Dua

3K 109 2
                                    

Turun aje ke bawah, seperti biasa tiada siapa di rumah. Aku tak nak jumpa chef mereng tu berseorangan nanti dia kata aku pervert lagi. Ah tak mahu ler. Tapi masa kerja macam ni..... memang aku yang menganggur je yang free huhuhu.

Aku gagahkan diri untuk ke restoran semalam. Takpe Sofia. Kita tengok apa jadi nanti.

"I'm here" aku membalas dahulu pesanan yang dihantar semalam.

"Fresh orange satu" order air dulu. Relax je ok Sofia.

....

"Cik Sofia........ "

"Oh my prince charming! " alamak! Tak kena masa pulak nak sebut. Ah macam mana perkataan tu boleh meluncur kat mulut aku masa ni?! Aku menampar-nampar mulutku sendiri. Ey mulut jahat! Masa ni lah nak sebut benda tu!

"Tengah berangan saya jadi prince charming Cik Sofia ye?" soalnya pula. Dia ketawa kecil

Ey tak kuasa lah dia ni jadi prince charming aku!

"Perasan" jeling maut aku bagi. Hah amik ko.

"I believe this belongs to you" wallet aku berada tepat dihadapan mataku. Wallet aku! Dengan pantas aku cuba mencapainya tetapi lebih pantas dia menarik kembali.

"That's my wallet ye. Encik nak apa? I mean, chef nak apa sebenarnya dari saya?" hah aku tekan pekat perkataan chef tu. Lantok ler.

Dia tarik kerusi di hadapanku dan duduk dengan muka selamber. Hello, aku tak pelawa pun ok? Suka hati je.

"Cik Sofia, is your true name is wifi?"

Wifi? Siapa je nak letak nama anak dia wifi? Tak sedap pun. Aku geleng beberapa kali dengan muka kerek aku.

"I already feel a connection between us" dia senyum, nakal punya. Menyampah aku. Ingat aku nak tergoda dengan pickup line dia tu? Takde sikit connection pun yang aku rasa antara aku dan dia. Puih

"Saya cuma nak wallet saya balik je. Kalau saya offer duit mungkin chef tak nak sebab saya tahu chef banyak duit. So apa yang chef perlukan untuk saya dapatkan kembali wallet saya tu?" ayat baek sikit. Jangan tunjuk perangai lagi Sofia. Setakat ni dia tak sebut apa-apa lagi pasal surat aku tuh.

"Apa kata kalau Cik Sofia kerja untuk saya?"

Kerja untuk dia? Semata-mata sebab wallet tu? Wallet tu aku tak kisah sangat, beli kat downtown je pun tapi IC, kredit card, bank card, dan yang paling penting sekali surat Hadi tu! Berbaloi ke aku kerja untuk dia? Tapi aku pun memang tengah menganggur sekarang.

"Takpe, Encik simpan jelah wallet saya tu. Buat kenangan. Souvenir dari downtown Penang" kataku sinis.

Aku bangun. Nak blah lah kan apa lagi?

"Cik Sofia pasti tak nak bagi surat tu kat Dato' Hadi Asyraf?"

Fuh, Hadi pulak dia sebut! Mesti dia dah baca! Terketar-ketar lutut aku dengar dia sebut nama Hadi. Gosh dia dah baca weh oh no.

Aku tarik kerusi, duduk balik menghadap dia. Lelaki ini pulak tengah tahan gelak. Kurang asam betul.

"So apa kerja saya?" soalku. Dah alang-alang tengah tak ada kerja ni kan?

"Kerja Cik Sofia senang je, jadi isteri saya yang berbayar. Amacam?" keningnya terjongket sikit beberapa kali.

Jadi isteri berbayar?! No way!

"Encik jangan main-main boleh tak? Saya tanya serious ni" dia ingat senang-senang je aku nak jadi isteri berbayar dia? Absolutely no!

"Ok ok. Em kerja Cik.. jadi PA saya je"

Bukan MainanWhere stories live. Discover now