Satu Lima

1.9K 74 0
                                    

"Sofia, tak payah lah buat kerja tu" kata ayah kepadaku. Aish ni lah tak suka bila orang dah tahu aku mengandung. Nak buat apa pun tak boleh.

"Ala ayah, orang lap meja je bukan susah pun....... "

"Sofia, dengar cakap ayah ye?" ayah tarik tangan aku dan duduk di hujung meja kedai ini. Aish, geram pulak tak boleh buat apa-apa. Ayah kembali ke kaunter kedai. Aku buka telefon.

"Kejap lagi abg balik kita lunch sama okay? 😘😘" laju aje pipi ni naik tersenyum. Bukan main Fakhri ni guna flying kiss dia.

"Fia pergi sana lah. Ayah tak bagi buat kerja 😢"  send.

Mintak simpati kat laki aku sendiri pulak hohoho. Tapi tulah, bosan lah macam ni kalau tak boleh nak buat apa. Perut ni baru 10minggu, macam mana lah bila dah dekat 40 minggu nanti agaknya?

"Alolololo kesiannyaaaa wife abg ni... Nanti abg datang sana amik Fia. Okay sayang?" eh laju je dia reply. Tak busy ke sekarang? Nak amik aku? Menyusahkan je kau ni Sofia.

"Eh tak payah lah. Nanti Fia datang sana. Abg don't worry lah 👌👍😊"
send.

Banyak pulak emoji aku guna.

"Eh noooooo sayang. Kalau Fia datang Fia naik scooter kan? Abg tak nak Fia naik scooter"

Eh scooter je alahai bukannya jauh mana pun sini sampai restoran abi tu.
"So Fia boleh naik teksi" send.

"Nonononono 👿 No means no sayang. Abg datang nanti. Please jangan datang sendiri, kalau tak abg merajuk"

Eh ehh Fakhri ni. Boleh ke dia nak merajuk dengan aku hahahahahahahaha. Naik scooter tak boleh, teksi pun tak boleh haish. Dalam whatsapp pun masih terserlah lagi kecomelan perangai dia ni tau.

"Yelah............................................" send.

"Izara Faziela is calling" Zara? Ada apa pulak ni? Sejak salah faham antara aku dsn Fakhri beberapa hari yang lepas, terus aku save nama panjang Zara kat phone aku huhu.

"Kak, family adam dah masuk meminang tadi!!!!!!!" uihh terkejut mama dengar suara mak su baby ni tau. Aku ingat ada apa lah tadi. Tapi bagus lah Adam dah masuk meminang dia. Sebelum ni selalu Izara dok cerita pasal Adam kat aku tapi aku pun tak pernah jumpa dia sampai lah minggu lepas masa dia datang kat hospital. Not bad lah kan tapi bm dia memang kira teruk juga lah sebagai orang Melayu hohoho.

"So zara terima?" soalku.

"Of course lah akak, tapi betul ke apa Zara buat ni eh? Akak rasa?" aik aku ingat dia memang pasti dengan keputusan dia tapi dia tanya aku pulak.

"Kak, kita jumpa jom?" jumpa? Alamak kejap lagi Fakhri nak datang ambik aku lah pulak.

*****

"Sayang, kan abang kata jangan datang sendiri tadi. Ni abang nak merajuk ni" elelelele laki aku ni acah nak merajuk je tau hahahahahahaha.
"Eleh abang ni mengada je lebih, Zara yang bawak akak lah" Izara pula yang mencelah hahahahaha. Fakhri pandang aku. Maaflah abang, terpaksa ada orang ketiga lunch date kita harini huehuehue.

.....

"So, apa yang buat Zara jadi hesitate nak terima pinangan Adam?" soal Fakhri. Adam tak mahu bertunang. Lagipun bertunang kan hanya untuk tempoh pengenalan lanjut. Macam situasi mereka berdua ni dah lama kenal so tak mahu bertunang. Tak sabar jugak si Adam ni pun ye hehehehe sama macam bakal abang ipar dia.

"Entah lah. Zara sukaaaaa tapi betul ke apa Zara buat ni? Macam tu lah" mesti ada sesuatu yang buat Izara ni jadi tak pasti dengan keputusan dia.

"Em abang, Fia nak air suam lagi boleh?" sengaja aku mintak kat Fakhri hoho.

Bukan MainanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang