Lima

2.4K 88 4
                                    

Petang semalam ayah balik dari Strasbourg ke rumah secara mengejut, jadi aku dan Izzat terus berpindah kembali ke banglo keluargaku. Nak dijadikan cerita, ayah aku ni ke Starsbourg sebab nak belajar buat pastry.

Maka selepas Iskandar dan Ilham sudah mendirikan rumah tangga, ayah pun terus berhijrah ke Strasbourg dan ayah cakap tak ada siapa pun yang boleh duduk dalam banglo tu selagi ayah tak balik. Pelik pelik je ayah aku nih tau dan jiwa dia tak macam umur dia yang sepatutnya kahkah.

"Sofia~ buat apa tu?" ayah memaut lengannya di leherku. Nak tercekik aku dibuatnya. Boleh bayangkan tak seorang ayah buat macam tu kat satu-satunya anak gadis dia?

"Tengah berenang ni ayah" ayah gelak pulak aku cakap macam tu. Yelah aku tengah layan Razia Sultan nih. Tak ada lah favorite pun sebab aku jarang tengok tapi boleh lah.

"Tak kerja pulak harini?" soal ayah. Dah petang macam ni baru ayah tanya aku tak kerja? Padahal dari pagi tadi lagi aku menghadap muka ayah.

"Orang dah resign" jawabku ringkas. Aku masih lagi memandang kaca tv.

"Lagi sekali?"

"Maksud ayah?" mana pulak ayah tahu aku dah pernah berhenti sebelum ni?

"Sayang, walaupun ayah tak ada kat sini tapi tak bermakna ayah tak tahu tau. Cuba cerita dengan ayah, kenapa berhenti? Rasanya baru haritu Sofia kerja kat situ kan?" haish siapa lah rajin sangat bukak cerita bagitahu ayah ni? Siap tahu lagi aku baru kerja kat situ haritu.

"Tak ada apa lah ayah. Orang tak suka bos orang tu. Menyampah. Naik muak tengok muka dia. Ada ke patut masa mula-mula tu dia suruh orang jadi wife berbayar dia? Tak patut kan? Tak suka lah orang" tipu. Yang paling aku suka pasal restoran tu ialah majikan sementara dia. Tak menyampah pun. Tak muak. Tapi aku tak patut ada hati kat majikan aku yang terlalu mustahil untuk aku miliki. Ewah.

"Sofia sayang, Sofia sorang je anak perempuan ayah. Macam mana ayah boleh tak kenal Sofia pulak kan? Ayah tahu tu bukan suara hati Sofia. Sebenarnya yang terjadi adalah sebaliknya, kan?" ayah menduga lagi dan semuanya tepat. Aku pandang ayah. Akhirnya aku mengeluh. Hwaaaaaa what should I do?

"Sofia, walaupun belum pernah bercinta, kalau dah nama jodoh memang tak kemana, akan sampai ke hati jugak nanti tau" ayah senyum memandangku. Uwaaaa ayah ni buat aku nak menangis pulak!

Tiba-tiba telefonku berbunyi.

"Ha tu mesti orang yang dah curi hati anak ayah ni. Dah lah curi tak mintak izin kan? Eh kalau dah curi takkan nak mintak izin pulak ye? Hohoho" eh eh ayah ni. Mengekek ayah gelakkan aku macam Santa Claus pulak tu. Amboi tapi memang dia dah curi hati aku huhuhu.

"Pergi lah jumpa dia Sofia. Nanti suruh dia datang jumpa ayah pulak tapi jangan datang sorang-sorang. Bawak mak ayah dia sekali, pesan kat dia tau hahahahaha" ayah terus bangun meninggalkan aku di sini. Aku buka telefon aku.

"Sofia, I want to meet you now" eh eh strict pulak mamat nih. Pembuka bicara pun takde. Setelah beberapa hari baru hari ni dia nak jumpa aku? Eh bukan, aku yang kena jumpa dia hah.

*****

"Situasi sekarang ni memang tak romantik but I want to marry you Sofia and first......" muka dia serious. Memang tak main-main tapi ni..... kahwin kot?!

"Awak dah curi hati saya, kalau tak suka....... tolong jangan simpan. Pulangkan balik" dia...... dia berkata-kata sambil menangis ke tu? Weh! Dengan pantas dia mengesat titisan mutiara yang hampir jatuh ke pipi. Aku nampak. Aku nampak tu.

"Saya ...... tak berniat pun nak mencuri dan saya langsung tak nak curi tapi..." dia senyum tawar memandangku. Aku masih lagi dapat lihat matanya yang sedang bertakung air. Huh emo pulak masing-masing petang nih.

Bukan MainanWhere stories live. Discover now