PAP
Sebuah fail dicampakkan di atas mejanya. Sebal dia dengan sikap model yang tiba-tiba membatalkan kontrak permodelan mereka.
Perasaan marah menguasai dirinya. Dengan waktu yang terhad ini, mana dia mahu mencari pengganti. Serabut.
Pintu bilik diketuk.
Tersembul dua wajah kawan baiknya.
"Sekarang ni macam mana ni. Cuba korang bagitahu aku sikit. Ish" hambur Aryyan.
"Aduh. Mana aku tahu jadi macam ni. Masa aku deal dengan dia ok je kot" jawab Adam. Tetapi dalam hatinya dia sudah menyumpah serana model itu.
"Then how?" Soal Aryyan.
Adam dan Zack membisu.
"Hah— how about mintak tolong dengan uncle Kamal. Sepupu kau Dirna tu" cadang Zack.
Dia tahu saat ini kawannya sudah membara.
"Uncle Kamal haah la. Sepupu kau yang sebaya dengan kita tu.Cuba kau tanya uncle, tak silap aku dia jadi model sekarang ni" sokong Adam.
"Dirna?" Dia memandang tajam wajah kawannya.
"Ya Dirna" kata Zack.
Aryyan tersenyum senget.
AOA Studio
Seorang gadis keluar dari studio itu lalu melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu.
Telefonnya berbunyi. Dia menghidupkan enjin.
Papa is calling...
"Yes Pa?"
"Honey someone need your help"
"My help? Who?"
"Come and see me at Aerial 2 sharp"
"On my way"
Panggilan dimatikan. Laju sahaja kereta miliknya membelah jalan. Walaupun dia malas mahu bersemuka dengan ayahnya.
Aerial Holdings, Business Suite
Bella menolak pintu kaca itu. Hanya wajahnya dimasukkan. Kerana menurut PA papanya berada di sini.
"Papa" ujarnya.
"Come in Bell" arahnya.
Barulah pintu itu dikuak dengan besar. Terkejut dia melihat manusia yang turut berada di situ.
"Serious la dia Dirna yang kita kenal dulu?" Bisik Zack.
"Maybe— yes. Satu-satunya anak Tengku Kamal" balas Adam. Aryyan berdeham.
"Sit down Bell" arah Tengku Kamal.
Bella akur walaupun tidak rela. Dia menarik kerusi di hadapan sepupunya iaitu Aryyan.
Sudah 10 tahun dia tidak berjumpa dengan sepupunya secara bersemuka. Dalam tempoh itu pula dia selalu mengelak menghadiri perjumpaan keluarga.
"So what is it?" Soal Bella. Malas mahu berlama di situ.
"Your cousin needs your help" tutur Tengku Kamal
Pandangan dialihkan ke arah Aryyan.
"Apa dia?" Soalnya sedikit kasar.
"Bella" kedengaran papanya memanggil namanya.
Sebuah fail ditolak ke hadapannya.
"Kontrak apa ni?" Soal Bella tidak mengerti.
"Read it first" ujar Aryyan.
5 minutes later
"What if I refuse do to that?" Soal Bella tanpa berfikir panjang.
Tengku Kamal memandang anaknya.
"Bell tak salah pun kan Bell terima. Sepupu Bell juga" pujuk Tengku Kamal
Aryyan sudah tersenyum kemenangan.
Bella mengeluh.
"Bukan I tak nak— but"
"But apa dia? Kali ni listen to me. Muktamad. Help Aryyan. We end here" tutur Tengku Kamal lalu keluar.
'Who is your child actually?'
Bella memandang Aryyan geram. Aryyan tersenyum kemenangan.
"Great ada orang back up kan" hambur Bella. Terus dia meninggalkan bilik itu.
"Peh hati batu" ujar Adam.
"Apa entah yang buat dia berubah dalam 10 tahun. Jom la"
Ajak Aryyan.Yang pasti satu masalahnya sudah selesai.
Tetapi masih ada satu hal yang menganggu fikirannya.
Atau lebih kepada satu permintaan. Dia juga tidak pasti.
Bella duduk di sofa di dalam pejabat papanya."Papa yang asyik back up si Aryyan tu kenapa?" Soal Bella tidak berpuas hati. Sudahlah hubungan mereka anak-beranak tidak berapa baik.
"La betul la. Tak salah pun kan kamu tolong dia. Beside, he is your cousin"
"See— you back up him again. Urghh"
"Ala Bella. Tak salah pun kan"
"Ya ya ya—" Akhirnya dia mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah.
Lalu kakinya diangkat meninggalkan bilik itu.
Tengku Kamal menggeleng kepala melihat perangai anak tunggalnya. Harap-harap apa yang dirancang ayahandanya itu menjadi. Mengenangkan perangai anak gadisnya yang sudah berubah 360 darjah itu. Dahulu pemalu tetapi kini semakin liar jadinya. Semua itu juga salahnya kerana mengabaikannya.
Itu hanya tunggu masa mukanya naik paper sahaja. Nasib la anaknya tidak mendedahkan latar belakang keluarganya dan hanya bergiat aktif menggunakan nama Bella Natasya.
TBC
YOU ARE READING
Dark Past ✔
RomanceHubungan mereka mereka terjalin atas satu permintaan. Kedua-duanya terpaksa apabila mereka diperangkap. Kebencian Bella kepada sepupunya Aryyan sejak sekolah menengah lagi tidak terkata. Selepas berpisah 10 tahun lalu, Bella berjumpa kembali dengan...