"Main buih sabun?" soal Fakhri seolah-olah tidak percaya kata-kataku. Aih buih sabun je pun. Sabun besar tu. Aku teringin nak main tapi tak berkesempatan tau.
"Hm takpe lah. Jom balik" takpe lah Sofia. Kau ajak dia datang makan kat sini, dia ikut. Dah lah tu, melampau-lampau pulak permintaan kau. Aku berjalan ke depan meninggalkan mereka bertiga di belakang.
"Pregnant woman memang akan buat perangai macam ni ke?"
"Emotionalllll"
"Kadang-kadang lah"
"I heard you guys k" kemain eh diorang ni cakap pasal aku. Izara dah mengekek tergelak. Kami bertiga pun pulang ke rumah dan Fakhri yang memandu.
Hanya lagu di corong radio yang bergema di dalam kereta ini. Izara dan Adam rasanya dah terlena dah kat belakang tu, senyap je diorang. Fakhri yang memandu juga hanya senyap membisu. Aku bersandar menghadap ke arah Fakhri. Wajahnya kutatap lama.
Hensemnya laki aku nih. Baik, sopan santun, peramah, manja, mengada, solat pun terjaga, selalu ingatkan aku mengaji, penyabar, kadang-kadang sensitif hahahahahaha. Ya Allah, aku bertuah kerana memiliki suami seperti Fakhri. Dia cukup sempurna buatku, walaupun tiada sesiapa pun yang sempurna di muka bumi ini.
"Sayang, tak mengantuk ke? Kalau mengantuk tidur la" aku tersedar dari lamunan. Fuh entah apa aku berangan pasal laki aku tadi?
"Tak ada lah, Fia nak teman abang. Kesian abang drive sorang-sorang. Fia nak drive abang tak kasi pulak. Fia ada lesen tau abang, apa salahnya Fia nak drive?" kata nak teman tapi sempat lagi aku membebel entah apa benda kat dia hahahahahahahaha. Fakhri tergelak kecil. Matanya masih fokus ke pemanduannya.
"Yeke nak teman? Tapi dari tadi Fia dok tenung je muka abang ni kenapa? Muka abang hensem dari biasa ke malam ni?" aish kena setempek kau Sofia. Nak teman sangat tapi dok tenung muka hensem dia. Yang aku dok membebel pasal kereta dia tak layan pulak.
"Abang, tenung muka suami dapat pahala tau haa" betul, dapat pahala. Dan tak rugi pun aku tenung muka suami aku sendiri. Sejuk aje mata memandang tau hehehe gatai hang naa Sofia. Kemudian Fakhri mencapai tangan kiriku, digenggamnya erat.
"Eh ni kenapa pulak? Abang, kalau pegang tangan abang nak tukar gear macam mana nanti?" soalku. Kang kelam kabut pulak nak tukar gear sebab tangan tersangkut ehek.
"Fia sayang, dapat pahala tau pegang tangan macam ni. Takpela kalau nak tukar gear, kita tarik sama-sama. Kan sweet?" ececececeh kemain Fakhri ni tau hahahahahahaha. Dia masih lagi tersenyum walaupun matanya tidak beralih dari jalan.
*****
"Mana abang?" soalku. Bangun aje lepas subuh tadi dia dah tak ada. Ni nak buat perangai macam kat Langkawi lagi lah ni? Aish pergi macam tu aje tau.
"Ada meeting dengan client katanya" kata ummi. Meeting dengan client? Fakhri ada buat business lain ke selain kerja dengan abi? Kalau kat restoran tu orang sebut customer, ni client pulak?
Aku buka telefon, mana tahu dia ada whatsapp bagitahu ke kan? Aish hari tu kata dah tak nak rahsia, nak bagitahu aku semua. Tapi ni, pergi macam tu aje?
"Assalamualaikum, good morning my love! 😘 abg jumpa client pagi ni n abg tengok sayang tidur sampai meleleh leleh air liur tu yg abg taknak kejut tuuu 😜 btw jangan lupa breakfast for our baby ye sayang? Love yaa 💕" laju aku tersenyum membacanya. Kemain dia ni.
Kata-katanya manis belaka sampai kerat lidah pun tak patah-patah ececeh. Tapi kemain dia kata aku tidur sampai air liur meleleh? Menipu je tau. Tiba-tiba rasa rinduuuuuu pulak kat laki aku nih tau hmm. Ni tak suka ni. Tiba-tiba rindu.
Aku sarapan sendiri sebab semuanya dah sarapan kecuali aku hoho. Pengantin baru pulak entah ke mana pagi-pagi tadi. Selepas sarapan, terus aku ke restoran abi dengan menumpang ummi hehe. Kebetulan pula ummi nak keluar maka ummi pun tumpangkan aku.
