aku melihat langit dan cuaca hari ini panas. aku tiba dikelas dan meja jungkook kososng. tak datang lagi ke? aku melihat jam yang menunjukkan sudah pukul 7:55 pagi. lambat dah..
aku pun duduk ditempatku lalu menyembamkan muka ke meja sambil melihat meja jungkook yang masih lagi kosong.
'hey..' seorang pelajar lelaki duduk di atas mejaku. dia tersenyum memandangku. 'saya bambam, kawan mark.' dia berkata lagi.
'ouh hi.. saya haera.' aku menyapanya.
'hm macam mana duduk tepi jungkook? okay' dia bertanya.
aku memandangnya lagi. bahaya sangat ke jungkook ni? 'okay je.. kenapa?' soalku. okay aku tahu dia akan jawab apa.
'dia pelik' bambam berkata. yess one goal for haera!
'ya ramai orang cakap macamtu dekat saya. tapi bagi saya dia mana ada pelik pon.. mata dua, hidung satu, mulut satu..' aku meloyar buruk.
'yaa itu memang laa... tapi dia macam ada satu aura ni, yang pasti sesiapa yang lalu tepi dia memang meremang la.. awak tak rasa ke?' soal bambam.
'tak de pon... saya duduk tepi dia, pandang dia, borak ngan dia okay je...' aku menafikannya.
'p-pandang mata dia? b-borak? beraninya awak' bambam berkata lagi. 'orang cerita sapa yang tengok-'
'ya ya saya tahu. jadi gila, masuk wad mental, srsly? saya okey je.. chill...' aku berkata. 'emm dia tak datang ke harini..' aku membelek jam tanganku.
'haera, dia takkan datang kalau cuaca panas.' bambam berkata perlahan.
aku mengangkat wajahku dan memandangnya pelik. 'wae?'
'entah.. dia selalu cakap ada family hiking... tapi memang pelikla.. alasan dia selalu family hiking la balik kampung la.. time cuaca panas mesti dia tak ada..' bambam berkata lagi. 'okay lah banyak pulak saya story, saya ke tempat saya dulu..' bambam meluru ke arah tempat duduknya.
aku termangu sendirian. dia tak adaa waktu cuaca panas? pelik... kehadiran cikgu membuatkan kelas yang sedia bising itu diam seperti di tanah perkuburan.
skip
1 day... dia tak datang
2 day... tak datang lagi....
3 day... dia tetap tak datang.
aku membentangkan alas di luar balcony untuk melihat bintang. kenapa aku selalu tunggu dia untuk datang? aku dapat rasakan dia menarik.. aku merasakan sangat malas untuk datang ke sekolah.. sebab... dia tak ada..
tapi macam mana kalau esok dia datang? aku melihat langit hitam itu sambil memeluk bantalku. sesekali aku menguap dan menggeliat kecil. tapi aku tetap tidak mahu masuk ke bilik, tetap berbaring di balcony diiringi dengan udara sejuk tanpa selimut. dahla tengah pakai baju tanpa lengan ngan short pants..
mataku semakin kuyu tetapi aku memaksanya untuk tidak tertidur. dan akhirnya mataku terkatup erat. sesekali aku menggeletar kedingingan.
[no one pov]
kelihatan sesusuk bayang hitam muncul di depan sliding door balcony milik haera. bayang itu mulai menampakkan wajah tampannya. lelaki itu menghampiri tubuh haera lalu dicempungnya haera. dia membawa perempuan tersebut ke katil milik perempuan tersebut. lelaki itu menyelimutkan haera apabila dia merasakan suhu di kulit haera kian membeku.
dia membawa masuk alas di balcony dan menutup pintu sliding door. kemudian dia menghampiri semula haera. wajahnya yang terlalu pucat tetap kelihatan tampan. dia mengelus lembut rambut haera. dia menguraikan ikatan pada rambut haera dan diciumnya seketika.
lelaki itu membaringkan dirinya di sebelah haera sambil merenung wajah cantik haera ketika dia sedang tidur. sesekali tangannya menari di wajah haera. dia mendekatkan wajahnya ke wajah haera. diciumnya dahi haera 'sleeping beauty' dan dia menghilang seperti angin lalu.
[haera pov]
'min haera, bangun!!'
aku menggeliat panjang sambil menguap. aduhh malas la... empuk sangat tila- eh? aku membuka mataku luas. sejak bila aku tidur atas katil ni?! aku melihat keadaanku, masih berbaju. huh... lega.. tapi... aku memandang pintu balconyku dan alas yang tersadai di tepi meja solekku.
jap, seingat aku.. aku tak sedar pulak aku masuk and tidur sini kan? ke aku sleep walking. aku memegang rambutku yang mengurai dan melihat getah rambutku berada di meja sebelah katilku. eh? aigoo!! sapa yang angkat aku kat sini? aku tak pernah tak sedar time jalan ke apa!
aku turun ke bawah dengan rambut serabai lalu mencari suga. 'oppa!!! kau ke angkat aku tidur kat katil malam tadi??' soalku serious.
suga memandangku dengan muka -_-" dia. 'aku? angkat kau? wehh bukan kerja aku la angkat angkat ni.. asal?' soal suga hairan.
't-takde pape..' aku terus lari naik ke bilikku. aigoo! sapa yang angkat? hantu? aku terus membersihkan diriku ke dalam bilik mandi.
skip
aku melangkah malas ke dalam kelas. sebenarnya malas nak gi sekolah. sebab? takde dia. entah kenapa, aku rasa sunyi. kosong. aku melihat cuaca. mendung dan gelap. macam nak hujan.
aku terus melangkah masuk ke kelas dan wajah pertama yang aku lihat, jeon jungkook. dia yang sedari tadi mendengar lagu di ear-phonenya terus mengangkat wajah memandang ke arahku.
dan tanpa sedar tersenyum kecil memandangnya.
tbc
YOU ARE READING
[C]Vamp - J.J.K
Vampire+ apabila seorang perempuan terjatuh hati dengan seorang lelaki+ 'kalau aku cakap aku bukan manusia, kau masih nak berkawan aku? atau kau akan menjauhi aku?' - jungkook 'saya sukakan awak... walaupun awak bukan manusia' - haera +kalau bukan ma...