Cerita aku pula.
Aku mengaku yang aku pernah suka seseorang. 6 tahun itu pun jiran aku. Lepastu memang tak pernahlah aku suka orang betul-betul. Kena berpadalah. Suka suka juga tapi belajar tetap lebih.
Nak cari yang setia memang susah. Kenalah pandai cari kalau macam tu.
Nak kata orang lain pun ada tastes. Aku pun ada tapi takdelah tinggi sangat. Biasa je.
Pertama sekali, dia mesti tua daripada aku. Tua 2 3 tahun camtulah. Pada pandangan aku, orang yang lama hidup lebih matang dan lebih berpengetahuan tentang dunia. Jadi, aku boleh lah selalu tanya dia tentang apa yang aku tak pernah buat like macam mana nak tingkatkan kemahiran dalam apa jua subjek.
Kalau sama umur tak bestlah sebab gaya hidup dia sama dengan kita. UPSR, PMR dan SPM pun sama. So tak dapat tahulah apa yang korang nak tahu. Pikiran sama kan. Benda yang kena pun sama-sama.
Next, bijak mesti kena ada. Daripada situ kita dapat tahu macam mana dia selalu urus masa dekat rumah. Tak semestinya bijak dalam pelajaran, bijak pada persekitaran pun perlu. Bijak dalam kewangan, tentang percakapan dengan ibu bapa dan mengawal perwatakan.
Tak kesah sangat kalau dia pandai, kalau dapat tu bonus. Aku pun taknak yang terlalu bijak ni. Karang aku yang dia diblurkan. Dahlah aku ni memang blur. Memang kesianlah siapa suka diri aku ni.
Ketiga, tinggi dan kurus. Hahaha ni memang idaman aku. Kalau tak dapat takpe. No wonderlah aku akan dapat yang tinggi sebab aku ni rendah je orangnya. 155cm apa je ada. Nasib aku comel *perasan*
Keempat, suka bersukan atau masuk sukan dalam sekolah like bola baling. Weh memang aku suka laki macam ni. Sebab kebanyakannya kurus, tinggi dan berkulit hitam manis macam faizal tahir tu. Aku suka berjogging jadi mestilah dia suka jogging sebab coach dah latih dia.
Last but not least, berpendidikan dan tidak berputus asa.
Semua yang aku minta tak semestinya dapatkan. Kan? Cuma cakap dan berangan je mampu. Memang kalau betul-betul suka, aku akan cerita dekat adik-beradik dulu lepastu kawan baik (ada ke?). Kalau memang dah betul aku suka dia, baru aku buka cerita kat parents.
Susah betul aku nak suka orang even dah bagi hint pun tak jalan. Well said, syok sendirilah orang tu hahaha.
Tak katalah aku ni kejam ke apa cuma kene jual mahal. Itu penting. Nanti takdelah orang senang permainkan kau. Fikir rasional lah.
Nak kata aku muda lagi, memang pun. Aku kawal perasaan aku. Rasa nak tukar pergi sekolah perempuan. Tak sanggup nak sekolah dengan berlainan jantina. Sakit mata, hati and semua lah.
Sebenarnya, aku lagi suka bila dia confess depan-depan. Bukan kat mesej or tempat sosial tu.
Sebab apa?
Sebab kita dapat tahu sama ada dia jujur atau tak. Itu je yang aku nak untuk pastikan dia suka atau tak.
Kang kena tipu baru padan muka.
Tapi...aku lagi selesa and betul-betul rasa dia jujur sangat suka akan aku if dia bagitahu parents aku sendiri.
Berani?
YOU ARE READING
Cerpen ke?
Short Story'𝐋𝐞𝐭'𝐬 𝐝𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐨𝐮𝐫 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 !!!💗🌟💃' Tak salah berilusi tentang cinta. Tetapi adakalanya manusia jatuh dan bangun kerana cinta yang teragung! Jadi, jangan buang masa. Buangkan masa anda bersama karya penulisan saya. Mari...