Satu Tujuh

1.7K 75 0
                                    

Tubuhku dipeluk seseorang dari belakang. Aku toleh sedikit ke belakang sebelum membuat berbuat apa-apa. Fakhri. Terus aku pusingkan badanku dan memeluk tubuh sasanya.

Ya Allah, adakah benar Fakhri memang sakit? Kenapa dia tak pernah cakap apa-apa pasal tu dengan aku? Kenapa?

"Sayang? Kenapa ni? Okay tak?" soalnya sambil kepalaku diusapnya lembut. Kali ini buat aku betul-betul sedih mendengar suaranya. Sofia, lepas ni kau kena layan Fakhri sebaik yang boleh.

*****

"Fia suka tak rumah ni?" soal Fakhri sambil dia bermain-main dengan ekor rambutku. Aku duduk bersandar di celah tangan kiri Fakhri sambil aku dan dia menonton drama entah apa tajuknya ini.

"Suka" jawabku ringkas. Aku masih lagi memikirkan apakah maksud disebalik kata-kata Fakhri pada bunga mawar merah tadi.

"Iye ke? Macam tak suka je" kalau aku cakap tak suka pun, apa je Fakhri nak buat? Beli rumah lain pulak? Ha memang menyusahkan betul lah pulak.

"Sekarang ni abang nak Fia cakap macam mana lagi untuk puaskan hati abang?" soalku tiba-tiba emosional. Tak terkelip matanya memadangku. Ah apa aku buat ni? Dia sakit, aku sepatutnya lain dia baik-baik. Fakhri dah jadi suami yang terbaik untuk aku sepanjang masa ni tapi apa je aku mampu bagi pada dia?

Aku mengeluh, terus aku jatuhkan kepala ke bahu Fakhri. Entah kenapa rasa sebak. Air mata laju aje mengalir di pipi ni ewah kalah bawang putih bawang merah hekhek.

"Sayang? Kenapaaaa nii? Abang salah cakap ke tadi? Fiaa, abang mintak maaf. Abang ingat Fia suka rumah ni sebab... " terus aku peluk tubuhnya dari tepi. Wajahku terus lekat di dadanya. Sedih. Aku tak kisah pun pasal rumah ni yang penting aku dapat habiskan masa aku dengan Fakhri je.

*****

"Awalnya sayang abang ni bangun" pipiku diciumnya semasa aku sedang menghidang sarapan pagi di atas meja. Kalau ada ummi atau ayah, memang aku tolong hidang aje biasanya tapi kali ni aku sendiri yang masak tau hoho.

"Kejap lagi kalau Fia ikut abang pergi restoran boleh tak?" soalku. Fakhri memandangku sambil dia menyuap sesudu bihun goreng ke dalam mulutnya. Fakhri ni kalau makan mi,bihun, kuey teow atau spaghetti mesti guna sudu tau dan walaupun Fakhri kira chef yang berkualiti dan professional, tapi bila makan memang kalah budak-budak. Comot, tahu?

"Kenapa? Fia tak nak tolong ayah kat cafe dah ke?" soalnya. Ah aku bukannya tak mahu tolong tapi buat masa ni aku nak luangkan banyak masa aku dengan Fakhri supaya aku dapat tahu penyakit sebenar dia.

"Kalau abang tak kasi ikut, takpe lah"

"Eh saaiyyyaaannng, abang tak kata tak boleh punn. Lagipun abang lagi suka kalau Fia ada kat kedai tu, buat abang lagi bersemangat nak kerja tau. Fia lah pembakar semangat abang" ucapnya sambil dia tersenyum.

Pembakar semangat sangat ecececeh. Senyumannya memang sentiasa menggoda walaupun ada bihun di tepi bibir mungilnya hahahahahahahahahahahahahahaha. Selalu sangat comel hingga aku sendiri pun tak pernah rasa diri ni comel tau.

******

"Sayang, tak payah lah buat apa-apa.... duduk je situ" Fakhri ambil kain yang aku buat untuk lap meja. Aish. Bosan lah kalau aku asyik duduk melangut aje. Nak shopping barang baby pun awal lagi dan tak seronok lah nak shopping sorang-sorang kan? Hehe

"Ala sikit jeee" cebikku. Fakhri tarik tangan aku dan duduk di kerusi. Aih penat lah macam ni. Penat tak buat apa-apa tahu?

"Sayang, abang tak nak Fia penat. Abang... "

"Abang, Fia okay je. Fia lagi penat bila tak buat apa-apa tau" aku potong dulu. Kenapa semua orang perlu jadi begitu risau dengan aku? Aku okay je kot? Aku lagi risaukan Fakhri sekarang ni. Dia sakit, tapi aku tak pasti sakit apa dan sekali pun dia tak pernah besuara tentang penyakitnya.

