Ketayap Cinta I

619 20 2
                                    

Tempat apa ni?

Apesal tangan aku kena ikat?

Aku diculik?

"Hmm...hmm...hmmm."

Mengapa berseletip?!

Terpisat-pisat aku membuka mata hazel. Berpinar sungguh di bahagian kepala. Adakah aku dipukul?

Tidak!

Selepas aku membuang sampai di luar rumah, tiba-tiba aku terasa kesakitan yang teramat pada bahagian kepala dan kegelapan di satu ruangan kosong.

Aku melihat sekeliling tempat ini. Gelap. Tiada sebarang cahaya. Tingkap tidak ada. Hanya mempunyai kerusi yang aku duduki sahaja di sini.

Skrin besar?

Panggung wayang ke?

Ya tuhan! Bantulah aku. Mengapa aku berada disini. Tolong!

Sedaya upaya aku menarik tangan daripada ikatan tali. Kuatnya ikatan ini!

Sah! Ini mesti kerja seorang lelaki yang menculik aku!

Titisan demi titisan mengalir di kedua-dua belah pipi cengkung. Ketakutanku semakin bertambah. Tempat duduk aku bergegar bagai gempa bumi kerana rontaan aku yang drastik.

Aku terlihat sesuatu.

Makanan dan.....minuman?

Bahan-bahan pemujaan ke?

Propaganda apa ni?!

Takde orang lain ke nak culik?!

Nak juga ambil aku yang berbadan besar ni?

Esok hari aku ada kelas. Habislah kalau prof marah. Assignment tak siap lagi.

Bau apa pula sekarang?

Macam bau makanan favourite aku.

Jangan kata...

ini....

kuih ketayap.

Ahhhhhhhh!

Aku mahukan!

Siapa berani bawakan ketayap ini?!

Tolonglah aku mahukannya!

Segala ketakutan yang aku alami lenyap. Tiada tangisan. Tiada rontaan. Cuma mahukan kuih ketayap.

Aku menghentakkan kedua-dua kaki ke lantai. Tidak kira. Aku mahukannya! Sekelip mata sesuatu menerjah otakku. Mengatakan bahawa bagaimana boleh ada bau kuih ketayap kau.

Sekejap.

Mengapa ada kuih ketayap?

Propaganda lagi?!

Ergh!

"Hmmm! Hmmmm! Erghhhh!!!!"

Sedaya upaya aku ingin bercakap. Sambil-sambil itu aku menolak seletip di mulutku menggunakan lidah. Ah ini terpaksa!

Aku mahu melepaskan diri!

Tup!

Eh?

Cerpen ke?Where stories live. Discover now