"Fia, perempuan memang macam tu. Bila pregnant, asyik nak berkepit aje dengan suami tu kalau boleh. Tapi Fia kena tahu, ada jugak orang pregnant yang tak boleh bau suami sendiri tau and ada jugak pasangan yang kahwin 10tahun pun belum ada anak lagi. So ummi nak Fia jaga kandungan Fia tu elok-elok tau. Kalau Fakhri kata jangan buat kerja, ikut cakap suami tu"
Teringat pula pesan ummi sebelum aku melangkah keluar dari kereta tadi. Aish mesti Fakhri ada cerita apa-apa kat ummi tau hukhuk sedih den.
Aku pergi ke kaunter. Nampaknya Aina masih lagi jadi juruwang di sini.
"Aina~" aku menyeru namanya semasa dia sedang sibuk melihat komputer itu.
"Eh Puan Sofia! Dah lama tak jumpa.. apa cerr?" eh eh cerr cerr pulak dia. Puan pulak tu dia panggil aku. Macam tua sangat lah huhu.
"Macam ni je lah... em Fakhri busy tak kat belakang tu?" soalku. Aku tak terasa nak sembang masa ni, nak jumpa laki aku je hehe sebab rinduuuuuu.
"Fakhri? Em... Fakhri tak masuk lagi hari ni. Amir kata Fakhri dengan Syahid pergi jumpa client so.... memang dari pagi tadi lagi tak nampak batang hidung diorang" aish mana diorang ni? Masa aku mencari lah Fakhri ni tak ada tau. Huaaaaa baby kenapa mama rindu papa sangat ni?
"Client mana diorang jumpa sebenarnya ni?" tiba-tiba rasa nak mengamuk. Aishh relax lah Sofiaaaaa.
"Sofia, kenapa datang sini?" aku pandang pemilik suara. Haaa abi.
"Abi, Fakhri pergi mana sebenarnya?" terus aku tanya pasal Fakhri. Orang nak jumpa Fakhri niiiiiii
"Hmmm Sofia, apa kata Sofia balik dulu? Iqbal pergi jumpa client tu" HISH GERAM LAH GERAAMM! Aku tarik nafas sedalam yang boleh. Baby dalam perut pun dah tak senang duduk. Relax Sofia.
"Takpe lah abi, Fia balik. Assalamualaikum"
*****
Aku ke pondok pengawal. Entah kenapa Fakhri suruh aku jumpa guard Cina kat sini. Lelaki berbangsa Cina pertengahan usia itu menyerahkan sampul surat bewarna merah kepadaku. Kenapa merah? Adakah merah sampul ini bermaksud cinta? Atau marah? Atau darah? Haa sudah sampai ke darah aku fikir. Bila aku tanya guard ni, dia kata dia tak tahu.
"Floor 3, No. 25" itu yang tertulis di dalam sampul surat ini. Aku tak tahu lah apa maksud semuanya. Adakah ini memang perancangan Fakhri? Jadi aku pun terus naik ke tingkat tiga dengan lif. Kemudian pintu bernombor 25 kucari. Haish rumah siapa lah dia bawak aku pergi ni. Jangan kata bakal madu aku sudah lah. Ke memang dah jadi madu? Ah mengarut lah aku ni
Ada kunci yang tersangkut dengan tali bewarna merah di grille pintu dan ada satu sticky note bewarna merah juga yang terlekat di pintu.
"Open this door for me sayang ♥♥♥" amboi siap ada love love lagi hahahahahahaha comel sangat tau. Hilang dah marah aku yang mebuak-buak siang tadi. Aku buka pintu. Rumah ni...... dalam rumah ni rupa dia sama macam dalam gambar yang aku simpan dalam journal zaman sekolah aku. Sumpah sama! Ada la sikit yang lain tapi kebanyakannya sama!
Ni mesti Fakhri bukak journal budak aku senyap-senyap. Ish, tak ada privacy betul. Ada sejambak bunga mawar merah pula berada di atas meja kecil tidak jauh dari posisi aku berdiri.
"When I say I love you, please believe it's true.
When I say forever, know I'll never leave you.
When I say goodbye, promise me you won't cry.
Because the day I'll be saying is the day when I come back to Him."Apa maksud semua ni? Fakhri sakit ke? Adakah semua petanda merah yang aku jumpa menunjukkan bahawa dia sakit? Atau sememangnya membawa maksud sebagai darah? Fakhri sakit ke?
Apa akan jadi dengan bayi yang bakal aku lahirkan ni?
![](https://img.wattpad.com/cover/92610741-288-k566479.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Mainan
Short Story"Abang suka sangat main-main. Macam mana Fia nak percaya?" - Sofia "Abang nak Fia tahu, cinta abang dengan Fia bukan mainan" - Fakhri Lamaran Fakhri diragui Sofia, mungkin ianya hanya permainan Fakhri semata-mata tapi ianya bukan mainan. Sungguh, bu...