya.
Tolong yang tidak terlalu lebih. Tetapi, anda rindu pada dia. Sangat rindu tapi anda menolak untuk bersama dengannya. Anda cuma ingin dia sebagai kawan yang melayan nafsu anda sendiri.
Anda susah untuk move on kerana anda sayang dia sahaja. Jarang saya dengar orang berkata sukar untuk move on kerana cinta dengannya.
Konklusinya, jangan salah faham perbezaan antara sayang dan cinta. Kita semua boleh sayang seseorang tanpa cinta. Tapi, kita juga tak akan boleh cinta seseorang tanpa sayang.'
Tv is off
YOU ARE READING
Cerpen ke?
Historia Corta'𝐋𝐞𝐭'𝐬 𝐝𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐨𝐮𝐫 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 !!!💗🌟💃' Tak salah berilusi tentang cinta. Tetapi adakalanya manusia jatuh dan bangun kerana cinta yang teragung! Jadi, jangan buang masa. Buangkan masa anda bersama karya penulisan saya. Mari...