DP 41

10K 462 8
                                        

8:30 A.M

Keadaan di mansion itu mula sibuk.

Bella menghampiri Hani yang berada di balkoni ruang tamu tingkat dua.

"Penumpang tak sedar diri" tutur Bella.

Hani seakan-akan terkejut.

"Kenapa eh- kau susah sangat nak terima aku?" Soal Hani.

Bella smirk.

"Perlu ke aku jawab soalan sampah kau. Kau sendiri patut sedar taraf kau dengan aku. Kau tu cuma menumpang dalam keluarga ni" ujar Bella dengan nada suaranya semakin meninggi sehingga menarik perhatian saudara-mara yang sedang menyiapkan hantaran.

Ibu tiri Bella menghampiri mereka.

"Kenapa ni Bella, Hani?" Soalnya.
Pada masa yang sama, Aryyan keluar dari lif lalu terlihat situasi tersebut terus menghampiri mereka.

Dia hanya memerhati dari belakang. Ingin juga dia melihat tindakan Bella selepas ini.

Pertikaman lidah sudah semestinya permainan Bella. The expert one.

Bella mula mengangkat tinggi tangannya lalu menampar tepat ke pipi sebelah kiri Hani. Hani ditampar di hadapan saudara mara yang lain lebih tepat ibunya sendiri.

"You asked for it. Aku harap tu akan jadi kali terakhir tangan aku sentuh kulit kau" kata Bella.

Yang lain mula tergamam. Ibu Hani pula tidak berani untuk melawan Bella.

Bella terus beredar dari situ selepas anak matanya bertemu dengan anak mata Aryyan.

Aryyan mengekori Bella masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat dan dikunci.

"Macam mana kalau dia bagitahu papa?" Soal Aryyan.

"Like I care. If i can slap her in front of her mom so what should I scare with papa?" Balas Bella.

"And you should think about yourself first. Ready to answer my questions?" Sambungnya.

"Look Bell I- "

"Alasan apa lagi yang you nak tabur dekat I, Aryyan? Tak cukup 7 months you rahsiakan semua benda daripada I?" Soal Bella bertalu-talu.

Aryyan sudah kehilangan kata-kata.

"I malas nak ungkit kisah silam you tapi I tak pernah jangka kejadian hari tu dirancang. Papa, Daddy and Grandpa too. It's hard to believe. Am i that bad? I can't even think why you guys planned all these stupid things" ujar Bella perlahan.

Dia mentality penat ditipu hidup-hidup selama 7 bulan usia perkahwinannya.

"A month before you went back to Malaysia, papa and daddy discussed to marry you and me. But I tak faham langsung semua benda tu. Then Daddy said yang grandpa terlibat sekali but I tak pernah jangka diaorang akan guna cara tu untuk satukan kita. Trust me Bell. I terpaksa. I pun tak tahu semua benda ni akan jadi serumit ini" terang Aryyan.

"I tahu I teruk. I tahu I bukannya baik seperti yang disangka. I changed a lot since then. And papa should mirror and reflect himself first. Kalau bukan sebab dia I takkan jadi macam sekarang. Treat I macam I ni anak pungut. Agungkan sangat perempuan dengan anak tak guna dia tu. You ingat I happy la hidup ada mak baru. Please la i never think about you. And now you pun nak duduk sekapal dengan diaorang juga ke?" Balas Bella.

"Bell kita boleh buka buku baru. Lupakan semuanya mulakan hidup baru. You can quit your job" pujuk Aryyan.

"Wah senangnya Tengku Aryyan Ammarsyah berkata-kata. You sedar tak selama ni I hidup dengan duit yang I cari sendiri. I tak pernah guna satu sen pun duit Tengku Kamal. Be on the runaway adalah satu kepuasan. I enjoy myself. Kalau you pun dah benci sangat dekat I just go ahead. Ceraikan I. Full stop" kata Bella lalu keluar dari bilik itu.

Aryyan terduduk di atas katil lalu menguak rambutnya ke belakang.

Ini bukan kebenaran yang dia mahukan.

'I takkan ceraikan you Bella. That's my promise. I won't. Never think about it'

Bella mengunci dirinya di dalam bilik tetamu.

Terasa ingin menangis tetapi air matanya tidak mahu membasahi mukanya.

'Perlu ke aku teruskan semua ini kalau semuanya hanya satu permainan semata-mata. Perlu ke aku pergi sejauh ini hanya kerana satu penipuan?'

Seperti tiada rasa cinta langsung di hatinya. Begitu juga kali pertama mereka disatukan. Hatinya seolah-olah mati.

Dia seperti patung yang bernyawa tidak mempunyai perasaan. Tapi mampukah dia untuk terus hidup tanpa tempat bergantung.

Dia mengaku dia sendiri banyak habiskan masa bahagianya bersama Tengku Aryyan.

"Bella, sayang open the door"

Kedengaran suara Aryyan dan ketukan pintu di luar.

"Just leave me alone"

"Please Bell jangan buat stupid act lagi. Open the door sayang" pujuk Aryyan.

Bella memandang sepi pintu yang diketuk berkali-kali oleh Aryyan dari luar.

Bella mengeluh.

Pintu dibuka dari dalam.

"Bagi I masa" kata Bella.

"I will give you plenty of time" jawab Aryyan.

TBC

Dark Past  ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang