Satu Sembilan

2.6K 106 6
                                    

"Macam mana Fia boleh terfikir macam tu? Fia tak tengok dulu ke mayat siapa yang diorang bawak?" soal Fakhri. Fakhri buat keputusan untuk duduk berbincang dengan aku huhu. Aku takut. Aku sendiri pun tak pasti siapa lelaki di hadapan aku ni sebenarnya.

Tapi itu betul jugak apa yang dia cakap. Aku hanya lihat pada nama. Rupa orangnya tak kulihat pula. Aduhai Sofia. Dan akhirnya aku buat spekulasi sendiri bahawa suami aku dah pergi meninggalkan aku di dunia ini buat selama-lamanya. Jap tapi kenapa aku tak sedih sangat pun?

"So Fia memang nak abang pergi forever after?" soalnya sambil dia memeluk tubuh. Erk. Dah lah tangan macam doraemon, tapi sebelah kiri dah tak berbalut pula hari ni. Aku terdiam sejenak. Siapa aje yang mahukan insan tercintanya pergi buat selama-lamanya kan? Aku cuma keliru dengan apa yang terjadi dan keliru tentang siapa lelaki di hadapanku ketika ini.

Aku bangun, terus naik ke bilik mencari sampul surat merah yang ditinggalkan Fakhri sebelum ini di bawah bantal. Aku buka sampul surat itu. Surat dan telefon Samsung masih lagi elok berada di dalamnya.

Bukan ke Fakhri memang sengaja tinggalkan sampul tu? Kan? Bukannya tak ada rumah sendiri, tapi dia pilih untuk tinggalkan kat rumah ayah jugak. Tak ke pelik?

"Sayang, kenapa sebenarnya ni?" Fakhri berdiri di muka pintu. Terus aku tunjukkan sampul merah itu kepadanya. Telefon Samsung pula terjatuh ke lantai disebabkan aku pegang terbalik. Alamak. Lain pulak yang jadi.

"Fiaaaaaaaaaaaaa, kenapa Fia bukak sampul tuuuuuuu?" Fakhri berlari mendapatkan telefon Samsung itu dan aku hanya kebelakang sedikit melihatnya.

"Fia mesti dah baca and dengar semua kan?" soalnya. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Fia... -"

"Jangan cakap apa-apa sayang" terus badanku dipeluknya. Ah pelukan hangat seperti ini...... dah lama aku tak merasa pelukan hangat Fakhri yang selamat dan selesa. Mungkin spekulasi aku sememangnya salah. Mungkin dia benar-benar Fakhri suamiku yang satu. Mungkin apa yang dia katakan sememangnya fakta. Mungkin semua ini adalah betul dan bukannya mainan.

Aku balas pelukannya. Perlahan-lahan tanganku menggosok belakang badannya dan aku makin kemaskan pelukan. Dia lah suamiku. Dia lah orangnya. Tapi adakah isi surat dan video itu benar? Aku melepaskan diriku sendiri dari pelukan Fakhri.

"Abang sakit ke sebenarnya? Lepas tu kenapa tangan abang berbalut? Kenapa ada luka kat tepi mata abang? Apa jadi kat abang malam tu? Kenapa abang bagi surat macam abang dah tak lama hidup? Kenapa abang buat video macam tu? Kenapa..... " aku tak sanggup lagi nak menyoal setelah bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulutku sendiri.

Sekali lagi air mata jatuh mengalir ke pipi dan aku terus terduduk di lantai.

"Sayang...." lembut nada suaranya memanggilku. Aku pula makin teresak-esak menangis. Aku tak mahu kehilangan Fakhri. Tak mahu. Fakhri mencempung tubuhku dan perlahan-lahan tubuhku dibaringkan di atas katil.

"Jangan lah menangis lagi..... abang tak suka lah tengok Fia menangis macam ni. Nanti abang pun nak menangis tau" nada suaranya makin sedih. Eleh. Tapi tak mahu juga aku tengok Fakhri menangis. Payah juga lah bila dua-dua sensitive ni hahahahaha.

"Abang nak sangat ke Fia pergi kat Hadi? Nak?" mula dah suara aku meninggi. Aku tak nak pun kat Hadi. Mungkin satu masa dulu aku pernah ada hati dengan dia tapi itu dulu. Kini hati aku untuk Fakhri. Hadi pula entah apa cerita aku pun tak menahu pula.

