Aku dah mati?
Apesal ada cecair mengalir kat dahi aku ni? Sampai ke mulut pulak tu!
Nyum...nyum
Manisnya! Jangan kata ini air soya?
Ya. Ini air soya. Air kegemaranku!
Sekejap?
Kenapa hari ini ada kuih ketayap?
And then air soya pula?
Aku dapat rasa sesuatu yang tak baik kat sini.
Sekejap?
Realiti masuk menerjah otak apabila sebentar tadi aku berangan. Sebelum ini, bilik tadi gelap dan kini dapat aku rasakan disebalik mata yang dipejam, bilik menjadi terang-benderang. Lantas aku membuka mata.
Preppp!!!🎉Terdiam.
Terkejut.
Tergamam.
Ternganga.Terharu.
Terima Kasih!
Selamat hari jadi, ♪
Selamat hari jadi, ♪
Selamat hari jadi Yuna Maisarah, ♪
Selamat hari jadi jadi!!!! ♪"Yeay! Selamat Hari Jadi Una!"
Seseorang yang dikenali terus memeluk tubuh badan aku sebaik lagu itu selesai dinyanyikan. Air mata aku mengalir kerana sangat terharu.
Otak aku ligat berfikir. Macam manalah dorang buat semua ni? Pandai betul dorang berlakon.
Aku tak boleh nak membalas pelukan sebab tangan kene ikat lagi. Macam mana nak peluk! Hanya satu perkataan aku boleh ucap.
"Sama-sama."
Semua berpusu-pusu datang mendekati aku. Memeluk dan mengucapkan ucapan selamat hari jadi.
Bermula dengan ibubapa. Kemudian, adik-beradik, sepupu, dan sanak saudara.
"Semua dah peluk dan dah ucap happy birthday pun kat Una. Tapi kenapa tak lepaskan Una lagi ni?" tanya aku dengan buat muka menyampah.
Sakit tahu tak. Sudahlah acah kena culik. Padahal ada majlis hari jadi untuk aku. Tak jadi pula nak marah keluarga yang susah payah menjayakan majlis ini.
Sengaja aku mahu dilepaskan cepat-cepat kerana aku masih berasa tidak puas hati. Aku mahu mengetahui siapa lelaki misteri yang bertopeng itu.
"Tak boleh lagi." jawab mak.
"Kenapa pula? Una lapar mak."
"Tunggu dulu. Mak nak kenalkan seseorang kat kau." kata mak sambil menuju ke arah lelaki misteri yang memakai topeng. Mak membawa lelaki itu berhadapan denganku. Tidak ketinggalan juga, Abah.
Aku memerhati sahaja lelaki misteri itu dari atas hingga ke kaki dia. Rupa lelaki ini seperti aku kenali. Siapa dia eh? Gaya rambut lelaki misteri meyakinkan aku yang mengenali dia.
YOU ARE READING
Cerpen ke?
Short Story'𝐋𝐞𝐭'𝐬 𝐝𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐨𝐮𝐫 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 !!!💗🌟💃' Tak salah berilusi tentang cinta. Tetapi adakalanya manusia jatuh dan bangun kerana cinta yang teragung! Jadi, jangan buang masa. Buangkan masa anda bersama karya penulisan saya. Mari...