Satu Dua

1.9K 80 3
                                    

Selesai makan, aku terus pergi ke tepi pantai sendiri. Nak tunggu kak Zulaikha dan kak Liyana, masing-masing sibuk dengan anak sendiri dan sudah tentunya lah abang-abang aku pun sama. Nak tunggu Nawar, dia kata dia pergi dengan Izzat nanti. Syahid terus masuk bilik tidur. Haziq, ayah dan Fakhri pula mengemas pondok tadi tapi aku? Terus blah je hah muehehe

Aku duduk tidak jauh dari air laut yang naik ke darat nih. Tepi-tepi pantai ni ada cafe di mana pengunjung dan pelancong lain duduk bersantai. Pantai cenang ni kira pantai yang popular juga di Pulau Langkawi.

"Sayang, tak sejuk ke?" soal Fakhri yang tiba-tiba aje duduk di sisiku. Dah habis kemas lah kot?

"Sikit" jawabku ringkas. Aku masih belum alihkan pandangan dari memandang laut yang gelap ini. Fakhri buka baju sejuknya dan terus daratkan baju itu ke badanku. Kemudian dia tarik aku duduk rapat dengannya, lengannya dipaut ke bahuku.

"Sayang memang tak nak bagitahu semua orang yang sayang pregnant?" aku pandang Fakhri. Ah bukannya aku tak mahu, cuma yelah aku malu sebenarnya. Masa aku kahwin sebelum ni pun abang-abang aku gelakkan aku, bila tahu aku mengandung apa reaksi diorang agaknya?

"Nanti-nanti lah, bukan sekarang eh?" Fakhri senyum padaku. Kemudian aku bangun, berjalan ke tepi pantai....... selipar jepun yang kupakai aku campak kat tepi. Lalu kat air takat paras buku lali je dan Fakhri pun datang kearahku.

"Petang tadi tak nak datang sini, kan dah gelap so tak nampak apa-apa" Fakhri pandang aku. Kecewa pula aku dia cakap macam tu huhu. Dah aku terlelap lepas balik dari cable car tadi nak buat macam mana? Aku abaikan Fakhri, terus jalan di persisiran pantai ini. Sedih I.

"Sayang.. " Fakhri capai tanganku dari belakang. Aku berhenti, tapi masih lagi pandang ke hadapan. Eceh macam filem hindustan betul nih.

"Esok pagi lepas subuh kita tengok matahari terbit, okay?" aku toleh kearahnya dan senyum hihihihi.

"Eh eh sayang abang ni berlakon je?" Fakhri menghampiriku, terus hidung aku dicuitnya hah adoi. Nasib baik hidung ni bersih dari jerawat.

"Ish jangan lah! Mana ada berlakon. Orang nak tengok pantai je" cebikku. Fakhri tenung aku semacam. Seram pulak aku tengok muka laki aku nih. Kemudian terus badan aku dicempungnya dan dia letak aku kat air  laut masin nih. Aishhhh habis basah!

Aku nak menjerit pun tak terkeluar pula suara. Mereka yang nampak apa yang terjadi di tepi pantai ni hanya tergelak memandang aku yang dah terduduk kat air ni aduh malu tahu tak?!

*****

"Fia, makan lah sikit eh?" kata Izzat. Aku geleng beberapa kali, terus aku tutup kepala dengan selimut. Malam semalam aku main air laut dengan Fakhri sakan sangat, sampai demam aku hari ni. Lepas tu si Fakhri boleh pulak terus balik KL dengan Syahid? Semalam bukan main dia cakap nak tengok sunrise dengan aku, ni pagi-pagi lagi dah hilang. Aish ni nak merajuk nih!

"Fia..... " Izzat memanggilku lagi. Aku buat donno. Geram. Lantak lah. Tak payah makan. Ok tipu je mustahil aku takkan makan cuma aku nak tunjuk mogok sikit huehuehue.

Akhirnya Izzat keluar dari bilikku di chalet ini. Tadi ayah, kak Liyana, kak Zulaikha dan sekarang ni Izzat pula. Mereka semuanya suruh aku makan sebab aku tak sihat lah kononnya. Haish. Geram nih. Sumpah geram. Jap emosi ibu mengandung memang macam ni ke?

Aku terus kunci pintu bilik. Biarlah. Nasib baik ada buah epal aku beli semalam masa di HIG, terus aku makan. Boleh lah alas perut sikit. Patutnya tinggalkan lah makanan tu kat sini, ni dia bawak keluar balik makanan tu? Aish. Kemudian telefonku pula berbunyi.

"Hubby Handsome 💕 is calling"

Hish dah berapa jam dia tinggalkan aku sekarang baru nak call? Dah lah tinggal aku yang tak sihat dan mengandung ni kat sini macam tu je, lepas tu lambat call pulak tu. Aishhhhh tak nak jawab. Akhirnya panggilan itu mati sebegitu sahaja.

Bukan MainanWhere stories live. Discover now