"Eh sayaaaaanngggg, jangan lah cakap macam tuuuu. Abang tak akan sesekali lepaskan Fia kat orang lain. Okay sayang?" tanganku dicapainya. Aku pandang dia dengan muka hodoh yang sedang menangis. Aish. Tiba-tiba rasa malu pulak. Mesti buruk gila muka aku sekarang ni adoi.

"Betul?" soalku. Terkebil-kebil mataku memandangnya hahahahahahahaha.

"Iyeeeee sayang, abang promise" senyuman manis dia berikan kepadaku membuatkan aku yakin bahawa kata-katanya adalah benar dan bukan mainan.

"Tapi kenapa abang buat surat tu semua? Kenapa?" aku masih lagi mahukan jawapan. Masih belum jelas dan nyata tujuan surat dan video yang dibuatnya.

"Em sebenarnya...... jap sayang, apa kata kalau kita mandi dulu, breakfast, lepas tu abang cerita. Okay? Ni muka sayang macam ni........" Fakhri kecilkan kedua-dua matanya memandangku, pantas aku menekup wajahku dengan tangan. Ah malu gila! Mesti hodoh kan rupa aku sekarang ni? Dengan berhingus-hingus lagi aduhai Sofia. Fakhri gelak. Argh. Tanganku yang rapat kemuka ditariknya.

"Fia sayang, tak kisah lah muka Fia tengah marah ke, happy ke, dengan air mata ke, dengan hingus ke apa ke, perasaan cinta abang dengan Fia sebesar zarah pun takkan hilang atau kurang tau. Makin bertambah-tambah ada lah. Melainkan kalau abang kena amnesia" pantas aku memandang wajahnya.

Amnesia?! Ya Allah jauhkan lah suamiku dari amnesia. Apa aku nak buat kalau Fakhri amnesia?

"Jangan lah cakap macam tu" cebikku. Muncung berdepa-depa bibir ni. Fakhri tersenyum memandangku.

"Fia tak nak pergi mana-mana selagi abang tak cakap kenapa abang buat surat dengan video tu" kataku dengan nada yang sedikit tegas. Sikit je lah tegasnya hahahaha. Fakhri mengeluh. Aku berhak tahu tujuan sebenar dia.

"Ok macam ni...... " dia duduk di sisiku. Tanganku digenggamnya makin kemas.

"Ingat tak sebelum ni yang abang selalu sakit perut, gastrik.. " pantas aku angguk. Menunggu sambungan kata-katanya.

"Sebelum ni doktor kata ada tumor kat usus abang. Sebelum kahwin dengan Fia, abang ada buat operation, nak tengok sama ada tumor tu tumor biasa atau cancer. Masa tu.. doktor kata tumor biasa tapi abang dah pernah cerita kat Fia kan pasal ni?" soalnya pula. Aku angguk. Masih lagi menanti kata-katanya.

"Haritu doktor call, doktor kata yang tumor tu sebenarnya cancer............ " terkaku aku mendengar. Cancer?! Ya Allah....... terus laju air mataku mengalir

"Jap sayang, jangan lah menangis lagi..... abang tak habis cerita lagi" air mata yang mengalir di pipiku dikesatnya. Haish macam mana aku boleh tak menangis bila tahu suami aku ada camcer?

"Masa abang pergi hospital semalam, abang terjumpa doktor yang cek abang tu. Doktor kata abang.......... "

"Abang apa?" laju aku menyoal.

"Alhamdulillah abang sihat. Tu tumor biasa je" aku menghela nafas lega. Alhamdulillah cuma tumor biasa. Terus aku peluk tubuh Fakhri. Rasa rindu. Cinta. Sayang. Semuanya ada untuk Fakhri.

"Sekarang ni, Fia takmo nangis-nangis dah okay sayang?" soalnya sambil badanku digosoknya perlahan.

"Mungkin dulu Fia ingat abang main-main nak Fia jadi isteri abang tapi abang tak pernah main-main tentang perasaan abang dengan Fia. Semuanya serious dan benar tau sayang" Fakhri leraikan pelukan. Argh tapi aku memang selalu juga lah meragui perasaannya terhadap aku hahahahaha tapi kini aku tahu dan pasti bahawa perasaannya terhadapku adalah benar dan nyata bukannya mainan. Bukan mainan.

-Tamat-



Bukan MainanWhere stories live. Discover now