sudah seminggu aku berkawan dengan alicia mark dan jongsuk serta nara yang aku jumpa semasa di gelanggang netball. diorang
pada waktu rehat, aku sedang menjamu selera dengan diorang. aku ternampak jungkook bersama enam lagi lelaki tampan bersamanya. selalu dah aku nampak. kadang kadang aku nak tanya tapi aku pendam.
'err korang.. sapa yang bersama jungkook tu?' soalku sambil memandang lelaki lelaki tampan itu.
mark menarikku merapatinya. 'tu adik beradik jeon. yang rambut pink tu seokjin. yang sebelah dia berdimples tu namjoon. yang rambut perang orang tu hoseok, yang rambut blonde tu taehyung and yang rambut silver tu jimin. and last jungkook.'
'diorang paling pelik sekali dekat sini.' bisik alicia pula.
'tapi diorang hot.. especially taehyung, jimin and jungkook. malangnya, takde yang serasi dengan mereka.' kata hana
'k-kenapa?' soalku pelik.
'kau tengokla muka diorang semua. pucat macam orang mati.' bisik jongsuk lagi.
'kau better jangan dekat ngan diorang. orang orang sini cakap, jangan tentang mata dengan diorang, lagi lagi jeon jungkook.' bisik nara pula.
aku memandang mereka hairan. aku banyak kali kot pandang mata dia. 'k-korang... apa salahnya kalau pandang?'
'diorang kata, orang yang pernah tengok mata dia semua pindah. kau tahu pindah mana? pindah wad mental. orang cakap diorang jadi gila lepas tengok mata dia.' jelas nara lagi.
'haera-ah baik kau jangan try diorang..' kata jongsuk.
'tak.. mana ada.' aku menafikan. ouh okay... aku tak pernah pulak macam tu.. wait.. aku pernah tentang mata ngan dia, so yang aku halusinasi dalam toilet tu... aku gila la? nonsense.
aku menoleh ke belakang ke arah meja yang diduduki jungkook. kelihatan abang abangnya semua makan macam orang kaku. srs tak rasa pape ke makan macam tu? senyap je. dan tiba tiba jungkook memandangku. aku terus mengalihkan pandanganku walaupun aku tahu dia masih memandangku.
skip
miss leehi yang sedang mengajar bio langsung tidak menarik perhatianku. aku sering mengerling ke arah jungkook. aku tak tahu kenapa dia selalu pandang aku macam tu.
'hai'
teguran pertama dari jungkook membuatkan aku menoleh ke arahnya. woahh dia tegur aku ke aku yang mimpi? 'hai' aku membalas.
'aku- minta maaf tak tegur kau selama ni.. aku rasa kau dah kenal aku dari tag nama right?' dia berkata lagi.
aku tersenyum. 'yeah. awak jungkook yang sombong time kat pejabat tu.' aku memuncungkan bibir.
jungkook ketawa kecil. 'aku minta maaf. sorry.'
aku terkaku melihat senyumannya. 'its okay..'
'so macam mana kau boleh pindah dari daegu yang panas tu sampai kat sini kawasan yang paling lembap dekat seoul?' soal jungkook.
aku ketawa kecil sambil mengeluh. 'oppa saya ada kerja kat sini. huh.. kalau ikutkan, saya memang taknak datang sini. saya tak suka hujan.' ujarku perlahan.
'so, kenapa kau pindah jugak sini?' soal jungkook lagi.
'entah.. sebab saya kesiankan oppa saya seorang diri kat sini.. lagipun mak ayah saya dah tak ada, mungkin rumah tu terlalu banyak kenangan keluarga.' jelasku lagi.
jungkook mengangguk perlahan. dia mencapai mikroskop dan melihatnya. 'euglena'
'boleh saya check?' soalku. jungkook mengangguk sambil memandangku yang sedang meneliti apa yang dilihat di dalam mikroskop. 'euglena' aku tersenyum.
selesai mencatat, aku meneliti semula mikroskop. 'ameba.' kataku kepada jungkook.
