EXTRA

1.2K 48 3
                                    

Ok sis sebenarnya agak busy nak buat extra chapter ni but sis cuba hahahahahahahaha. Chapter ni dah buat lama dah sebenarnya tapi tertunggak so..... selamat membaca okay? Harap2 readers semua suka la sis punya cerita and extra chapter ni (sorry agak panjang 😂) and 😊 Terima kasih sebab membaca & vote & minta extra chapter! 💕💕🙈


*****

"Tak kerja ke hari ni?" soalku sebaik sahaja dia menarikku rapat dengannya di atas sofa ini. Fakhri tersengih sumbing memandangku. Eh apesal?

"Abang ambik cuti seminggu untuk Fia" jawabnya pula. Sengihnya masih tak lekang di wajah. Fakhri ni sejak aku bernikah sampai aku hampir nak beranak ni pun asyik tersengih aje. Memang habit lah kot.

"Eh takpe ke?" soalku. Yelah kang kena buang kerja ke apa ke kan susah? Aku sendiri pun dah berhenti kerja sebab mabuk hamil gitu. Kalau dia kena buang, ha siapa nak sara keluarga aku yang sedang berkembang ni?

"Untuk Fia, semuanya boleh" jawabnya selamber masih tersenyum. Aku cebik sekali. Acah acah aje Fakhri ni.

"Ish betul lah abang cakap ni. Kan baby papa ni dah nak keluar? Mesti lah papa kena ready awal-awal kan?" dia berbicara dengan perutku pula. Takpe lah yang pentingnya laki kita ni bukannya gila, dia cuma bercakap dengan bayi yang bakal dilahirkan ni lah kan? Tapi apa aje persediaan yang dia buat?

"Abang ready apa je?" soalku hairan. Aku harap masa aku nak beranak ni nanti dia tahu lah apa nak buat. Orang suruh pergi khursus dekat hospital tu tak nak, kononnya nak belajar dengan ummi tapi busy je memanjang tak pernah sempat pun nak belajar.

"Kan abang dah simpan barang Fia dalam beg dengan barang-barang baby? So nanti kita pergi hospital pun senang" heh senang lah sangat. Aku dengar dia je yang cakap senang.

"Kita pergi cari barang baby lagi boleh tak? Hari tu tak puas lah tengok. Nak tengok lagi. Lagipun baru sikit je baju Fia beli haritu" ajak aku. Tadi macam tak ada mood, entah kenapa tiba-tiba rasa nak tengok baju baby lagi. Larat lagi kot nak jalan walaupun perut macam dah nak meletop?

"Haih Fia ni kan. Hm takpe lah, untuk sayang abang sorang ni, abang layankan aje. Ha jom siap"

Fakhri terus bangun lalu membantu aku untuk bangun sekali. Setelah siap, aku turun ke bawah dahulu. Seperti biasa lah, selangkah demi selangkah aku turun. Takut jadi apa-apa aje. Bila tiba di depan pintu, aku tunggu kedatangan Fakhri pula.

"Eh sayang! Sorryyyyy sangat sangat abang lupa" Fakhri ambilkan kasutku dan sarungkannya ke kakiku.

"Eh eeee takpe lah, Fia tahu lah nak pakai macam mana" rungut aku. Aku bukannya sombong, cumanya sejak perut membesar ni bila nak pakai kasut tu jadi masalah sikit untuk aku. Aku tak dapat nak lihat kedudukan kasut. Perut menghalang pandanganku pula. Adakah perkara sebegini merupakan sesuatu yang normal?

"Sayang, no. Let me okay?" Fakhri tetap menyarungkan sepasang kasut ke kakiku. Ah aku harap kasih sayangnya takkan kurang walau sedikit pun selepas kami dikurniakan seorang bayi yang belum dikenalpasti jantinanya ini.

.......

"Yang ni la comel sayang. Boy boleh pakai, girl pun boleh pakai" kata Fakhri sambil sepasang baju tidur ditunjukkan kepadaku. Cuma baju tidur polkadot hitam putih aje sebenarnya. Comel tang mana pun aku tak tahu lah.

Setelah selesai membuat pembayaran dan masuk ke dalam kereta, tiba-tiba perutku terasa sakit. Aku mula meraba sekitar perutku. Kat mana yang sakit ni? Tapi sakit!

"Ab...abang...... perut.... sakit ni.." aku bersuara gagap. Terus membulat mata Fakhri memandangku.

"Sakit?! Sakit kat mana? Baby nak keluar dah ke?" soalnya. Aduh mana lah aku tahu ni sakit nak beranak ke apa, first baby kot?

Bukan MainanWhere stories live. Discover now