"Short vacation? Bila? Kat mana?" soalku bertalu-talu. Tak pernah-pernah Izzat usulkan nak pergi vacation tiba-tiba aje kali ni dia usulkan? Macam ada apa-apa je tau.
"Dekat.... "
"Eh jap. Orang ada sense yang mengatakan bahawa tak lama lagi orang akan dapat...... kakak ipar baru" aku kecilkan kedua-dua mataku memandang Izzat. Fakhri di sebelahku dah tersenyum. Abang-abangku dan kedua-dua kakak iparku terus memandang Izzat menantikan jawapannya muahahaha
"Eh Zat, tak pernah pun nak story kat kitorang" kata Ilham sambil dia menolak-nolak siku Izzat.
"Aish aku dalam proses nak meminang lah ni, kan ayah?" ayah senyum aje sambil membaca surat khabar di ruang tamu ini. Hm ayah pun dah tahu rupanya. Bukan main lagi diorang ni berahsia.
*****
Lokasi short vacation aku di Langkawi aje yang disertai oleh ahli keluargaku, Haziq sepupuku, Syahid, anak-anak buah aku dan juga ketiga-tiga kakak iparku. Haa nak tahu kenapa tiga? Semalam Izzat dan Nawar baru aje bernikah dan hari ni terus nak pergi vacation.(tak menyabor Izzat ni pun hihihi)
Tiba aje di Langkawi, semuanya menginap di My Rainforest Chalet menaiki kereta yang disewa ayah. Dua buah aje. Bilik pun masing-masing sendiri lah hah sebab semuanya dah berkahwin. Ayah pula duduk sebilik dengan Haziq dan Syahid. Syahid ada sekali pun sebab sejak aku kahwin dengan Fakhri, dia juga dah jadi best buddy aku tau hohoho.
"Sayang, okay tak ni?" soal Fakhri. Yelah semenjak dua menjak ni aku asyik sakit kepala, letih, rasa nak tidur je. Fakhri pula asyik suruh aku pergi klinik tapi aku macam biasa lah tak nak. Seram duh nak pergi klinik.
"Meh lah sini tidur" Fakhri menarik tanganku, terus baring di sisinya. Rambutku dibelai lembut olehnya. Lama-kelamaan aku jadi mengantuk.... dan terus terlena.
*****
"Fia dah okay dah?" soal ayah. Ni mesti Fakhri report apa-apa ni haish. Aku bukan apa, aku malas lah orang asyik tanya aku okay ke tak huhu. Penat den nak jawab.
"Sakit kepala sikit je" jawabku ringkas. Aku jatuhkan kepalaku di bahu Fakhri. Fakhri pula makin lama makin prihatin dengan aku tau hoho.
"Kenapa tak pergi klinik je?" soal Nawar pula. Sekarang ni tengah lunch ramai-ramai, terpaksa guna empat meja uols sebab ramai sangat.
"Fia ni yang degil sangat tak nak pergi" Fakhri yang tolong jawab hah. Eh eh dia ni. Aku angkat kepala pandang Fakhri. Seperti biasa lah dia senyum haish. Tiba-tiba perut aku rasa tak sedap. Tekak pula rasa macam nak terkeluar. Terus aku berlari mencari toilet di kedai ini.
Aduh seksa muntah-muntah bagai nih. Sakit kepala, letih, muntah-muntah pulak. Haish. Aku bersandar di dinding tandas ini. Perit tekak ni walaupun sikit je yang keluar huhu.
"Fia sayang, Fia okay tak ni?" Fakhri terus mendapatkan aku yang dah bersandar kat dinding tandas nih. Kotor ke bersih ke aku tak fikir dah. Penat. Dia ni pun lah, ni tandas perempuan kot? Main terjah aje. Nasib baik takde orang lain dalam ni.
"Kita pergi klinik eh?" soal Fakhri. Dia cuba memapahku. Aku tak mampu berkata-kata jadi aku geleng aje beberapa kali. Tak nak aku pergi klinik. Tak nak!
"Sayang, dengar cakap abang please? Kita pergi klinik" kata Fakhri dengan nada yang sedikit tegas. Dah macam perintah lah pulak. Perintah suami kena ikut ye Sofia.
Aku dan Fakhri ke klinik berdekatan menaiki teksi aje. Yang lainnya masih lagi tengah lunch. Selepas doktor membuat pemeriksaan kepadaku, aku duduk kembali di sisi Fakhri.
"Encik, isteri encik ni....... "
"Kenapa doktor? Kenapa dengan isteri saya? Kenapa dengan Sofia? Sofia okay kan?" soal Fakhri bertalu-talu. Aku pandang dia. Tanganku digenggamnya makin kuat. Aduh relax lah laki aku ni pun alahai. Doktor tu tak habis cakap lagi kot?

YOU ARE READING
Bukan Mainan
Proză scurtă"Abang suka sangat main-main. Macam mana Fia nak percaya?" - Sofia "Abang nak Fia tahu, cinta abang dengan Fia bukan mainan" - Fakhri Lamaran Fakhri diragui Sofia, mungkin ianya hanya permainan Fakhri semata-mata tapi ianya bukan mainan. Sungguh, bu...