10%

276 25 4
                                    

keesokannya aku tiba di sekolah, aku terus melangkah laju menuju ke arah lain. aku nampak jungkook berdiri di depan pagar sambil merenungku manakala aku terus berjalan melepasi jungkook seperti tiada yang wujud di situ. aku terus berjalan menuju ke hutan yang berada di sebelah sekolah.

aku tahu jungkook sedang mengikutiku kerana aku dapat merasakannya. aku hanya menghiraukan tanpa menoleh ke arahnya dan terus berjalan menuju dlam lagi ke hutan yang tebal diikuti dengan suhu yang semakin menurun.

tiba di suatu kawasan yang dipenui belukar dan akar banir yang membesar, aku mencampakkan beg galasku di atas sebatang akar banir dan berdiri kaku. dapat aku dengar bunyi derapan kaki yang lain turut terhenti dan semestinya kepunyaan jungkook.

'awak pantas, sangat pantas.'

'kulit awak sejuk macam ais dan putih pucat'

'mata awak selalu bertukar warna'

'awak ada kekuatan yang luar biasa'

'dan kadang kadang awak cakap macam awak dari masa lain'

'awak tak pernah makan apa apa atau minum'

'awak tak keluar pada hari cerah'

'umur awak berapa?' soalku dengan nafas yang berterabur.


'17' jawab jungkook. aku dapat merasakan nafasnya ditelingaku.

'berapa lama awak berumur 17?' soalku lagi.

'untuk semetara.' jawab jungkook lagi.

'saya tahu awak apa' jawabku sedikt ketar. aku dapat merasakan jungkook sedang merenungku.

'cakap' katanya sepatah. 'dengan kuat' kata jungkook lagi.

'vampire' bicaraku sepatah.

'kau takut?' soal jungkook lagi. suhu di sini semakin sejuk membuatkan wap keluar dari mulutku dan jungkook ketika berbicara.

aku menoleh ke arahnya dan memandangnya. 'tak'

'tanya aku soalan yang paling asas. apa yang kita makan?' soal jungkook sambil menatapku tajam.

aku diam dan memandangnya lagi. 'awak takkan sakiti saya.' kataku perlahan.

jungkook mengetap rahangnya. dia menarik kasar lenganku menuju ke dalam lagi bahagian hutan. 'kita nak ke mana?' soalku.

dia terus menarikku lagi. 'atas gunung. dekat tebing. kau kena tengok rupa aku bila aku dekat cahaya matahari.' kata jungkook lagi. dia dengan kuat, menarikku menaiki belakangnya dan berlari menuju ke puncak gunung dengan pantas seperti angin lalu.

aku sedikit takut dengan larian jungkook. dia seperti hanya berlari di atas angin. aku menguatkan peganganku pada badan jungkook manakala jungkook memegang kakiku kuat supaya aku tidak terjatuh.

dan akhirnya, tiba di puncak gunung di mana cahaya matahi kelihatan di sebalik pokok pokok yang menebal. jungkook menurunkanku dan berjalan ke arah cahaya matahari.

'ni sebab kenapa kitorang tak tunjuk diri kitorang dekat cahaya matahari.' dia berdiri di bawah pancaran matahari membelakangiku. 'orang akan sedar yang kitorang berbeza dari yang lain.' dia membuka satu persatu butang kemejanya. kemudian dia menghadapku dan memandangku. 'ni lah rupa aku yang sebenar.'

aku terpegun melihatnya di bawah pancaran matahari. kulitnya kelihatan berkilauan dan bersinar seperti berlian. aku menghela nafas. 'ia macam berlian. you"re beautiful' kataku sambil memandang kulitnya yang menyinar.

jungkook tergelak sinis. 'cantik?' dia mengeluh sambil senyum sinis. 'haera ni kulit seorang pembunuh' dia mendengus. dia kemudian berjalan ke arah lain menurun dari puncak gunung tersebut. aku hanya mengikutinya dari belakang. 'aku pembunuh' dia berkata lagi.

'saya tak percaya.' aku berkata sambil menstabilkan diriku yang sedang menuju ke arahnya. sekejap sekejap aku hamoir tersadung.

dia berjalan lagi. 'tu sebab kau percaya semua penipuan ni.' jungkook berkata. 'tu sebuah penyamaran' kata jungkook lagi. kemudian dia menatapku tajam. 'aku pemangsa yang paling berbahaya dekat dunia. everything about me invites you in haera. suara aku, wajah aku, termasuk bau aku.' dia mengetap rahangnya.

kemudian angin kuat meluru ke wajahku apabila dia ke atas salah satu batu dengan pantas. 'kalaulah kau boleh lagi pantas dari aku!' dia menjerit. kemudian dia melompat tinggi dan aku hanya memerhati keberadaan dia. kemudian dia berada di belakangku sambil memegang akar banir yang berada di bukit bukit curam sebelahku. 'kalaulah kau boleh tandingi kekuatan aku.' dengan sekali tarikan, akar tersebut terlempar jauh dari kedudukanku.

'aku dicorak untuk membunuh.' dia berkata dengan perlahan sambil menatapku tajam.

aku menstabilkan pernafasanku. 'saya tak kisah.' kataku sambil menelan liur.

'aku dah bunuh orang sebelum ni.' jungkook berkata dengan nada yang lebih dalam.

'itu tak penting.' aku menjawab lagi.

'aku nak bunuh kau' jungkook berkata sambil menghampiriku. 'aku tak pernah nakkan atau menginginkan darah manusia dalam hidup aku.' jungkook berkata lagi.

'saya percayakan awak.' aku berkata sambil memandangnya.

'JANGAN' jungkook memandangku sinis.

'no, i"m here, saya percayakan awak.' aku ingin memegang tangan jungkook.

dia terus laju bagaikan angin menghilang. aku mendongak ke arah akar yang bergantung di atas dan terlihat jungkook di situ. 'keluarga aku, kitorang lain dari jenis kitorang. kitorang cuma buru binatang. kitorang belajar untuk tahan dahaga terhadap darah manusia.' kemudian dia menurun dan mendekatiku. 'tapi kau, bau kau macam terus memanggil aku untuk mendekati kau. kau macam penyelamat peribadi yang menarik milik aku.'

kemudian dia memegang daguku untuk memandangnya. 'kenapa awak macam benci dekat saya bila mula mula kita jumpa?' soalku sambil memandangnya.

'memang, cuma ia membuatkan aku lagi nakkan kau.' dia menatapku. 'aku tak tahu aku boleh ke tak untuk kawal diri aku' jungkook berkata.

kemudian dia berjalan ke arah kawasan yang dipenuhi tanah yang mengeras di kiri dan kanan. dia menghadap suasana dari gunung tersebut. 'saya tahu awak boleh.' kataku perlahan sambil mendekatinya.

'aku tak boleh baca fikiran kau.' dia mendekatiku sehingga aku tersandar pada cerunan tanah dan mengunciku dengan meletakkan kedua tangannya di sebelah kepalaku. 'kau.. kena bagitau apa yang kau fikirkan' wajahnya mula mendekati wajahku.

'saya takut'

tbc




[C]Vamp - J.J.KWhere stories live. Discover now