'aku cek?' soal jungkook. aku mengangguk lalu dia terus meneliti. 'kau betul. ameba.' kata jungkook sambil mencatat. kemudian dia memandangku. 'apa yang tengah kau fikirkan?' soalnya.
aku memandangnya hairan. 'sa-saya tak fikirkan apa apa.' jawabku jujur. memang otak aku kosong sekarang ni. jungkook hanya menganggukkan kepalanya.
skip
aku hanya membeli roti peanut dan membawanya ke meja dimana rakan rakanku dudk.
'haera ah.. sabtu ni kitorang ada nak hang kat xxx beach. pergilah.. ramai orang yang pergi' ajak alicia.
'em tengoklah macam mana..' aku tersenyum.
skip
pada waktu malam, aku baru sahaja selesai membeli ramen dan sedang berjalan pulang ke rumah seorang diri. aku memeluk tubuh apabila suhu semakin sejuk.
tiba tiba ada sepasang tangan membalutku dengan jaket kulit hitam. aku terus menoleh dan ternampak jungkook sedang membaluti jaket itu kepadaku. 'er s-sej-sejak b-bil-bila awak a-ada kat s-sini?' aku berkata dengan terketar ketar sebab sejuk sangat.
jungkook ketawa kecil melihat keadaanku. 'kau patut pakai baju yang tebal sikit kalau keluar.' jungkook berkata dan memperkemaskan jaketnya padaku.
'awak ik-ikut s-saya?' soalku lagi.
'ani.. aku selalu keluar jalan jalan time malam.. sejuk...' jungkook berkata. 'okay jom, aku hantar kau balik. sini ramai lelaki jahat.' jungkook berkata.
aku mengangguk laju sambil melangkah ke rumah diikuti jungkook. setibanya di rumah, aku menghulurkan kembali jaket jungkook kepadanya. 'thank you temankan jungkook' aku berkata sambil tersenyum.
tangan jungkook mengangkat dan mengusap rambutku. selepas itu, dia automatik menjatuhkan semula tangannya laju. seketika, dia berdehem. 'my pleasure'. dan aku terus memasuki rumahku diikuti dengan pandangannya.
'oppa?' aku memanggil suga. aku mencari suga di dalam biliknya dan dia sedang tidur dihadapan macbooknya. aku mendekat ke arahnya dan menggoyangkan perlahan bahunya. 'yaaa oppa... tidur atas katil la.. heee kau ni, aku banyak kali cakap jangan tidur depan gadget..' aku mulai bising.
'uh... yaa aku tahulahh..' suga menggeliat seketika lalu memandangku dengan mata kuyunya.
'tadi aku ada beli ramen, kau punya aku letak kat bawah. nak, turun ambil sendiri.' aku mengusutkan rambut suga dan berlalu ke bilikku. aku menggeliat seketika. ngantuknya.. terus aku baring dan menyelimuti diriku di katil. aku mulai memejamkan mata.
aku melihat jungkook sedang memerhatikanku dari penjuru katilku sambil berdiri. aku hanya membiarkannya memandangkan aku terlalu mengantuk. aku melihat jungkook sedang menghampiriku lalu mengusap wajahku.
tangannya mula berjalan dan menyentuh ke arah leherku. untuk sesaat, dengan lajunya dia menarik leherku dan membenamkan giginya ke dalam kulit leherku.
'arghhh!!'
dan aku terbangun. aku melihat sekeliling. kosong. tapi aku rasakan mimpi tu terlalu nyata. aku mengusap leherku seketika. tak ada apa apa. huh... scary sia mimpi tu.. and kenapa ada jungkook? aku pon membersihkan diri di tandas. jam menunjukkan sudah pukul 7:10 pagi. aku patut cepat.
tbc
YOU ARE READING
[C]Vamp - J.J.K
Vampir+ apabila seorang perempuan terjatuh hati dengan seorang lelaki+ 'kalau aku cakap aku bukan manusia, kau masih nak berkawan aku? atau kau akan menjauhi aku?' - jungkook 'saya sukakan awak... walaupun awak bukan manusia' - haera +kalau bukan ma...