"Eh abang tak kerja?" soalku musykil. Turun bawah aje dah nampak Fakhri sedang membaca sebuah majalah di ruang tamu. Aku duduk di sisinya.
"Abang nak jaga sayang abang ni la~" pipi aku diciumnya hah. Eish. Majalah itu kembali dibacanya lagi. Eh kata nak jaga aku? Layan lah aku. Sembang-sembang dengan aku ke..... bawa aku tengok wayang ke.... shopping ke.. eh eh aku ni pun hehe
"Abang baca apa ni?" soalku. Macam orang bodoh je tanya padahal aku dah nampak dah ada gambar makanan kat situ, sudah tentu lah majalah yang berkaitan dengan makanan kan?
"Ni? Abang baca pasal cara nak poligami" jawabnya tenang. Eh eh ahamboii nak sangat poligami. Aku diam dan tenung aje tv tu. Panassssss je telinga ni dengar dia sebut poligami tau. Tiba-tiba Fakhri gelak.
"Sayang, sayang sorang je pun dah lebih dari cukup untuk abang tau. Abang nak layan Fia punya manja je, Fia sorang je tau" Fakhri duduk berpaling ke arahku yang masih lagi tenung tv tu. Sejuk sikit hati ni dengar kan baby? Hihi mengada pulak mama ni.
"Mana ummi?" soalku lagi, nak tukar topik aje sebenarnya tapi kenapa lah aku tanya pasal ummi? Sedangkan aku tahu ummi seorang pensyarah di UCSI, boleh pulak aku tanya kemana ummi pergi
"Ummi macam biasa lah ada kelas kot. Em Fia sayang, abang nak keluar ni sayang nak ikut tak?" soalnya. Rambutku dibelainya lembut.
"Pergi mana?"
"Jumpa bakal madu Fia" pantas aku tampar lengannya. Fakhri mengaduh kesakitan muahahahaha padan muka! Tadi boleh lah aku berlakon merajuk tapi tangan ni ready je nak naik tau hohoho.
"Sebut lagi macam tu, Fia lari lagi baru abang tahu" cebikku. Fakhri tergelak lagi walaupun masih lagi menggosok-gosok lengannya yang kutampar tadi. Oh please aku tak rela dimadukan! Dia ingat benda macam tu main-main ke aduh. Tiba-tiba aje Fakhi peluk aku dari tepi. Eh
"Abang dah peluk Fia~ jangan harap abang nak biar Fia lari lagi tau" eh eh hubby handsome aku nih, comel je tau perangai pelik-pelik dia hahahahahahahaha.
Baby, jadi comel macam papa tau!
*****
"Cepat lah abang, Fia panas nih.." rungutku sendiri. Aku tak tahu lah di mana aku sekarang ni, dari awal perjalanan lagi Fakhri dah tutup mata aku dengan kain. Sekarang ni aku hanya dapat rasakan bahang kepanasan je tahu? Entah kat mana lah aku sekarang ni. Perlahan-lahan Fakhri buka kain yang terikat di mataku.
"Surprise!"
Rumah. Sebuah rumah banglo besar. Macam lebih kurang saiz rumah ayah aje nih. Dah seminggu aku tinggal di rumah ummi sejak pulang dari Pulau Langkawi dan hingga kini tiada siapa lagi yang tahu tentang kandungan aku selain Fakhri.
"Fia tak suka?" Fakhri bercekak pinggang berdiri di hadapanku. Wajahnya berkerut dek kepanasan dan silauan mentari ewah. Aku bukannya tak suka cuma yelah..... satu pasukan bola sepak ke nak tinggal sini?
"Suka, cuma...."
"Cuma?"
"Besar sangat lah abang. Yang tinggal kat sini kita dua je, tak lama lagi tiga. Rumah ni lebih kurang saiz rumah ayah dengan rumah ummi kan? Ha nanti kalau abang keluar, Fia sorang-sorang je dalam rumah besar gedabak ni tau. Bosan lah... " ewah merungut pulak kau ye Sofia. Laki kau dah bagi banglo besar, kau tolak pula. Bukan setakat tolak, siap merungut lagi hohoho. Fakhri gelak memandangku, kemudian dis bawa aku masuk ke dal kereta semula.
"Lah ni nak pergi mana pulak?" soalku musykil. Dia gelak-gelak lepas tu terus masuk kereta tanpa sebab, pelik kan?
"Kita pergi makan aiskrim nak? Abang terasa nak makan aiskrim yoghurt lah Fia~" Fakhri buat muka comel memandangku. Eh eh ahamboi siapa yang mengandung sekarang ni? Aku ke hubby handsome ni? Siap boleh terasa terasa pulak tu hahahahahahaha comel comel je laki aku nih tau.
![](https://img.wattpad.com/cover/92610741-288-k566479.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Mainan
Cerita Pendek"Abang suka sangat main-main. Macam mana Fia nak percaya?" - Sofia "Abang nak Fia tahu, cinta abang dengan Fia bukan mainan" - Fakhri Lamaran Fakhri diragui Sofia, mungkin ianya hanya permainan Fakhri semata-mata tapi ianya bukan mainan. Sungguh, bu...