"Betul ni?" soalnya sambil kedua-dua tanganku dipegangnya.

"Iyeeeeeeeeeee don't worry lah eh Babal~" Fakhri buat muka pelik memandangku. Dah lama dah sebenarnya aku cuba nak panggil dia dengan nama tu tapi tak pernah berkesempatan muehehehe.

"Shhhhh jangan sebut kuat-kuat. Mana Fia dengar nama tu?" bisiknya. Mengekek aku gelakkan Fakhri dan dia pula buat muka geram yang comellllll memandangku hahahahahahahaha. Aish dah lah nama comel, muka comel, perangai pun comel, apa je yang tak comel pasal Fakhri ni agaknya? Aku terasa tua sangat bila bersamanya tau hukhuk.

"Adalah~" terus aku berlari ke belakang restoran dan Fakhri pula mengejar. Macam budak-budak tahu?

*****

"Fia pergi lah dengan Haziq, biar abang tunggu mechanic datang" kata Fakhri. Aku rasa tak sedap hati. Takkan aku nak tinggalkan Fakhri sorang-sorang aje kat tepi jalan yang sibuk ni? Panas pulak tu. Dan aku pula balik dengan Haziq naik motor? Kenapa lah motor boleh muat dua orang je haish.

"Takpela biar Fia tunggu kat sini dengan abang, nanti abang bosan macam mana?" aduh alasan apa lah aku bagi ni? Dia nak bosan? Macam pelik pulak. Aaa tapi aku risauu la tinggal laki aku kat sini. Dia kan sakit? Kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Orang jahat culik ke.... ragut ke.... arghhh apa kau ni Sofia? Mengarut lagi

"Pia, kau ni pregnant. Kalau jadi apa-apa kat kandungan kau tu macam mana?" kata Haziq pula. Aish. Huaaaaa nak menangis aku kat sinii. Aku tak nak tinggal Fakhri sorang-sorang kat siniiiii

"Sayang, dengar cakap abang. Fia balik dengan Haziq dulu, nanti bila mechanic sampai abang balik okay sayang?" soalnya lembut. Huuuu sumpah aku rasa nak nangis. Jap weh asal aku emosional sangat harini HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

"Abang balik tau" bicaraku lagi. Haziq dah buat muka menyampah dah tengok drama aku kat tengah-tengah panas ni hahahahahahahahaha.

"Abang promise" kata Fakhri sambil dia menunjukkan jari manisnya. Nak bersilang dengan jari aku, pinky promise lah katakan hoho. Aku pun motor duduk di belakang Haziq. Haish sedih tengok laki aku.

*****

Ke hulu ke hilir aku jalan. Tak senang duduk. Dah malam, Fakhri tak balik lagi sejak petang tadi dia ditinggalkan di tepi jalan bersama keretanya yang rosak. Aku call, message, whatsapp, semua tak berbalas. Mungkin battery habis tapi kenapa tak cari public phone ke apa weh huhuhu.

"Dik, duduk lah. Penat abang tengok Sof jalan sana, jalan sini" kata Izzat. Izzat dan Nawar yang datang menemani aku di condominium ini. Macam mana aku nak duduk? Aish. Isteri mana je tak risau bila dah terlost contact dengan suami dia? Dah lah kali terakhir aku bercakap dengan Fakhri kat tepi jalan dengan kereta yang rosak.

"Tak boleh lah... kenapa susah sangat dia nak call ni?" sedih. Geram. Marah pun ada. Kandungan aku pun tak terasa senang duduk. Mungkin memahami juga isi hati mama ni.
Baby, mana papa agaknya?

"Fia, lebih baik duduk. Relax. Kalau stress macam ni, kesian lah kat kandungan tu" betul jugak cakap Nawar. Ok relax Sofia. Aku ke dapur dan minum secawan air sejuk. Fuh. Lega tekak ni. Aku tarik nafas sedalam yang boleh. Relax Sofia. Tiba-tiba telefonku berbunyi dan aku terus lari ke ruang tamu.

"Ok, terima kasih" Izzat yang tolong angkat panggilan itu. Dia memandang Nawar dengan muka yang aku pasti bukan lah reaksi yang bagus.

"Kenapa? Apa jadi dengan Fakhri? Apa jadi?!" makin tinggi suara aku. Ya Allah, semoga suamiku dalam keadaan yang baik aje.

"Fakhri..... kat hospital" 

xxxxx

Hi readers! InshaAllah sis akan update bab seterusnya dalam masa dua minggu lagi huhu. (Sis busy sikit) Sila vote/comment jika readers suka cerita ni okay? Thank you! 😊💕

Bukan MainanWhere stories live. Discover now